Pada awalnya, Samsung dan Apple ni memang dah macam kawan baik. Banyaklah sesi bantu membantu antara dua syarikat ni. Sampailah satu masa tiba-tiba Samsung dan Apple jadi musuh ketat.
Persoalanya macam mana Samsung dan Apple bergaduh sampai jadi musuh ketat?
Ketika Apple mahu mencipta iPod, mereka hadapi masalah untuk sediakan storan yang besar dengan saiz lebih kecil. Samsung pun datang kepada Apple untuk tawarkan penyelesaian.
Apa yang Samsung buat adalah berikan NAND flash memory yang bersaiz kecil untuk digunapakai oleh iPod. Kehadiran Samsung telah membuatkan Apple berjaya menyempurnakan iPod. Sejak dari itu Samsung terus menjadi pembekal utama flash memory kepada Apple.
Namun hubungan baik itu tidak bertahan lama apabila Samsung telah mengeluarkan telefon pintar sendiri.
Tindakan itu mengundang rasa kurang senang daripada Apple kerana Samsung seperti mahu bersaing dengan mereka. Tambah parah lagi, design telefon pintar Samsung sebiji seperti iPhone.
Tapi Apple tahu mereka tidak boleh semberono menyerang Samsung berlebihan kerana syarikat itu adalah antara pembekal terbesar. Penyelesaian adalah Apple meminta Samsung membayar $30-$40 atas dakwaan menggunakan design iPhone dan iPad.
Samsung menepis dakwaan lantas menuduh Apple yang sebenarnya menciplak design mereka. Tuduh-menuduh ini terus berlarutan sehingga ke peringkat mahkamah bagi menentukan siapa pemilik sebenar.
Masalahnya nak tunggu keputusan mahkamah memang lama. Jadi Samsung terus fast forward dengan solusi yang lebih bernas agar diterima oleh dunia.
Untuk itu Samsung telah hasilkan banyak telefon pintar dengan pelbagai jenis inovasi secara mass production. Antaranya adalah Galaxy Note Edge dan Galaxy Camera. Paling penting sekali, harga telefon pintar Samsung lebih murah berbanding Apple.
Kesemuanya usaha keras Samsung tampak seperti sia-sia kerana masih lagi gagal menyaingi Apple. Lama kelamaan Samsung sedar mereka lemah dalam aspek branding.
Jadi Samsung telah menubuhkan satu pasukan untuk merungkai permasalahan tersebut. Pasukan itu mendapati Apple banyak memainkan naratif iPhone adalah premium.
Caranya adalah Apple memanipulasi emosi pelanggan dengan menggambarkan iPhone adalah telefon pintar untuk orang kaya di dalam iklan. Bermakna apabila memakai iPhone, anda akan dipandang tinggi. Samsung pula hanya bercerita tentang kamera, kapasiti, bateri dan bermacam lagi yang agak kurang difahami oleh pelanggan.
Bagi mengatasi masalah ini, Samsung telah mengupah 72andSunny bagi membantu mereka dalam aspek pengiklanan. Syarikat itu mencadangkan kepada Samsung untuk cuba lari daripada pengiklanan yang gemar menyebut kelebihan produk.
Maka 72andSunny telah hasilkan video yang memaparkan pengguna iPhone yang kagum dengan moden Galaxy SII.
Selepas itu, Samsung berjaya menjadi syarikat telefon pintar nombor satu dunia dan mendapat permintaan tinggi. Adakah pertelingkahan sudah tamat? Belum kerana kedua-keduanya masih lagi bersaing sebelum dipintas oleh syarikat telefon pintar daripada China.
Kesimpulannya persaingan yang baik boleh menjadi wake up call untuk syarikat terus berikan yang terbaik kepada pelanggan. Pengiklanan yang baik juga sangat diperlukan bagi memastikan brand terus melekat dalam fikiran pelanggan.
Apa-apapun pertelingkahan ini telah beri banyak manfaat kepada kita dengan kelahiran smartphone yang canggih.
---




No comments yet