Pada tahun 1988, ahli antropologi dari University of  British Columbia, Wade Davis telah mencatatkan bukunya Shadows in the Sun sebuah kisah yang diberitahu kepadanya oleh orang Inuit bernama Olayuk Narqitarvik. Kisah ini menceritakan bagaimana seorang tua yang tidak mahu berpindah dan mahu tinggal seorang diri di dalam ais (igloo) pada sekitar tahun 1940 hingga 1950-an.

Dalam usaha untuk menghalang orang tua itu untuk terus tinggal di situ, keluarganya merampas semua barang-barangnya. Ketika berlakunya ribut salji, orang tua tersebut keluar dari igloo-nya dan membuang air besar. Najisnya itu diasah sehingga menjadi pisau beku (frozen blade) yang ditajamkan menggunakan air liur. Pisau tersebut pernah dia gunakan untuk membunuh anjing. Tulang rusuk anjing tersebut digunakan untuk membina peluncur salji. Orang tua tersebut kemudiannya menghilangkan diri.

Kebenaran kisah ini tidak dapat dipastikan. Davis sering menceritakan kisah ini dalam nada humor dan melihat kisah ini sebagai simbolik bagaimana orang Inuit bergelut dalam persekitaran sejuk. Tetapi idea menggunakan najis sebagai peralatan bukanlah sesuatu yang tidak pernah didengari.

Pada tahun 1953, Peter Freuchen, seorang pengembara artik dari Denmark pernah mencatatkan dalam autobiografinya bahawa dia pernah bentukkan najisnya menjadi pahat. Kemudian, dibekukan dan digunakan untuk melepaskan diri dari parit ais dan salji.

Ahli arkeologi eksperimental, Metin Eren dari Kent State University pernah mendengar kisah menarik tentang orang Inuit ini dari Davis. Menurut Eren, ramai menggunakan kisah ini sebagai bukti bahawa orang Inuit pandai mereka-cipta. Untuk memastikan perkara ini, Eren dan kumpulannya mahu membuktikan sama ada pisau yang diperbuat daripada najis beku benar-benar dapat membunuh anjing.

Makmal arkeologi Eren digunakan untuk menguji kemampuan dan kekuatan peralatan tradisional. Eren sangat berdedikasi dalam lapangan kerjanya sehinggakan dia pernah hampir kehilangan jarinya ketika menguji peralatan batu.

Untuk menguji pisau bernajis beku itu, Eren telah mengambil diet berprotein tinggi seperti yang dimakan oleh orang Inuit untuk 8 hari. Pada hari keempat, Eren menggunakan najisnya lalu dibentuk menjadi bentuk pisau. Kemudian, dibekukan pada suhu -20 darjah Celsius. Menurut Eren, dia melakukan apa yang terdaya untuk memastikan eksperimen tersebut berjaya tetapi hasilnya hampa. Pisau najis beku tersebut tidak mampu memotong, tetapi mencair. Keadaannya kelihatan sama seperti krayon berwarna coklat.

Hasil eksperimen Eren tidak menafikan nilai yang dinyatakan dalam anekdot Narqitarvik yang disampaikan oleh Davis. Kisah tersebut mempunyai nilai dalam pengajaran dan budaya orang Inuit. Walau bagaimanapun, kisah tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai fakta seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang termasuk The Arctic Institute.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/scientists-have-confirmed-you-can-t-make-a-knife-out-of-frozen-human-poop
  2. https://intpolicydigest.org/2014/01/23/key-arctic-survival-improvised-implements-excrement/
  3. Eren, M. I., Bebber, M. R., Norris, J. D., Perrone, A., Rutkoski, A., Wilson, M., & Raghanti, M. A. (2019). Experimental replication shows knives manufactured from frozen human feces do not work. Journal of Archaeological Science: Reports27, 102002.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.