Rabu, 21 Oktober 202621 Okt 2026
Sukan

Dari Raja Premier League ke Liga Ketiga: Apa Sebenarnya Berlaku Kepada Leicester City?

Siapa sangka, pasukan yang pernah mencipta keajaiban terbesar dalam sejarah bola sepak kini jatuh begitu jauh. Tahun 2016, Leicester City menakluk dunia sebagai Juara Premier League. Satu musim yang mengubah segalanya. Dari underdog, menjadi legenda.

Namun cerita mereka tidak berhenti di situ. Tahun 2021, Leicester sekali lagi mencipta sejarah. Mereka menjulang FA Cup buat kali pertama, menewaskan Chelsea di Wembley. Detik gemilang. Simbol bahawa mereka masih relevan.

Tetapi di sebalik kejayaan itu, sesuatu sebenarnya mula retak sejak awal lagi.

Keputusan paling kontroversi? Pemecatan Claudio Ranieri pada tahun 2017. Jurulatih yang membawa keajaiban EPL itu disingkirkan hanya beberapa bulan selepas musim bersejarah tersebut.

Keputusan itu pernah dipertahankan atas alasan prestasi. Tetapi bagi ramai peminat, ia satu pengkhianatan. Seolah-olah kelab membuang jiwa yang membina identiti mereka.

Dari situ, satu mesej jelas di hantar, tiada siapa kebal. Dan mungkin, tiada arah jangka panjang.

Selepas itu, Leicester cuba membina semula. Namun asas yang kukuh sudah mula goyah.

Pemain utama mula pergi satu demi satu. N’Golo Kante, Riyad Mahrez, arkitek kejayaan yang semakin hilang. Yang datang tidak mampu mengisi kekosongan sepenuhnya.

Leicester sebenarnya pernah hampir ke Liga Juara-Juara beberapa kali selepas itu. Musim 2019/20 dan 2020/21, mereka lama berada di kelompok empat teratas. Namun kedua-dua musim berakhir dengan kegagalan di saat akhir. Tekanan mula membina, keyakinan mula goyah.

Kemudian, isu kecederaan melanda. Pemain penting seperti James Maddison, Wesley Fofana dan Ricardo Pereira sering tidak konsisten dari segi kecergasan. Skuad jadi nipis dan prestasi mula turun naik.

Di bahagian pengurusan, masalah semakin jelas. Leicester antara kelab paling pasif dalam jendela perpindahan. Musim 2022/23, mereka hampir tidak membuat pembelian besar. Dalam liga yang semakin kompetitif, ini satu kesilapan besar.

Tekanan kewangan juga tidak boleh dinafikan. Peraturan Financial Fair Play mengehadkan perbelanjaan. Kelab terpaksa menjual pemain untuk seimbangkan akaun. Tetapi pengganti tidak setara.

Di sinilah sisi gelap mula diperkatakan. Ada pandangan bahawa kelab terlalu bergantung kepada model “jual mahal, beli murah”. Strategi ini pernah berjaya. Tetapi gagal apabila risiko semakin tinggi.

Pertukaran pengurus menambah kekeliruan. Dari Brendan Rodgers ke perubahan seterusnya yang tiada kestabilan dan kekuatan. Taktik berubah, akan tetapi, identiti kian menghilang.

Akhirnya, musim buruk tidak dapat dielakkan. Relegasi ke Championship menjadi kenyataan dan kejatuhan berterusan hingga ke League One menjadi simbol kegagalan yang lebih besar.

Ironinya, ini adalah kelab yang pernah menjulang dua trofi terbesar England dalam satu dekad. Premier League, Fa Cup dari puncak hingga ke jurang.

Apa sebenarnya silap? Kurang pelaburan? Kesilapan strategi? Atau terlalu hidup dalam bayangan kejayaan lama?

Leicester City kini bukan lagi kisah dongeng. Ia adalah pengajaran keras dalam dunia bola sepak moden.

Naik ke puncak itu luar biasa. Tetapi tanpa evolusi, kejatuhan hanya menunggu masa.

Dan Leicester, adalah bukti paling nyata dan mungkin juga mereka terlepas pandang akan perkara itu.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet