Selepas berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 menerusi teknologi penghantar RNA (mRNA), kini Moderna pula sedang dalam proses membangunkan vaksin HIV pertama. Dan pada Khamis lepas, syarikat mengumumkan fasa pertama percubaan vaksin membabitkan manusia. Moderna berharap teknologi mRNA ini dapat mengatasi salah satu cabaran sains yang paling sukar.

Untuk fasa pertama percubaan vaksin, Moderna mahu merekrut peserta yang sihat tubuh badan dan berusia antara 18 hingga 50 tahun. Fasa ini akan menilai tahap keselamatan vaksin dan keupayaannya menghasilkan pelbagai jenis antibodi pemu.sn.ah terhadap HIV. Kajian ini dijangka berlangsung sehingga Mei 2023.

Sebelum ini, ramai saintis percaya penghasilan pelbagai jenis vaksin sebagai kunci untuk menambahbaik sistem imuniti terhadap HIV. Ini kerana virus HIV jauh lebih licik mengelak dikesan sistem imuniti badan berbanding virus-virus lain termasuk Covid-19.

Kelicikan ini berlaku disebabkan pepaku protein HIV dilapisi dengan lebihan gula boleh memasuki sel manusia sekaligus tersembunyi daripada dilihat antibodi. Ini sudah pasti menyukarkan antibodi menyingkirkan virus dari badan.

HIV juga boleh berlegar dalam badan selama bertahun-tahun sebelum bermutasi sebagai virus AIDS. Semasa tempoh berkenaan, virus akan kerap bermutasi termasuk mengubah pepaku proteinnya sehingga tidak dikenali oleh antibodi badan.

Harapan Moderna untuk mengatasi permasalahan ini ialah menerusi dua jenis vaksin, mRNA-1644 dan mRNA-1574. Dua vaksin ini mampu mencetuskan antibodi pemu.sn.ah luas (bnABs) berbanding vaksin-vaksin lain. Antibodi ini boleh mensasarkan pelbagai varian HIV dan membuang bahagian malar virus yang tidak berubah walaupun selepas bermutasi.

Bagi pakar imunologi Profesor Robin Shattock dari Imperial College London, beliau menyifatkan fasa percubaan Moderna membabitkan manusia sebagai langkah pertama yang penting dalam menyelesaikan permasalahan vaksin HIV. Malah, beliau merasa teruja melihat penggunaan mRNA sebagai asas kepada vaksin HIV.

Vaksin Covid-19 keluaran Moderna berfungsi dengan cara menghantar arahan genetik kepada badan di mana kod untuk penghasilan pepaku protein yang meliputi bahagian luar virus berlaku. Ia akan mencetuskan reaksi imun dan membenarkan badan menghasilkan pertahanan seperti sel T, sel B dan antibodi sekaligus menyediakan perlindungan terhadap jangkitan sebenar.

Tambah Prof Shattock, teknologi mRNA dilihat kunci kepada penyelesaian isu vaksin HIV tetapi ia dijangka mengambil masa beberapa tahun. Ia mungkin dapat mempercepatkan proses vaksin tetapi ia masih belum dapat menyelesaikan permasalahn utama: mencetuskan bnABs. Justeru, fasa percubaan ini dianggap penting bagi melihat impak penghasilan bnABs oleh kedua-dua vaksin.

Untuk vaksin HIV ini, Moderna bekerjasama dengan Inisiatif Vaksin AIDS Antarabangsa dan Yayasan Bill dan Melinda Gates. Ketika ini, terdapat 38 juta penghidap HIV dilaporkan di seluruh dunia dengan dua juta kes jangkitan baru dilaporkan setiap tahun. Sejak virus ini muncul pada awal 80-an, 36.3 juta orang ma.ti akibat HIV.

RUJUKAN:

Lovett, Samuel. (2021). ‘A potential first step forward’: Moderna to launch human trials for new HIV vaccines. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.