Sejak Perang Saudara Islam Pertama (Fitnah Pertama 656-661 M), konflik antara Sunni-Syiah tak banyak berubah.

Tetapi salah satu pertembungan yang paling berdarah berlaku semasa Pertempuran Chaldiran, di Iran pada 23 Ogos 1514. 2000 tentera Sunni dari Uthmaniyah dan 5000 tentera Syiah Safawiyah terkorban.

Pertempuran Chaldiran menundukkan kedaulatan Shah Parsi Safawiyah berakidah Syiah di tangan Sultan Uthmaniyah berakidah Sunni. Pertempuran ini juga menyebabkan tanah Kurdish berpecah kepada dua bahagian berbeza dan ia kekal wujud hingga ke hari ini.

Pada tahun 1501, dengan sokongan pejuang Qizilbash, Ismail diangkat sebagai Shah Azerbaijan. Pada tahun 1510, baginda jadi Shah Iran.

Semasa naik takhta, Shah Ismail isytiharkan Syiah sebagai agama rasmi negara dan mula hantar agamawan dari kalangan Qizilbash jauh ke tengah-tengah Anatolia di Empayar Uthmaniyah.

Shah Ismail hantar barisan pasukan tenteranya sejauh hingga ke Diyarbakir. Kebangkitan Shah Ismail I dan Syiah Parsi menimbulkan ancaman terhadap kuasa dan autoriti Uthmaniyah sebagai kuasa Islam terbesar di dunia ketika itu.

Sebagai tindak balas, Sultan Selim I kumpulkan bala tentera dengan ketumbukan 140,000 orang dan mengarahkan mereka berarak ke Chaldiran di mana kira-kira seramai 40,000 tentera Qizilbash di bawah Shah Ismail berkumpul.

Pada tahun 1511, berikutan tertunduknya pemberontakan Qizilbash Turk-Syiah Alevi Kurdish Shakulu, kira-kira 40,000 orang Syiah dibunuh oleh Uthmaniyah.

Supaya tiada lagi pengaruh Syiah, Sultan Selim I memerintahkan Yunus Pasha memulakan kempen penghapusan kaum terhadap seluruh populasi Syiah di wilayah kekuasaannya. Rasa dendam golongan Alevisme masih menebal di Turki hari ini.

Menjelang pertempuran tentera Uthmaniyah dan Qizilbash, Sultan Selim I dan Shah Ismail I saling berbalas surat diplomatik.

Shah Ismail menulis dalam bahasa Azeri. Sultan Selim sebaliknya membalas dalam bahasa Parsi, kerana baginda tahu Shah Ismail tidak akan faham sepenuhnya.

Mereka saling menghina satu sama lain. Sultan Selim menghina Shah Ismail sebagai kaki botol, dan Shah Ismail menghina Sultan Selim sebagai penagih candu.

Dan kemuncaknya Shah Ismail hantar seorang utusan bernama Shah Quli Aga membawa sebuah peti emas dipenuhi candu sebagai hadiah untuk Sultan Selim. Sultan Selim bunuh Quli Aga serta merta kerana rasa terhina.

23 Ogos 1514, tentera Uthmaniyah memasuki lembah Chaldiran dari utara. Menyedari bahawa mereka sudah kalah dari segi angka kekuatan, panglima-panglima tentera Shah Ismail meminta mengusulkan untuk menyerang segera sebelum tentera Uthmaniyah berada dalam formasi serangan.

Shah Ismail tolak saranan panglimanya, baginda percaya baginda kebal kerana kepercayaannya bahawa baginda adalah keturunan pahlawan kuno.

Tentera Shah Ismail takde meriam. Pasukan berkudanya menyerang sayap Uthmaniyah. Artileri Uthmaniyah hancurkan diorang dan tentera Safawiyah diasak sehingga 10,000 tentera terkorban.

Dua orang isteri Shah Ismail dirampas selepas Shah Ismail melarikan diri, mereka kemudian dikahwinkan dengan jeneral Uthmaniyah.

Semenjak kekalahan tersebut, Shah Ismail sering bersendirian menulis puisi dan tak nak ambil tahu soal pentadbiran disebabkan tekanan selepas kehilangan keluarganya.

Oleh: Azizul Farhan

___

Kenal tak siapa sebenarnya musuh-musuh Sultan Muhammad Al-Fateh? Jawapannya ada di dalam AL FATIH: PENAKLUK AGUNG yang boleh anda dapati di Shopee The Patriots:

https://shope.ee/9A17ZycRLL

Atau di Website kami:

Pra-tempah Buku Bakal Terbit Mac 2024


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply