Satu benda dengan nama yang pelik ini tiba-tiba buat satu dunia tertanya-tanya.
Pada tahun 2017, objek asing bernama ʻOumuamua melintas dalam sistem suria kita dengan kelajuan luar biasa.
Ahli astronomi mula kesan objek ini melalui teleskop seperti Pan-STARRS di Hawaii. Apa yang buat ia menarik bukanlah mengenai asal-usul dari mana objek ini datang, tetapi benda apa itu dan kenapa bentuk dia pelik.
ʻOumuamua datang dari luar sistem suria, menjadikannya objek antara bintang pertama yang pernah dikesan manusia.
Apa lagi, memang meletuplah internet waktu itu dengan penuh spekulasi dari pakar-pakar teori konspirasi.
Bentuknya pula tidak seperti asteroid biasa.
Data menunjukkan ia mungkin memanjang seperti cerut atau leper seperti pancake, sesuatu yang tidak pernah lagi dilihat dalam kajian astronomi moden.
Tambah pelik lagi, objek ini menunjukkan pecutan tanpa tanda jelas gas keluar seperti komet biasa.
Benda inilah yang buat ramai saintis berdebat tentang apa sebenarnya yang menolak objek ini bergerak lebih laju.
Tup-tup, muncul nama Avi Loeb, seorang ahli astrofizik dari Universiti Harvard.
Dia muncul dan terus cetuskan satu kontroversi apabila mencadangkan kemungkinan ʻOumuamua ialah teknologi UFO makhluk asing.
Terus meletuplah nama Avi Loeb dan teori yang dibawanya.
Ada yang kata bahawa dia berani kerana sebutkan teori ini, tetapi tidak sedikit dalam komuniti saintifik lihat benda itu sebagai terlalu spekulatif tanpa bukti kukuh.
Institusi seperti NASA menjelaskan bahawa fenomena ini masih boleh diterangkan melalui proses semula jadi.
Antara teori yang lebih diterima ialah ais hidrogen atau nitrogen yang mengewap tanpa meninggalkan kesan jelas.
Kajian lanjut juga menunjukkan bahawa pecutan ʻOumuamua boleh dijelaskan tanpa perlu melibatkan makhluk asing.
Ini merupakan satu prinsip penting kerana sains bergantung pada bukti, bukan sensasi.
Namun begitu, kontroversi tidak berhenti di situ. Avi Loeb kemudian melancarkan projek seperti Galileo Project untuk mencari bukti teknologi luar bumi.
Secara zahirnya, projek ini nampak seperti usaha saintifik biasa.
Tetapi pengkritik mengatakan ia terlalu bergantung kepada naratif popular untuk menarik dana dan perhatian media.
Rupanya, dia cuma nak buat namanya jadi popular supaya orang boleh nampak projek apa yang dia bangunkan
Bermulalah isu “seleweng” yang disebut-sebut ramai. Ada yang melihat penggunaan idea UFO ini sebagai strategi pemasaran dalam dunia penyelidikan.
Dalam dunia akademik, mendapatkan dana bukan perkara mudah.
Jadi apabila ada teori pelik tetapi syok telah mendapat perhatian awam, ia boleh membuka peluang kepada projek tertentu untuk berkembang lebih cepat.
Namun ini juga membawa risiko. Sains boleh terjejas jika hipotesis liar dipromosikan tanpa asas kukuh, kerana ia mengaburkan garis antara kajian serius dan hiburan.
Perlu difahami bahawa misteri ʻOumuamua masih belum selesai sepenuhnya. Tetapi itu tidak bermaksud semua teori mempunyai nilai yang sama.
Majoriti ahli astronomi memilih untuk kekal berhati-hati. Mereka lebih cenderung kepada penjelasan semula jadi yang selari dengan data yang ada.
Isu ‘Oumuamua mungkin tak selesai lagi, tetapi perdebatannya sudah selesai, bahawa saintis semua sepakat bahawa itu bukanlah teknologi alien.
Itu cumalah khayalan Avi Loeb untuk lakukan projek dia sebab nak tarik dana luar untuk tampung kajian-kajian dia.
Sedih betul.




No comments yet