Pasangan yang serasi sukar didapati. Jika kita dan pasangan kita serasi, itu merupakan satu bonus. Superman dan Lois Lane adalah pasangan di dalam DC Comics. Namun, bagaimana jika Superman dan Wonder Woman bercinta? Di dalam New 52 Universe, Mereka berdua bercinta dan digelar sebagai ‘Power Couple’ di dalam DC Comics. Mereka berdua mempunyai banyak persamaan dan masing-masing tidak perlu menyembunyikan diri di dalam alter ego mereka. Tiada rahsia.

Batman, kawan baik kepada Superman banyak memberi nasihat kepada Superman. Batman sudah tentu tahu kesemua rahsia Superman. Sedangkan dia boleh menumpaskan keseluruhan Justice League inikan pula Superman selaku kawan baiknya? Superman pernah meminta nasihat kepada Batman tentang Wonder Woman bagaimana untuk melindungi Wonder Woman dari masalahnya. Respons Batman agak mudah : “Kau orang berdua bergaduh dan dunia musnah? Kau langsung tak sedar ke dengan apa yang kau buat?”

Wonder Woman tidak mahu orang awam tahu perhubungan cinta antara dirinya dan Superman. Ini mungkin akan meningkatkan risiko kehilangan seseorang daripada mereka. Superman dan juga Wonder Woman sama seperti pasangan yang lain. Mahu melindungi antara satu sama lain. Apa guna jika ada kuasa jika tidak digunakan untuk melindungi orang yang kita sayangi? Superman takut jika kehilangan Wonder Woman. Begitu juga sebaliknya.

Batman juga pernah menasihati Superman, meskipun dia merupakan seorang makhluk asing yang datang daripada Krypton namun dia dibesarkan sebagai seorang manusia di Smallville dan mempunyai emosi yang sama seperti manusia yang lain. Memerlukan nasihat dan juga sukar membuat keputusan adalah perkara yang normal sebagai seorang manusia. Wonder Woman bagaimanapun membesar di dalam sebuah Pulau Themyscira di mana pulau tersebut tiada lelaki. Jadi pemikiran Superman dan Wonder Woman mungkin terdapat perbezaan.

Lelaki dan perempuan, masing-masing mempunyai egonya yang tersendiri. Sama ada mereka perlu bertolak ansur antara satu sama lain ataupun mengekalkan ego tersendiri sehingga perhubungan yang sedia ada retak begitu sahaja. Sama juga seperti Superman dan Wonder Woman, akhirnya mereka berdua bertolak ansur dan memberikan ruang untuk masing-masing menerima kekuatan dan kelemahan yang mereka ada.

Power Couple tidak semestinya adalah pasangan yang terkuat. Tetapi Power Couple ialah pasangan yang mampu meneruskan perjuangan cinta mereka seperti Superman dan Wonder Woman, menghadapi rintangan yang bakal dihadapi dengan pelbagai persediaan. Jika tidak, masing-masing akan menyakitkan hati antara satu sama lain. Kawan yang baik pula adalah seperti Batman, memberikan nasihat kepada Superman dan Wonder Woman ketika mereka berdua mempunyai masalah.

Sumber :

Superman Wonder Woman #1 : Power Couple (2014)

Superman #52 : The Final Days of Superman (2014)

Action Comics #957 : Path of Doom, Pt.1 (2016)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Leave A Reply