Sekarang ni macam-macam jenis kurier kita pernah guna. Bermula dengan Pos Laju, J&T, NinjaVan dan banyak lagi. Ada yang hantar esok, semalam dah dapat. Ada yang bertahun tak sampai-sampai. Tahu tak korang Genghis Khan orang pertama yang cipta sistem pos antarabangsa dalam dunia!
Tak percaya?
Sekitar 1200 M, Genghis Khan cipta sistem persuratan dan pejabat pos yang bernama Örtöö (juga dikenal sebagai Yam) di seluruh empayar Mongol. Sistem ni diperluaskan di zaman Ögedei Khan. Ketika era Dinasti Yuan di bawah pemerintahan Kublai Khan, sistem ni digunapakai di serata wilayah di China. Sistem ni berjalan mengikut undang-undang bertulis Mongo yang bernama Yassa.
Apa fungsi “Pos Laju Genghis Khan” ni?
Serupa dengan apa yang kita guna sekarang. Kerjanya untuk hantar barang dan surat. Selain tu, Örtöö ni juga disediakan untuk pengembara, tentera dan orang-orang kenamaan dari dalam dan luar kerajaan Mongol. Örtöö turut memudahkan penghantaran ufti dan perdagangan dari dalam dan luar negara.
Lebih daripada 1400 pejabat pos di China di akhir pemerintahan Kublai Khan. Kira-kira 50,000 ekor kuda, 1400 ekor lembu, 6700 keldai, 400 pedati, 6000 bot, lebih 200 ekor anjing dan 1150 ekor biri-biri berada dalam simpanan Örtöö. Setiap pejabat pos berjarak 15 hingga 40 batu dan mempunyai pegawai yang dipercayai menjaganya.
Bila kurier yang menghantar barang-barang sampai ke pejabat pos, mereka diberikan makanan, tempat tinggal dan kuda tambahan sebagai ganti. Barang-barang akan diberikan kepada kurier seterusnya untuk pergi ke pejabat pos lain. Setiap hari, perjalanan setiap kurier dianggarkan sejauh 20-40 batu (32-64 km). Setiap kurier ni ada paiza atau loket logam yang melambangkan diorang ni penghantar barang-barang Örtöö.
Mula-mula sistem Örtöö ni disediakan secara percuma kepada pedagang. Masa zaman Möngke Khan, sistem ni disediakan secara komersial. Pengembara asing seperti Marco Polo, Giovanni da Pian del Carpine, Odoric of Pordenone dan William of Rubruck sangat kagum dan terangkan secara terperinci tentang keefisienan sistem Örtöö ni dalam penulisan diorang.
Oleh: Azizul Farhan
Sejarah Mongol ni susah kalau kita nak kaji dalam bahasa Inggeris. Mahal. Jadi kami ada tawaran untuk korang. Sempena JUALAN KETAMADUNAN, cuba tengok KITAB TAMADUN MONGOL kami kat Shopee. Ada DISKAUN kat https://bit.ly/mongolshopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply