Semasa Empayar Mongol berada di kemuncak kekuasaannya pada abad ke-13, ibu kotanya Karakorum menjadi tumpuan para pedagang yang melalui Laluan Sutera. Tidak banyak sisa ibu kota itu masih wujud sehingga hari ini. Tetapi terima kasih kepada kecanggihan teknologi hari ini, pengkaji arkeologi dapat memeta keseluruhan kawasan Karakorum.

Karakorum diasaskan pada 1220 Masihi oleh Genghis Khan. Pada awalnya, ia hanya berperanan sebagai kawasan petempatan tetapi beliau sedar potensinya dari segi nilai strategik. Selepas Genghis mangkat pada 1227, usaha tersebut diteruskan oleh puteranya Ogodei.

Rajah 1: Ogodei

Bagi memperlihatkan prestij Karakorum sebagai sebuah ibu kota empayar, monumen-monumen termasuk istana dan bangunan indah dibina di kawasan rata berhampiran dengan Lembah Sungai Orkhon itu. Usaha ini bukan saja dimulakan semasa era Ogodei tetapi disambung oleh khan-khan yang seterusnya. Karakorum menjadi tuan rumah bukan saja kepada para pedagang tetapi juga golongan artisan, diplomat dan pengembara.

Sebelum ini, kebanyakan kajian arkeologi dibuat sekitar dalam lingkungan kota itu sendiri. Lantaran itu, agak sukar bagi komuniti arkeologi memahami skala sebenar kehebatan Karakorum walaupun banyak disebut dalam catatan pedagang dan pengembara Eropah.

Tetapi semua itu berubah apabila sepasukan pengkaji arkeologi diketuai Jan Bemmann dari Universiti Bonn membuat tinjauan di runtuhan Karakorum selama 52 hari menggunakan peralatan yang dipanggil SQUID. SQUID merupakan alat yang mengukur topografi dan lapangan magnetik bawah tanah bagi menghasilkan peta kawasan yang belum diekskavasi.

Dari situ, data ini digabungkan dengan data sejarah, tinjauan udara dan data tinjauan sebelumnya. Dan ia akan menghasilkan peta dengan imej kepadatan dan struktur-struktur yang wujud di situ pada zaman kegemilangannya. Bagi Bemmann, ia merupakan sesuatu yang menakjubkan kerana peta ini menunjukkan bekas lokasi bangunan atau jalan-jalan yang pernah wujud sekitar Karakorum.

Peta baru ini turut mendedahkan Karakorum sebenarnya meliputi kawasan Lembah Orkhon. Ini menunjukkan petempatan-petempatan, stesen-stesen bekalan dan bangunan-bangunan sebenarnya tersebar luas sekitar kawasan lembah. Justeru, Bemmann merasakan Karakorum tidak patut digelar sebagai ibu kota diraja tetapi sebagai lembah diraja Mongol.

Rajah 2: Tinggalan tempat penghasilan batu-bata di Karakorum.

Jadi, apa yang membuatkan Karakorum dikagumi oleh para pengunjungnya? Jawapannya terletak kepada sumber yang membiayai pembinaan dan pengindahan kota tersebut: aktiviti keten.te.raan mereka. Selain membawa sumber bahan mentah, pihak Mongol turut membawa artisan dan jurubina handal dari pelbagai wilayah termasuk dunia Islam untuk membina kota tersebut.

Satu tanggapan indah berkenaan Karakorum datangnya dari pendeta Franciscan berdarah Flemish, William of Rubruck. Semasa mengunjungi salah satu istana Mongol di Karakorum, beliau merasa takjub melihat pancuran minuman berbentuk pokok yang diperbuat daripada perak. Apabila tetamu merasa dahaga, khadam akan membawa minuman pancuran seperti madu, arak beras dan susu.

Rajah 3: Gambaran pancuran minuman yang dilihat pendeta Franciscan, William of Rubruck semasa melawat Karakorum pada pertengahan abad ke-13.

Bagi pihak Mongol, gaya hidup nomad mereka jelas menunjukkan mereka bukan pembina kota. Lantas, mereka memerlukan nasihat dan bimbingan bagi menghasilkan imej Karakorum yang indah kepada pengunjungnya. Menariknya, 40% kawasan tanah sekitar tembok Karakorum dibiarkan kosong berdasarkan tinjauan peta Bemmann.

Peta topografi tersebut.

Tetapi menjelang abad ke-15, kota tersebut ditinggalkan. Ia hanya ditemui semula oleh pengkaji arkeologi pada 1889 tetapi hanya sedikit kesan fizikal kota yang tinggal. Bagi Bemman, dengan peta ini, ia diharap dapat membongkar lebih banyak rahsia kota kebanggaan orang Mongol itu.

Kalau anda berminat dengan artikel-artikel berkaitan dengan TAMADUN MONGOL kami nak cadangkan buku terbaru terbitan kami, KITAB TAMADUN MONGOL. Boleh dibeli diwebstore kami pada pautan: bit.ly/pratempahktmktr


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.