Pada era Khalifah Umar Al-Khattab, kekuasaan Islam telah mencakupi sebahagian besar daratan tanah Arab pada ketika itu iaitu Mesir, Semenanjung Arab, Syam dan Khurasan. Kini, sempadan Islam dan Rom hanyalah dipisahkan lautan iaitu Laut Mediterranean. Laut ini menjadi pemisah dan sempadan antara negara Islam dan Rom. Setepatnya di Syam dan Pulau Cyprus.

 

Cyprus merupakan sebuah pulau yang terletak 264 km dari sempadan Lebanon kini. Menjadikan ia sebuah sempadan yang terbuka dengan kerajaan Islam di Syam. Bahkan, penduduk Syam sendiri mengadukan kepada gabenor Syam iaitu Muawiyah Ibn Abu Sufyan yang mereka mendengar salakan anjing dari pulau Cyprus. Perkara ini merupakan perkara yang sangat serius kerana sempadan kerajaan Islam terbuka kepada risiko untuk diserang oleh Rom.

 

Namun, Khalifah Umar menolak cadangan untuk menubuhkan armada laut ini dengan hujah umat Islam masih belum stabil di daratan. Justeru, cadangan ini ditolak dahulu. Muawiyah sekali lagi membawa usulnya ini kepada Khalifah seterusnya iaitu Khalifah Uthman Ibn Affan.

 

Cadangan Muawiyah ini diterima dengan baik oleh Khalifah Uthman Ibn Affan. Pembangunan armada Laut dilakukan di Iskandariyyah (Alexandria), Mesir. Setelah beberapa lama, terbangunlah sebuah armada pasukan Islam di lautan.

 

Pembangunan armada pasukan Islam ini sampai ke pengetahuan Maharaja Rom. Segera dibangunkan armada Rom bagi menumpaskan pasukan armada Khulafa Rasyidin ini. Kedua dua pasukan ini bertemu di sebuah kawasan dan pertempuran ini menjadi saksi bagaimana bangkitnya armada Islam.

 

Pertempuran ini dikenali sebagai Pertempuran Zat Al-Sawary. Serangan bermula dengan berbalas panah antara dua pasukan. Kemudiannya, bermula pertempuran sengit antara keduanya.

 

Dentingan pedang menjadi saksi keperkasaan pasukan Islam di lautan ini dan akhirnya, pasukan Islam berjaya memenangi pertempuran ini. Semenjak pertempuran ini, pasukan Islam kemudiannya telah mulai berkuasa di lautan dan merintis penaklukan wilayah Rom di kawasan lautan.

 

Pertempuran ini juga menjadi perintis kepada penaklukan Islam di Konstantinopel kelak yang dipimpin oleh Yazid Ibn Muawiyah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply