Komander Tentera Laut Diraja Jepun, Isaroku Yamamoto adakan serbuan mengejut di Midway bagi mewujudkan lagi kegemilangan kedua selepas Pearl Harbor.
Ada 3 buah strategi untuk Jepun melaksanakan invasi mengejut terhadap Midway:
1. Serangan udara oleh barisan hadapan kapal perang Carrier Aircraft Jepun iaitu Akagi, Kaga, Soryu, dan Hiryu yang diketuai oleh Timbalan Laksamana Chuichi Nagumo.
2. Serangan mengejut kapal perang dan tentera arahan Timbalan Laksamana Nobutake Kondo.
3. Apabila bantuan ketenteraan US bakal tiba dari Pearl Harbor, pasukan tentera laut Nagumo dan Yamamoto menyerang hendap tentera bantuan US.
Malangnya US dah kesan bila tentera US pecahkan kod komunikasi Jepun seminggu sebelum Pertempuran Midway.
US tahu Jepun bakal serang di kawasan Pasifik, lebih tepat di lokasi mereka gelar sebagai ‘AF’. Tentera laut US hantar mesej palsu dan mesej itu direspon oleh Jepun dan operator radio Jepun menghantar mesej berkaitan ‘AF’. Maka benarlah bahawa lokasi ‘AF’ adalah Midway.
US mendengar segala perancangan Jepun dan bila tarikhnya Jepun menyerang. Laksamana Chester W. Nimitz merancang plot untuk membalas serangan Jepun melalui informasi mereka peroleh.
3 Jun 1942, kapal-kapal perang Jepun mula menyerang Midway. Serangan pertama Jepun menyebabkan kerosakan teruk pada pangkalan US namun ia terhenti pada 7 malam. Jadi pertahanan pangkalan US masih berfungsi walaupun teruk dikerjakan oleh keempat-empayar kapal perang Aircraft Carrier hadapan Jepun.
Kapal terbang perang US mulakan serangan seterusnya terhadap keempat-empat kapal perang Aircraft Carrier Jepun itu tapi gagal. Nagumo ubah strategi perang dengan menghantar kapal terbang perang yang baru diisi peluru menyerang habis-habisan armada US yang berada di timur Midway.
Sedang leka Jepun menyerang armada Yorktown, gerombolan kapal terbang perang US bernama Devastator yang dilepaskan menyerang kapal perang Jepun. Serangan Devastator gagal kerana ditembak oleh kapal terbang Fighter Zero. Jalan terakhir US adalah menghentam kapal perang Aircraft Carrier Jepun dengan tembakan peluru oleh kapal perang mereka. Strategi itu berjaya dengan terbakarnya kapal perang Akagi, Kaga, dan Soryu.
Hanya Hiryu melakukan serangan terakhir kepada kapal perang Yorktown. Kemudian Hiryu terbakar setelah diserang bertalu-talu. Yamamoto arahkan anak buahnya berundur. Maka berakhirnya Pertempuran Midway.
Jepun tak lagi berimpian meluaskan jajahan di Pasifik dan hanya kukuhkan pertahanan sepanjang WWII berlangsung. Pertempuran ini juga memberi semangat lagi kepada US untuk melemahkan moral Jepun setelah Pasifik kembali dikuasai Pihak Bersekutu.
Oleh: Azizul Farhan
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah. Korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply