Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Eksplorasi Karya

Lagu Balik Kampung Sudirman Sebenarnya Bukan Lagu Raya?

Sekarang ni semua orang nak buat lagu raya. Tak kira artis, Influencer, promter AI semua nak buat lagu raya sendiri. Tapi takde lagu raya yang boleh lawan lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Namun, tahukah anda bahawa lagu ini sebenarnya bukan lagu raya?

Ya, anda tidak salah baca! Lagu Balik Kampung asalnya tiada kena-mengena dengan sambutan Aidilfitri.

Lagu yang cukup sinonim dengan kepulangan perantau ke desa tercinta ini sebenarnya dicipta oleh komposer legenda S. Atan pada tahun 1984.

Namun, tujuan asal penciptaannya bukanlah untuk meraikan Aidilfitri, tetapi sebagai lagu kempen pilihan raya!

Menurut S. Atan, lagu ini menggambarkan kegembiraan pemuda-pemudi yang tinggal di bandar apabila mereka diberi cuti untuk pulang ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia iaitu mengundi!

“Lagu ini saya cipta sempena kempen pilihan raya bagi menggambarkan perasaan anak muda dapat bercuti dan pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.” – S. Atan

Namun, keunikan lagu ini terletak pada elemen nostalgia dan suasana kampung yang dirakam dalam liriknya.

Walaupun ia sebenarnya tentang perjalanan pulang untuk mengundi, elemen tersebut amat dekat dengan pengalaman balik kampung ketika hari raya.

Maka, tidak hairanlah ramai yang menganggap lagu ini sebagai lagu raya sejak sekian lama!

Tapi, kenapa Balik Kampung dianggap lagu raya?

Salah satu sebab utama lagu ini sering dikaitkan dengan Hari Raya ialah kerana EMI, syarikat rakaman Sudirman memasukkan lagu ini dalam album kompilasi lagu raya mereka.

Ditambah pula dengan hakikat bahawa ia sering dimainkan di stesen radio setiap kali menjelang Aidilfitri, maka tidak hairanlah lagu ini terus sebati dalam jiwa rakyat Malaysia sebagai lagu raya.

Namun, jika diperhatikan dengan teliti, tiada satu pun perkataan "raya" dalam liriknya!

Liriknya lebih kepada menggambarkan kegembiraan perjalanan pulang ke kampung, satu pengalaman yang sangat dekat dengan hati rakyat Malaysia khususnya mereka yang merantau di kota.

“Perjalanan jauh tak ku rasa, Kerna hati ku melonjak sama. Ingin berjumpa sanak saudara, Yang selalu bermain di mata.”

Melalui lirik ini, Sudirman berjaya menggambarkan perasaan teruja ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

Suasana desa, deru angin dan keindahan alam semuanya menjadikan lagu ini begitu menyentuh perasaan.

Inilah yang membuatkan lagu ini bertahan sebagai lagu evergreen setiap kali tibanya musim perayaan.

Walaupun lagu ini tidak dicipta khas untuk Hari Raya, Balik Kampung telah menjadi satu fenomena tersendiri dalam budaya muzik Malaysia.

Ia membuktikan bahawa sebuah lagu yang baik tidak semestinya perlu mengikut tema tertentu untuk kekal relevan.

Lagu ini telah merentasi generasi dan terus hidup dalam kenangan setiap kali kita bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet