Pada 1521, Zhu Houcong naik takhta menggantikan sepupunya Maharaja Zhengde sebagai maharaja ke-12 Dinasti Ming. Houcong menggunakan nama Jiajing sebagai nama dirajanya yang bermaksud ketenangan yang disanjung. Ironinya, baginda sangat kejam semasa memerintah.

 

Seperti mana Qin Shi Huang, Jiajing turut obses mencari air maulihayat yang akhirnya membawa kepada Plot Renyin.

 

Nama Plot Renyin merujuk kepada tahun ke-39 dalam kitaran 60 tahun yang digunakan di China. Plot yang dicetuskan pada 1542 ini membabitkan 16 perempuan istana yang merancang mahu menamatkan riwayat Jiajing.

 

Baginda suka mengambil darah haid gadis-gadis remaja berusia 13 dan 14 tahun dan diproses sebagai plumbum merah (red lead). Kononnya ia akan menjadi air hidup abadi. Gadis-gadis ini hanya diberi air hujan dan daun mulberi kononnya nak memastikan darah haid mereka sentiasa tulen sebagai bahan plumbum merah.

 

Gadis-gadis ini akan dipukul kalau taknak. Kalau jatuh sakit, gadis tu akan dicampak keluar dah macam tiada nilai. Nasib sama menimpa gundik-gundik Jiajing kalau taknak melayan keperluan seksual baginda. Hal ini mendorong mereka berpakat untuk bunuh Jiajing.

 

Kesemua 16 wanita bertindak pada malam Jiajing menghabiskan masa di kamarnya bersama gundik kegemarannya, Puan Cao. Selepas Puan Cao dan para pengiringnya meninggalkan kamar baginda, wanita-wanita ni segera bertindak.

 

Awalnya, wanita-wanita ni tangkap baginda dengan seorang daripada mereka cuba cekik dengan tali reben rambutnya. Bila gagal, mereka cuba menampakkan baginda seolah-olah menggantung diri dengan mengikat tali reben sekitar lehernya. Tetapi mereka tersalah membuat ikatan dan mengakibatkan baginda pengsan beberapa hari.

 

Bila dah panik, salah seorang wanita yang terlibat laporkan hal itu kepada isteri Jiajing, Maharani Fang. Maharani Fang terus menghukum mati semua wanita yang terlibat serta keluarga mereka.

 

Puan Cao yang tak terlibat tetap dihukum Maharani Fang. Sebenarnya Maharani takut kedudukannya tergugat dengan Puan Cao dan Maharani gunakan peluang ni untuk singkirkan Puan Cao.

 

Lepas Jiajing dapat tahu pasal plot tu, Jiajing enggan selamatkan Maharani Fang semasa kebakaran berlaku di istana pada 1547.

 

Jiajing berpindah ke sebelah barat Istana Larangan dan terus tinggal secara bersendirian untuk 20 tahun berikutnya. Pendirian baginda ni perlahan-lahan mencetuskan gejala rasuah yang kronik sehingga akhirnya menjadi pencetus kejatuhan Dinasti Ming beberapa abad kemudian.

 

Maharaja Jiajing mangkat pada 1567 semasa berusia 59 tahun. Ramai sejarawan berspekulasi punca sebenar kemangkatan baginda ialah disebabkan oleh keracunan merkuri disebabkan minuman yang dianggap boleh hidup abadi yang dinikmatinya selama ini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak lagi kisah-kisah sejarah Cina yang sangat menarik? Mudah sangat bila bersama KITAB TAMADUN CINA. Boleh beli di: https://bit.ly/kitabtamaduncina


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply