Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Dunia Tempur

Spartacus: Si Bekas Gladiator Yang Berjaya Gegarkan Empayar Rom Dengan Revolusi Hamba!

Pernah tak anda bayangkan, seorang hamba yang tugas hariannya hanyalah berlawan sampai mati di dalam arena untuk hiburan orang kaya, tiba-tiba boleh bangkit menjadi panglima yang paling ditakuti oleh seluruh Empayar Rom?

Inilah kisah Spartacus, seorang askar dari Thrace yang dijadikan hamba gladiator, tetapi akhirnya berjaya buktikan bahawa maruah seorang manusia tidak boleh dirantai selamanya.

Semuanya bermula di sebuah sekolah gladiator (ludus) di Capua pada tahun 73 Sebelum Masihi. Spartacus bersama kira-kira 70 orang hamba lain sudah hilang sabar dengan layanan kejam tuan mereka. Dengan hanya berbekalkan pisau dapur dan perkakas harian, mereka merempuh keluar dari penjara tersebut.

Mereka melarikan diri ke puncak Gunung Vesuvius, iaitu gunung berapi yang kita tahu meletup memusnahkan Pompeii ratusan tahun kemudian. Di sana, mereka menjadikan gunung tersebut sebagai kubu pertahanan. Pada mulanya, Rom hanya pandang sebelah mata dan menganggap ini hanyalah rusuhan kecil hamba yang tiada hala tuju.

Mereka hantar pasukan kecil untuk tundukkan Spartacus, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya; askar-askar Rom dibantai dengan taktikal genius Spartacus yang menggunakan akar kayu untuk turun dari tebing curam dan menyerang musuh dari arah belakang.

Berita kemenangan Spartacus tersebar seperti api di padang lalang. Ribuan hamba, petani miskin, dan mereka yang tertindas mula melarikan diri daripada tuan masing-masing untuk menyertai angkatan Spartacus.

Dalam masa yang singkat, jumlah tentera hamba ini mencecah lebih 100,000 orang! Rom mula gelabah sebab Spartacus bukan setakat menjarah di sekitar Rom, tetapi beliau melatih hamba-hamba ini menjadi unit ketenteraan yang berdisiplin tinggi.

Beliau berjaya menewaskan satu demi satu pasukan Legion Rom yang dihantar untuk menangkapnya. Bayangkan betapa malunya jeneral-jeneral Rom yang hebat itu apabila mereka dikalahkan berkali-kali oleh orang yang mereka anggap sebagai objek semata-mata.

Namun, setiap perjuangan agung ada pengakhiran yang tragis. Spartacus akhirnya terperangkap apabila beliau dikhianati oleh lanun yang sepatutnya membawa tenteranya menyeberang ke Sicily.

Di saat itulah, Rom menghantar orang paling kaya mereka, Marcus Licinius Crassus (lelaki yang sama yang kalah di Carrhae kemudian nanti), bersama lapan legion untuk menamatkan riwayat revolusi ini.

Dalam pertempuran terakhir yang sangat ngeri, Spartacus dikatakan gugur di medan perang sebagai seorang pahlawan, walaupun mayatnya tidak pernah ditemui. Untuk memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang berani mencabar Rom, Crassus telah menyalibkan 6,000 orang pengikut Spartacus di sepanjang jalan utama Appian Ways.

Spartacus mungkin tewas di tangan lapan legion Rom, namun beliau berjaya merobek ego sebuah kuasa besar dunia. Beliau adalah bukti hidup bahawa kekuatan sebenar tidak terletak pada jumlah askar atau kecanggihan senjata, tetapi pada jiwa yang enggan untuk menyerah kalah pada penindasan.

Walaupun 6,000 salib terpacak di sepanjang jalan Appian Way, ia tidak mampu menutup hakikat bahawa seorang bekas gladiator pernah membuatkan para pemimpin Rom menggigil ketakutan di dalam istana mereka sendiri.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet