Filem 300, sebuah naskah Hollywood yang menceritakan kepada kita tentang sebuah pertempuran yang konon melibatkan kisah kepewiraan ketumbukan 300 askar Sparta berdepan pula dengan gempuran jutaan askar Parsi yang dibawa oleh Raja Xerxes I. Hakikatnya, filem Hollywood itu terlalu dibesar-besarkan kerana bukanlah hanya 300 tentera Sparta berjuang melawan sekurang-kurangnya 70 ribu sehingga 300 ribu orang itu (Hederotus sejarawan purba dari Yunani berpendapat tentera Parsi mencecah lebih kurang 2.5 Juta orang!) tetapi ianya adalah gabungan 300 orang askar Sparta bersama dengan tentera-tentera elit daripada negara-negara kota Yunani yang lain.

Pertempuran ini adalah sebahagian daripada siri pertempuran dalam Perang Yunani-Parsi yang melibatkan pembalasan dendam Xerxes I kepada kekalahan ayahnya Darius dalam Pertempuran Marathon. Antara kisah menarik yang menyelubungi Pertempuran Thermopylae ini ialah diceritakan utusan-utusan Parsi dihantar pada negara-negara kota Yunani dengan pesanan daripada Parsi bahawa mereka haruslah memberi hadiah “tanah dan air” kepada Parsi sebagai tanda tunduknya mereka pada kekuasaan Parsi.

Namun, kebanyakan negara-negara Yunani menyatakan penundukkan mereka pada Parsi kecuali Athens dan Yunani. Di Athens, utusan-utusan Parsi dilontarkan ke dalam lubang manakala di Sparta, utusan tadi dipaksa untuk menggali perigi lalu mereka dilontarkan ke dalam perigi tersebut.

Darius yang semenang sejak awal lagi telah membina askarnya ke tahap paling besar pernah dilihat dunia ketika itu kerana mahu membalas dendam atas peluang dimalukan di Pertempuran Marathon. Namun malangnya ketika itu pemberontakan tercetus di Mesir dan Darius terpaksa memimpin askarnya untuk menundukkan Mesir. Malangnya dalam perjalanan, Darius telah mangkat dan tugas memimpin askar tadi jatuh kepada anaknya Xerxes I yang merupakan pewaris takhtanya. Xerxes berjaya menundukkan pemberontakan itu lalu terus menghalakan ketumbukan askarnya untuk menggempur Yunani, terutama Athens dan Sparta yang begitu berdegil untuk tunduk dibawah Parsi, sebaliknya memilih untuk terus bangga dengan kemerdekaan yang dimiliki oleh mereka dan melawan habis-habisan.

Maka salah satu daripada siri pertempuran yang paling diingati dalam Perang Yunani-Parsi yang berlaku pada sekitar 499–449 Sebelum Masihi, kira-kira sezaman dengan Tamadun Melayu Sungai Batu 500 BC. Ya, ketika kita sedang membina tapak-tapak pemprosesan besi yang hebat, di bumi Eropah, terdapat sebuah siri perang yang sangat mengasyikkan sedang berlaku. Perang yang melibatkan sebuah kisah yang hari ini menjadi sebuah filem untuk tatapan kita bersama.

Baik, dalam membincangkan tentang Pertempuran Thermopylae, kita perlu tahu bahawa angkatan Yunani ketika itu dipimpin oleh seorang raja Sparta bernama Raja Leonidas manakala Parsi dipimpin oleh raja mereka sendiri iaitu Raja Xerxes I. Dan hujah yang paling baik dalam membincangkan kenapa hanya 300 orang askar Sparta sahaja yang turun dalam menghalang kemaraan askar Parsi ke negarakota mereka ialah kerana ketika itu, terdapats ebuah festival suci untuk Kota Sparta dan terdapat halangan untuk mereka turun berperang.

Orang-orang kuat agama pagan mereka melarang keras niat Leonidas untuk berdepan dengan Parsi dan meramalkan kekalahan Sparta. Atas alasan itu, Leonidas hanya mengambil 300 tentera elit Sparta berdepan dengan ratusan ribu askar Parsi bersama dengan gabungan-gabungan askar dari negara kota Yunani yang lain yang turut menyatakan kesudian mereka untuk turun bersama Leonidas dan Sparta.

Strategi Sparta dalam mengekang kemaraan Parsi di satu-satunya laluan masuk untuk ke Sparta, di sebuah laluan gunung bernama sementara menunggu masa supaya festival suci Sparta habis dan angkatan Sparta boleh turun berperang manakala dalam masa yang sama, angkatan laut Athens sedang menahan gempuran kapal-kapal Parsi di Pertempuran Arthemissium. Jadi laluan masuk Parsi ke bumi Yunani kini sedang dihalang di dua buah pertempuran.

Maka disinilah tugas Leonidas memimpin 7000 orang askar gabungan negara-negara kota Yunani berdepan dengan sekurang-kurangnya 70 000 orang askar Parsi. Jadi disinilah tugas formasi Phalanx yang memerlukan askar-askarnya membentuk sebuah barisan pertahanan, sambil berlindung di balik perisai yang hampir separuh tubuh, sambil bertemankan dek lembing panjang. Dan formasi ini akan bertahan di sebuah laluan yang sangat sempit, dipercayai seluas 100 meter sahaja.

Maka disini kebijaksanaan Yunani terbukti. Mereka tahu bahawa jumlah tentera Parsi yang jumlah ratusan ribu itu tidak akan mampu berfungsi dengan baik apabila bertempur di medan pertempuran yang tertutup seperti laluan kecil itu.

Pertempuran ini sebenarnya berlaku selama 8 hari, tetapi tertangguh kerana Xerxes memilih untuk berdiplomasi terlebih awal dengan Leonidas dengan menawarkan pelbagai tawaran yang diharapkannya dapat menyakinkan Leonidas. Namun semuanya ditolak dengan kasar oleh Leonidas.

Dan pada hari kelima, barulah Xerxes memutuskan untuk terus menyerang askar-askar Yunani yang bertahan di laluan yang selebar 100 meter itu. Awalnya, Xerxes melancarkan gelombang pertama apabila mengarahkan 5000 orang unit pemanah Parsi melancarkan panah dalam jarak 90 meter dari tempat barisan askar Yunani bertahan.

Legenda menceritakan kepada kita kononnya ketika hujan panah itu dilancarkan oleh Parsi, ianya terlalu banyak sehinggakan mampu menghalang cahaya matahari menembusinya, dan mewujudkan suasana yang tidak tumpah seperti malam untuk barisan askar Yunani. Namun, oleh kerana perisai dan baju besi yang disarungkan pada tubuh mereka, maka serangan anak panah itu tidaklah membawa apa-apa kesan pun pada barisan askar Yunani.

Berang apabila serangan panah tadi tidak berhasil, maka Xerxes pun menghantarkan lebih kurang 10, 000 orang askar Parsi untuk menggempur pertahanan Yunani di laluan tadi. Namun semuanya berhasil dengan kegagalan sehinggakan 10 000 orang askar tadi terpaksa berundur. Ini membuatkan Xerxes terus menggerakkan gelombang ketiga dengan memanggil sekurang-kurangnya 10 000 orang tentera Immortal, unit elit Parsi yang digeruni dalam sejarah.

Apakah mereka “seabadi” seperti nama mereka? Leonidas dan Yunani membuktikan sebaliknya apabila seperti gelombang kedua tadi, gelombang ketiga Xerxes turut berakhir dengan kegagalan juga. Immortal Parsi tidaklah seabadi namanya. Mereka tidaklah kebal dan mampu dibunuh. Kononnya ini kekalahan paling teruk Immortal dalam peperangan selain di Pertempuran Marathon. Dan hari pertama berakhir dengan kegagalan Parsi untuk menembusi masuk ke dalam laluan Thermopylae.

Masuk hari kedua, gelombang demi gelombang serangan dilancarkan oleh Xerxes untuk memastikan pertahanan yang didirkan oleh Leonidas itu terlerai juga. Xerxes berpendapat bahawa selepas bertempur dengan puluhan ribu askarnya semalam, maka askar-askar Leonidas pastinya keletihan. Namun, Yunani masih gagah bertahan. Habis hari kedua sahaja, Xerxes terus buntu. Barisan pertahanan yang ditempatkan di laluan Thermopylae tadi terlalu kukuh. Pelbagai cara dilakukan oleh Xerxes untuk menembusinya namun tidak berjaya sehinggalah… seperti dalam banyak ketamadunan, biasanya kejatuhan mereka adalah disebabkan pengkhianat di kalangan mereka.

Saya perkenalkan kepada kalian seorang si kitul dalam gabungan negara kota Yunani yang bernama Ephialtes yang membocorkan rahsia kepada Xerxes bahawa terdapat sebuah laluan rahsia yang boleh membawa tentera Xerxes untuk terus datang kepada belakang Tentera Yunani, sekaligus mengepung mereka. Ephialtes melakukan ini kerana tamakkan tawaran harta dan perempuan. Dan kerana peristiwa inilah, nama Ephialtes sering sinonim dengan pengkhianat dan mimpi ngeri dalam bahasa Yunani, seperti mana Si Kitul yang menjadi pengkhianat Pertempuran Kota Melaka antara Portugis dan juga Melaka suatu masa dahulu dalam bahasa Melayu kita.

Leonidas terlebih awal telah meletakkan 1000 orang askar Phocian di laluan yang dikhuatiri oleh Leonidas bakal digunakan oleh Parsi itu. Hydarnes, salah seorang komander perang Xerxes telah dihantar untuk membimbing 40 000 orang askar untuk memintas laluan itu. Bersama dengan Hydarnes itu, ialah sisa-sisa pasukan Immortal yang dimiliki oleh Parsi. Namun 1000 askar Phocian itu gagal bertahan dan berundur membiarkan ketumbukan askar Parsi terus masuk.

Mendengarkan kekhabaran kekalahan 1000 orang askar tadi, maka Leonidas telah memanggil semua orang-orang kepercayannya yang bertahan di laluan tadi, membincangkan langkah-langkah yang harus diambil. Lari atau terus bertahan disitu. Namun selepas perbincangan dan perdebatan hangat, beberapa negara kota Yunani menarik diri manakala beberapa lagi setia di situ sampai ke titisan darah terakhir.

Dipendekkan cerita, pada penghujung pertempuran ini, selepas tentera Yunani terkepung di belakang dan dihadapan, akhirnya tentera Yunani mengalami kekalahan dalam pertempuran ini dengan Leonidas sendiri menjadi mangsa panahan dan mati. Dalam masa yang sama, di Pertempuran Artemissium, Athens seri dengan askar Parsi. Namun masa yang dicuri oleh Leonidas dalam pertempuran ini cukup untuk memberikan kesediaan kepada Sparta dalam pertempuran mendatang dalam siri Perang Yunani-Parsi ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply