Rabu, 21 Oktober 202621 Okt 2026
Marcapada Dunia

Propaganda Doa Dan Wayang Politik: Teguran Muntsir Anak G Untuk Malaysia

Tuan puan, petang ini mari kita lapangkan dada untuk hadam 1 teguran yang datang dari seorang anak jati G bernama saudara Muntsir.

Bagi yang sudah menonton video penjelasan dia pasti faham betapa beratnya emosi yang sedang ditanggung.

Pada mulanya dia menyentuh tentang isu provokasi yang dimainkan oleh pempengaruh politik bernama Papagomo.

Ramai pengikut di media sosial menggesa Muntsir untuk naik ke pentas siaran langsung bersama individu tersebut.

Tetapi jawapan yang diberikan oleh saudara kita ini amat matang dan menampakkan kelas pemikiran yang jauh lebih tinggi.

Dia tak ada masalah untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja.

Akan tetapi dia meletakkan 2 syarat untuk kita semua rakyat Malaysia hadam sampai bila-bila.

Syarat pertama adalah jangan sesekali membawa isu P untuk dijadikan bahan mainan politik kotor tempatan.

Syarat ke-2 pula adalah jangan sesekali mengecam pihak yang sedang berjuang sehabis baik untuk bumi P.

Kita semua kena faham bahawa saudara kita ini tak mencampuri langsung urusan politik di Malaysia.

Dia tak peduli sama ada kalian mahu menyokong kerajaan pemerintah pada hari ini atau memilih pihak pembangkang.

Itu adalah hak demokrasi mutlak kita sebagai rakyat di negara ini.

Apa yang membuatkan dia berasa amat ralat adalah tindakan sesetengah pihak yang menunggang sentimen P semata-mata untuk meraih sokongan.

Ini adalah 1 perbuatan yang amat merugikan.

Lebih menyedihkan pagi adalah apabila ada kelompok yang secara terang-terangan mengecam usaha pihak yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan.

Muntsir mendedahkan 1 jarum propaganda halus ciptaan penjajah Z yang sudah lama ditanam dalam minda umat Islam.

Agensi perisikan di Tololviv sentiasa menyebarkan naratif palsu supaya umat Islam seluruh dunia berasa lemah dan hanya mampu berdoa.

Mereka mahu kita berfikir bahawa kita sudah tak boleh buat apa apa selain menadah tangan 24 jam sehari.

Satu logik akal yang paling mudah dibentangkan oleh saudara Muntsir adalah mengenai soal rezeki makanan.

Andai kata seluruh umat Islam duduk berkumpul di dalam masjid selama 24 jam dan berdoa supaya rakyat G mendapat makanan.

Adakah roti dan nasi akan turun bergolek dari langit?

Sudah pasti ia tak akan berlaku tanpa sebarang pergerakan fizikal.

Doa memang senjata utama umat Islam tetapi ia mesti disusuli dengan ikhtiar logistik dan pergerakan dana sokongan yang agresif.

Apabila kita hanya berdiam diri dan berserah pada doa semata-mata, kita sebenarnya sedang membantu rejim Isbiol membunuh saudara seagama secara perlahan lahan. (Bukan perlahan lagi dah).

Jika kita ada wang lebih kita wajib menyumbang dan memboikot produk musuh secara berterusan.

Jika kita tak mampu menyumbang wang ringgit sekurang-kurangnya hargailah usaha pihak lain yang sedang berbuat demikian.

Jangan kita cemarkan niat suci mereka dengan tuduhan wayang atau fitnah mencari populariti murahan.

Ucapan yang baik itu adalah sedekah.

Jika mulut kita hanya tahu menabur bisa lebih baik kita diam dan abaikan sahaja hantaran mereka di media sosial.

Tuan puan mari kita dengar realiti sebenar angka kemusnahan di bumi G yang membuatkan air mata jantan menitis yang dilontarkan oleh saudara Muntsir.

Sehingga ke hari ini lebih 100000 orang awam telah mati syahid dibantai oleh tentera Setanjahat.

Lebih 150000 orang lagi sedang menanggung kesakitan akibat cedera parah tanpa bekalan perubatan yang mencukupi.

Angka yang paling menghantui fikiran beliau adalah 20000 mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan konkrit tebal.

Keluarga mereka tak mampu berbuat apa-apa untuk mengeluarkan jasad-jasad tersebut.

Terdapat lebih 10000 orang lagi disenaraikan sebagai hilang tanpa dikesan.

Lebih 10000 orang pemuda dan lelaki dewasa sedang diseksa di dalam penjara laknatullah Z.

Bumi G kini dihuni oleh lebih 87000 anak yatim yang hilang tempat bergantung pada usia yang amat mentah.

Lebih 27000 kanak-kanak kecil yang belum mengerti apa apa tentang kejamnya peperangan telah pun terbunuh akibat ledakan artileri.

Sebanyak 90 peratus struktur bangunan rumah hospital dan masjid telah hancur rata menjadi padang jarak padang tekukur.

Ini adalah data rasmi yang disahkan sendiri oleh institusi antarabangsa dan tak boleh disangkal oleh mana-mana pihak.

Walaupun berdepan angka korban yang amat mengerikan, penduduk G tetap memilih untuk bertahan di tanah warisan para anbia.

Mereka sanggup mengorbankan segala galanya supaya kompleks Masjid Al-Aqsa tak jatuh ke tangan penjajah sepenuhnya.

Sebagai tanda penghormatan sekurang-kurangnya janganlah kita menghina pengorbanan darah dan air mata mereka.

Muntsir turut memberikan 1 perspektif sejarah kepimpinan Malaysia yang sangat adil dan terbuka.

Dia menyatakan bahawa dari zaman pemerintahan Tun Mahathir, Najib Razak, Abdullah Badawi, Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri sehinggalah ke era Anwar Ibrahim hari ini.

Kesemua barisan perdana menteri kita telah melakukan usaha yang amat baik untuk menyokong perjuangan P mengikut kapasiti landskap dunia pada zaman masing-masing.

Sokongan terhadap pembebasan tanah ini telah lama menjadi teras dasar luar negara yang tak pernah berubah.

Oleh sebab itu kita tak wajar menjadikan isu nyawa mangsa perang ini sebagai peluru tembakan untuk menyerang mana-mana pihak dalam kancah politik tempatan.

Hormatilah kesucian perjuangan kemanusiaan ini.

Sudah tiba masanya masyarakat berfikir secara matang dan bersatu hati mematahkan perang psikologi yang sedang dimainkan oleh kuasa asing.

Jangan biarkan perbalahan domestik membutakan mata kita daripada bersatu menentang musuh sebenar di pentas dunia.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet