Rabu, 21 Oktober 202621 Okt 2026
Marcapada Dunia

Pilihan Raya Di Tengah Runtuhan G: Antara Demokrasi Dan Survival Di Deir el-Balah

Tuan-puan, semalam satu peristiwa yang agak pelik tapi amat bersejarah telah berlaku di wilayah G.

Buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 20 tahun, penduduk di kota Deir el-Balah keluar membuang undi untuk memilih barisan majlis perbandaran yang baharu.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa relevannya buat pilihan raya pada waktu bangunan masih hancur berderai dan jet pejuang Isbiol masih berlegar di udara?

Ada juga yang sinis berkata, ada pilihan raya atau tak ada pilihan raya, nasib rakyat G tetap sama, kan?

Dari kaca mata realpolitik, situasi ini sangat mendalam. Saudara Ahmad Faezal yang kini dalam armada misi Sumud 2.0 untuk memecahkan kepungan laut G, sering menekankan betapa pentingnya survival institusi buat bumi P.

Sebenarnya, apa yang berlaku di Deir el-Balah ini bukanlah pesta demokrasi berskala penuh.

Seorang penganalisis bernama Mariam Barghouti telah memberikan pandangan yang sangat tepat. Dia menggelar acara ini sebagai 'pilihan raya tanpa kedaulatan'.

Ini kerana Pilihan Raya Perbandaran ini berlangsung dalam keadaan yang amat terhad. Di seluruh wilayah G, hanya kawasan Deir el-Balah sahaja yang dibuka untuk proses membuang undi.

Ini satu langkah percubaan atau projek perintis di tengah-tengah landskap geografi yang dikoyak-rabak oleh tentera Setanjahat.

Penduduk Deir el-Balah tak peduli fasal slogan politik murahan. Calon-calon yang bertanding juga membawa slogan kempen "Penyelesaian, bukan sekadar slogan".

Bagi penduduk yang bergelut setiap hari, mereka hanya mahukan individu yang boleh menyelesaikan isu infrastruktur yang sudah barai, menguruskan sampah sarap yang menggunung, memastikan bekalan air sampai ke khemah, dan membaik pulih kemudahan kesihatan yang musnah.

Bagi pihak pentadbir di P, mengadakan pilihan raya ini adalah satu bentuk rundingan paksa dengan realiti.

Mereka mahu membuktikan kepada dunia bahawa biarpun dihimpit kemusnahan ge**sid, institusi pentadbiran tempatan tidak boleh lumpuh dan tidak akan mati.

Ia adalah satu bentuk penentangan secara halus. Mereka cuba mengekalkan sekurang-kurangnya sisa-sisa kelangsungan hidup sebuah entiti berkerajaan sendiri di celah-celah sekatan dan pembunuhan.

Adakah sekeping kertas undi mampu menghentikan artileri musuh?

Pasti tidak. Tetapi keupayaan mereka untuk beratur mengundi di dalam khemah perlindungan membuktikan satu mesej yang amat jelas.

Rakyat P sentiasa mencari jalan untuk bertahan, melawan segala percubaan kuasa luar yang cuba mematikan sistem sivil dan semangat juang mereka.

Biarpun realiti pentadbiran mereka dibolosi kekangan, jiwa sumud (ketahanan) mereka tidak akan pernah padam!

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet