3 bulan selepas Pertempuran Yarmuk, Khalifah Umar Al-Khattab (ra) hantar Saad bin Abi Waqas (ra) memimpin tentera Islam melawan Parsi yang dipimpin Rostam Farrokhzad. Dinasti Sassanid membawa 80,000 – 200,000 tentera bersama 33 ekor gajah manakala pihak Islam membawa 30,000 – 40,000 tentera.
Saad bin Abi Waqas tak dapat sertai pertempuran sebab diserang penyakit Sciatica. Beliau memberi arahan dari istana lama sekitar Qadisiyyah melalui Khalid Arfatah.
Tentera Islam bersedia di Qadisiyyah 3 bulan sebelum pertempuran. Khalifah Umar arahkan diplomasi. Maharaja Parsi ditawar sama ada peluk Islam atau bayar jizyah. Tapi Maharaja Parsi Yasdegerd tak nak malah menuangkan tanah ke atas kepala utusan Islam. Utusan tersebut berkata pada maharaja bahawa sebenarnya ini melambangkan Maharaja Parsi ingin menyerahkan tanahnya kepada tentera Islam. Maharaja Parsi arahkan untuk serang utusan tersebut tapi utusan tersebut dah pulang ke kem tentera Islam. Akhirnya diplomasi gagal dan membawa kepada pertempuran.
Hari pertama pertempuran, pertarungan satu lawan satu banyak dimenangi tentera Islam. Rostam arahkan pertempuran dimulakan dengan hujan anak panah ke atas bahagian sayap kanan tentera Islam lalu disusuli serangan tentera bergajah membuatkan tentera Islam berundur.
Saad bin Abi Waqas arahkan kavalri dan infantri bahagian tengah kanan bantu sayap kanan yang sedang diasak. Rostam yang nampak sayap kiri berundur arahkan pula sayap kanan serang sayap kiri tentera Islam. Serangan tentera bergajah buatkan tentera Islam kucar-kacir.
Komander Asim bin Amr rancang untuk gerakkan tentera untuk potong tali tempat duduk tentera bergajah Parsi. Tentera bergajah Parsi akhirnya berundur kebelakang.
Tentera Islam lancarkan serangan besar-besaran ke atas Parsi dan saling bertempur sehingga subuh dan kedua-dua pihak kekal bertahan. Akhirnya kedua-dua pihak tamatkan pertempuran hari pertama yang juga dikenali sebagai Hari Yang Penuh Kekacauan.
Hari kedua dimulakan dengan pertarungan satu lawan satu. Ia berlanjutan sehingga tengah hari sementara tunggu tentera bantuan datang dari Syria.
Sampai sahaja tentera bantuan ini, tentera Islam terus menyerang serentak barisan askar Parsi. Unit kavalri Parsi kucar-kacir kerana strategi unta-unta Islam dihias seperti raksasa yang menakutkan. Tentera bergajah Parsi tak terlibat dalam pertempuran hari kedua.
Hari ketiga, tentera bergajah Parsi dan hujan panah kembali menyerang tentera Islam. Tentera Islam terpaksa berundur. Rostam hantar tentera berkuda serang Saad bin Abi Waqas di istana lama tetapi rancangan tersebut gagal dan dapat dipintas tentera Islam.
Saad bin Abi Waqas sedar tentera bergajah Parsi ialah senjata utama mereka. Maka, beliau arahkan gajah-gajah tersebut dibutakan mata dan dipatahkan gading. Gajah Parsi hilang kawalan dan mengamuk menyerang membabi buta tentera Parsi sendiri. Helah unta yang digunakan pada hari kedua tidak berjaya pada hari ketiga. Hari ketiga ni turut dikenali sebagai Malam Yang Penuh Bunyi Gegaran.
Hari terakhir, pertempuran terhenti dan keputusan samar-samar. Tentera Islam serang mengejut membuatkan Parsi goyah. Rostam gugur pada hari tersebut dan semangat tentera Parsi terus jatuh. Ramai yang menyerah dan melarikan diri.
Saad bin Abi Waqas arahkan tentera Islam kejar saki-baki tentera Parsi yang melarikan diri. Untuk rekod dalam pertempuran ini, tentera Islam hanya kehilangan 8,500 orang manakala tentera Parsi mencatatkan angka korban sebanyak 40,000 orang!
Oleh: Azizul Farhan
Futuhat Islamiyyah antara kejayaan terbesar Islam di zaman Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin. Banyak lagi korang boleh tahu dengan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply