Port Royal, Jamaica pada kurun ke-17 Masehi dijuluki sebagai bandar paling terce.la di muka bumi. Julukan ini diberi kerana ia menjadi pusat perkumpulan la.nun dan pembu.ru harta karun, selain dipenuhi dengan berbagai macam he.donisme seperti ju.di, berfoya-foya, dan pesta a.rak.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Namun, sebesar mana sekali pun sesebuah rumah ia tetap bermula dengan sekecil bata dan boleh hilang dalam sekelip mata. Tepat pada jam 11:43 tanggal 7 Jun 1692, pelabuhan paling mewah di Hindia Barat ini digegarkan gem.pa bumi. Habis dua pertiga daripada Port Royal run.tuh dan tenggelam ke dasar lautan sekali gus mengu.burkan segala kegemilangan yang pernah ditempanya.

Hari ini, nama Port Royal disohorkan kembali sebagai salah sebuah tapak arkeologi paling penting di Carbbean merangkap satu-satunya bandar tenggelam di Hemisfera Barat.

Berbicara daripada sudut sejarah, Port Royal pertama kali dijejaki oleh suku Taino. Bagaimanapun, sejarahwan tidak dapat memuktamadkan sama ada ia dihuni atau sekadar disinggahi. Apa yang pasti, suku Taino menggunakan Port Royal sebagai pulau persinggahan semasa mereka keluar menang.kap ikan.

Antara run.tuhan Port Royal yang tenggelam akibat kejadian gem.pa bumi

Memasuki Zaman Penjelajahan, Pulau Jamaica dikuasai oleh Sepanyol yang merupakan adikuasa maritim ketika itu. Port Royal yang terletak di tenggara pulau turut tidak terkecuali. Cuma, pengaruh Sepanyol di sana belum lagi utuh.

Pada tahun 1654, Oliver Cromwell menghantar sebuah konvoi yang diketuai oleh Robert Venables dan William Penn bagi menak.luki Haiti dari Sepanyol. Namun, ekspedisi ini gagal. Dek kerana tidak sanggup mengangkat muka di hadapan Cromwell, Venables dan Penn lantas membawa diri ke Jamaica.

Tidak banyak penen.tangan dihadapi oleh mereka, justeru pulau itu pun jatuh ke tangan Inggeris. Fort Cromwell kemudian dibangunkan, disusuli oleh petempatan di sekitarnya yang diberi nama Point Cagway. Sejurus selepas Charles II menaiki takhta England, nama kubu itu diubah menjadi Fort Charles dan Point Cagway pula ditukar menjadi Port Royal.

Berkat kedudukan Port Royal yang strategik, ia dengan pantas membangun sebagai pusat perdagangan yang penting di Caribbean sekali gus menjadi pelabuhan paling sibuk di Hindia Barat. Lokasinya yang menghubungkan antara Dunia Baru dan Sepanyol turut membuatkan Port Royal kerap dikunjungi la.nun-la.nun yang berhasrat menjadi pelaut persendirian (privateer). Antara privateer tersohor di Port Royal ialah Henry Morgan yang bersara dari dunia perla.nunan untuk menjawat jawatan Leftenan Gabenor Jamaica.

Hari-hari gemilang Port Royal bagaimanapun berlangsung singkat dan berakhir dengan pantas. Segalanya berpunca daripada gem.pa bumi dan tsu.nami yang melanda pada tahun 1692. Beberapa minit sahaja diperlukan alam untuk mera.napkan dua pertiga bandar (seluas 33 ekar).

Peta yang menunjukkan kawasan yang tenggelam

Bencana ini mengor.bankan 1,600 nyawa dan mence.derakan 3,000 yang lain. Kece.deraan dan wa.bak penya.kit yang menyusul mera.gut 3,000 kasu.alti tambahan. Gem.pa bumi yang melanda Port Royal kerapkali disifatkan sebagai huku.man Tuhan ke atas penduduk bandar tersebut yang banyak bergelumang dengan do.sa dan no.da.

Port Royal hanya sempat berdiri megah selama 37 tahun. Tempoh singkat ini bagaimanapun secara tidak langsung menyumbang kepada pengiktirafannya sebagai antara tapak arkeologi bawah laut paling terpelihara.

Menurut laman sesawang UNESCO, kuali dan periuk-periuk besi masih berada di perdiangan (ketuhar tanah) bersama dengan kayu-kayan hangus. Timbunan pinggan mangkuk turut dijumpai berselarakan di sekitar gerobok simpanan di bawah tangga.

Di celah-celah run.tuhan dinding rumah pula ditemui ja.sad kanak-kanak. Tidak ketinggalan, tong-tong yang mengandungi sampah harian – termasuklah rambut dan jambang (yang baru sahaja dicukur sebelum bencana berlaku). Banyak juga barangan seramik yang masih berkeadaan sempurna.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Lebih daripada itu, pasukan arkeologi berjaya mengenal pasti waktu tepat berlakunya ben.cana menerusi penemuan jam poket yang terhenti hitungannya di saat kejadian. Jam poket ini dijumpai oleh Edward Link pada tahun 1960, sekali gus menandakan kejayaan pertama lingkungan arkeologi dalam mengenal pasti waktu tepat berlakunya sesebuah ben.cana pada zaman dahulu.

Signifikasi tapak arkeologi maritim Port Royal umumnya terletak pada keadaan barangan harian dan runtuhan bangunannya yang masih terpelihara. Berbekalkan penemuan arkeologi dan catatan-catatan sejarah berkaitan, sejarahwan berupaya mendalami pengetahuan perihal seni bina, perancangan bandar, pemakanan, gaya hidup, dan hal-hal berkaitan kehidupan penduduk Port Royal sewaktu bandar tersebut masih berdiri megah.

Antara artifak dari Port Royal yang dipamerkan

Pada hari ini, kebanyakan run.tuhan Port Royal terdampar pada kedalaman 40 kaki dari paras laut. Ramai penyelam cuba meneroka dan membuat pemetaan semenjak 1950-an. Cuma untuk melakukan penyelidikan sedemikian, lesen daripada pihak kerajaan perlu terlebih dahulud diperoleh sebagai langkah kawalan.

Kebanyakan artifak yang dinaikkan pada tahun-tahun kebelakangan kini dipamerkan di Muzium Sejarah dan Etnografi di Institut Jamaica, Kingston.

TERJEMAHAN
April Holloway. (7 Ogos 2014). The Underwater Pirate City of Port Royal. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.