Persoalan ni akan bermain di minda korang bila korang tengok gambar ni. Tak tertanya-tanya ke? Takkan semata-mata rekabentuk yang lawa je.
Ni semua sebab kepercayaan orang Cina pada feng shui. Dikatakan lubang-lubang tu dibuat untuk bagi naga terbang melaluinya dari gunung ke laut setiap hari. Nasib tak baik akan datang kalau pergerakan naga tu dihalang. Lubang ni dikenali sebagai “Dragon Gate.”
Menara Bank of China yang tak dibuat lubang dikatakan menyebabkan nasib tak baik kepada orang sekeliling.
Hong Kong dianggap wilayah yang banyak untung dari sudut pandang feng shui. Orang China percaya yang pertumbuhan pesat Hong Kong sebab geografinya yang dihimpit pergunungan dan laut.
Legenda mengatakan bahawa gunung-gunung ni ialah rumah bagi naga. Semangat naga yang positif ni melalui Hong Kong selagi naga dapat terbang dari gunung untuk minum dan mandi di laut.
Oleh: Azizul Farhan
…
Nak lagi kisah-kisah budaya Cina yang sangat menarik? Mudah sangat bila bersama KITAB TAMADUN CINA. Boleh beli di: https://bit.ly/kitabtamaduncina
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih