10 orang bijak mampu mengalahkan 100 orang yang berani. 100 orang bijak akan dapat menewaskan 1000 orang yang berani. Begitulah umpama pertempuran ini. Sekadar berani tidak mencukupi tetapi perlulah diatur dengan gerak yang bijak bagi menghindari tipu daya semasa pertempuran. Hal inilah yang berlaku ke atas pasukan Salib semasa Pertempuran Hattin.
Pertempuran Hattin merupakan sebuah pertempuran yang menjadi benteng akhir bagi Kerajaan Salib mempertahankan kerajaannya daripada diserang oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Pasukan Salib pada ketika ini telah disertai oleh pelbagai pasukan yang dikatakan tangguh di medan perang seperti Knight of Templar, Order of St Lazarus, Order of Mountjoy dan Knights of Hospitaller.
Kesemua ini merupakan pasukan yang terbaik dan dikatakan tangguh di medan perang. Apa yang membuatkan mereka tewas? Kerana percaturan mereka silap dan akhirnya mereka masuk dalam perangkap yang dibuat oleh Sultan Salahuddin Ayyubi menyebabkan pasukan Salib ini tewas mutlak ditangan pasukan Mesir. Pada awalnya, pasukan Salib menyangka pasukan Mesir ini akan menyerang La Saphorie (Safuriyya) kerana kubunya yang lebih kukuh. Namun, sangkaan mereka meleset. Pasukan Mesir telah menyerbu Tiberias. Hal ini telah menyebabkan pasukan Salib telah keluar dari kota La Saphorie bergerak ke Tiberias bagi menakluk semula kota tersebut.
Jarak La Saphorie ke Tiberias tidaklah dekat. Dengan bekalan air yang sedikit, mereka amat kehausan. Salahuddin Ayyubi mendengar hal ini segera mengarahkan pasukan Mesir bergerak ke medan terbuka bagi menghadang pasukan Salib ini daripada mara ke arah Tiberias. Bertemulah pasukan ini di Hattin. Pasukan Mesir pada ketika ini masih bertenaga kerana mereka tidak menempuh jalan yang panjang. Manakala, pasukan Salib benar dalam keadaan yang sangat kewalahan dan kepenatan. DItambah dengan kelengkapan perang mereka seperti baju zirah yang berat menambahkan lagi lelah buat mereka.
Perang tercetus antara kedua pihak ini. Panah bersahutan dan pedang mula berdentingan. Akhirnya, pertempuran ini berjaya dimenangi oleh pasukan Mesir. Dalam pertempuran ini ramai pemimpin utama Salib telah ditawan termasuklah Raja Jurusalem, Guy Lusignan. Reynald Chatilion, Raymond III of Tripoli. Kemenangan pasukan Islam ini telah membuka laluan untuk Sultan Salahuddin menakluk Baitul Maqdis sekaligus menewaskan pasukan Salib di Jurusalem.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.