Takde siapa sangka, seorang lelaki berpewatakan ceria dan sering menghiburkan kanak-kanak sebagai badut, sebenarnya seorang pembunuh bersiri! Pogo the Killer Clown pernah menggemparkan Illinois, Amerika suatu masa dahulu.

Lelaki bernama John Wayne Gacy ini pernah berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki. Namun, entah bagaimana segala-galanya berubah setelah dia bercerai dengan isterinya, Marlynn. Pada tahun 1968, Gacy disahkan bersalah meliwat seorang budak lelaki dan dipenjarakan selama setahun setengah sahaja.

Takkanlah orang tak sedar dia pembunuh?

Statusnya sebagai bekas banduan tidak menghalang Gacy daripada mendaki dunia politik dan perniagaan construction. Orang ramai mula mengagumi imej sempurna yang ditampilkannya sebagai seorang lelaki yang peramah, ringan tulang dan berkarisma. Tanpa mereka menyedari, itu semua cuma wayang untuk menutup sebuah rahsia besar.

Bagaimana dia membunuh?

Gacy pandai melaksanakan taktik sempurna yang gagal dihidu. Dia akan meronda bandar pada tengah malam sambil memakai lencana polis dengan jaket kulit. Mangsa yang dicari ialah budak-budak. Macam kitalah, kalau jumpa polis mesti cuak. Gacy akan memanggil dan menyuruh budak yang dijumpainya untuk menaiki kereta. Apa lagi, Gacy segera membawa mangsa ke rumahnya dan di situlah nasib malang budak itu bermula.

Seperti yang korang tahu, Gacy ada perniagaan construction. Ada juga mangsa yang ditawarkan untuk bekerja dan diajak datang ke rumah untuk sesi temuduga. Bila dah masuk rumah, mangsa takkan dapat pulang. Korang yang cari kerja kosong tu, hati-hati tau!

Gacy ada buat silap mata sebelum membunuh tau!

Dia akan buat persembahan silap mata dengan memakaikan gari. Dengan mudah, Gacy akan membuka gari yang mengikat tangannya. Dia akan try pulak gari tu pada tangan budak yang malang. Bila budak tu gagal membukanya, barulah Gacy tunjukkan tanduk syaitannya.

Sekejam apa pembunuhan badut ni?

Seperti jenayah pertama yang dilakukannya, Gacy akan meliwat mangsa. Namun, kali ini lebih kejam dengan menggunakan objek. Ada masa, dia akan menunggang mangsa dari belakang sambil menarik tali yang mengikat leher mangsa. Betul-betul macam binatang!

Pada 10 Mei 1994, Gacy yang sudah ditangkap dan disahkan bersalah, telah dijatuhkan hukuman mati dengan cara suntikan maut. Maka berakhirlah riwayat hidup seorang lelaki yang membunuh 26 jiwa tanpa belas kasihan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Cerita pasal skinwalker ni, kami ada keluarkan novel pembunuhan bersiri berjudul PSIKOPAT NIRWAJAH yang ada kisah mendebarkan untuk dibaca! Klik: https://bit.ly/PsikopatNirwajahShopee

Sebab korang beli novel ni, setiap pembelian korang akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin! https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply