“Philip, nanti dah besar kau nak sambung belajar mana?” tanya John kepada rakannya. Philip menjawab ringkas dan yakin. “Andalusia, Cairo atau Baghdad.”
Dialog diatas mewakili masyarakat Eropah pada ketika Zaman Kegelapan Eropah. Zaman Kegelapan Eropah menyaksikan wabak, perpecahan dalam kalangan pemerintah, peperangan dan juga terbantutnya kebudayaan ilmu dan peradaban pada ketika itu. Jauh diseberang lautan, umat Islam pada ketika itu telah mulai mengejar kemajuan dan bahkan telah menjadi “role model” dalam bidang keilmuan diseluruh dunia pada ketika itu.
Dalam Dunia Islam pada ketika itu, terdapat tiga kota yang mendominasi dan mempelopori bidang Keilmuan pada waktu itu dan telah menjadi pusat keilmuan bagi seluruh dunia. Kota kota ini juga telah melahirkan ramai cendiakawan yang memberi sumbangan yang besar dalam bidang mereka kaji. Kota tersebut adalah Baghdad, Andalusia dan Kaherah. Ketiga kota ini merupakan daripada tiga entiti politik yang berbeza namun kegemilangan mereka dalam bidang keilmuan dapat dirasai oleh seluruh umat Islam pada waktu itu.
[Baghdad]
Kota ini terkenal dengan Perpustakaan yang Agung iaitu Perpustakaan Bayt Hikmah. Pembangunan Kota Baghdad sebagai kota Ilmu ini telah dipelopori oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid dan diteruskan oleh anakandanya iaitu Khalifah Al-Ma’mun. Baghdad dikenali juga sebagai pusat lahirnya penemuan penemuan baharu dalam bidang Ilmu.
Di kota ini lahirnya Al-Kindi yang merupakan pakar dalam bidang Falsafah, Al-Khawarizmi dalam bidang Matematik dan Al-Razi yang merupakan pakar dalam bidang perubatan. Kegemilangan Kota Baghdad ini mulai surut apabila kebanyakan jajahan Abbasiyyah mulai membebaskan diri dari penguasaan Abasiyyah dan akhirnya kota agung yang indah dan hebat ini akhirnya jatuh ke tangan Mongol pada tahun 1258 Masihi. Semenjak itu, Umat Islam tidak lagi menjadi pelopor dalam penemuan bidang bidang Ilmu Akademik.
[Kaherah]
Kaherah merupakan sebuah kota di bawah pemerintahan Fatimiyyah. Fatimiyyah pada waktu itu juga berkehendak ingin bersaing dengan Baghdad yang merupakan pusat keilmuan pada ketika itu. Kalau di Baghdad terkenal dengan Bayt Hikmah. Kalau di Mesir mereka mempunyai Al-Azhar. Sebuah pusat keilmuan yang terkemuka di dunia pada waktu itu. Universiti ini dibangunkan oleh Khalifah Al-Mu’izz li-Dinillah yang merupakan seorang Khalifah meminati dalam bidang keilmuan.
Hal ini dirancakkan lagi dengan pembangunan perpustakaan agung oleh Khalifah al-Hakim bi Amrillah yang juga meminati bidang bidang keilmuan. Perpustakaan ini dinamai Darul Ilm yang dibangun pada tahun 1005 Masihi. Impak daripada pembangunan dua institusi agung ini, lahirlah cendiakawan cendiakawan Islam dalam Kerajaan Fatimiyyah ini. Antaranya, Ibn al-Haytham (optik), Ibn Khaldun (sosiologi dan sejarah), Al-Damiri (zoologi).
Kegemilangan Al-Azhar sebagai pusat keilmuan terus kekal sehingga ke hari ini dan AL-Azhar terus memberi sumbangan yang besar kepada umat Islam keseluruhannya.
[Andalusia]
Berbeza dengan dua kota yang sebelumnya, Andalusia terletak di benua Eropah. Kota ini telah menjadi model kepada negara negara Eropah untuk maju dan membina tamadun mereka semula setelah zaman kegelapan mereka. Andalusia merupakan sebuah kota yang ditadbir oleh Kerajaan Umayyah yang berpusat di Cordoba. Cordoba telah dibangunkan oleh kekhalifahan Umayyah di Andalusia menjadi sebuah negara yang termaju di dunia pada ketika itu.
Abdul Rahman Ad-Dakhil telah mendirikan asas kerajaan yang kukuh dengan membina pelbagai kemudahan dan perpustakaan awam untuk meningkatkan budaya intelektual di Andalusia. Hasilnya, lahirlah pelbagai cendiakawan Islam yang berasal dari pelbagai latar belakang. Antara cendiakawan yang lahir di Andalusia ialah Ibn Rushd (falsafah dan perubatan), Al-Zahrawi (pembedahan), Ibn Hazm (kesusasteraan dan fiqh).
Kesimpulannya, kebangkitan kota kota Ilmu Negara Islam ini mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam membangun intelektual dalam negara mereka. Baghdad berfokus kepada penemuan Sains, Al-Azhar berfokus kepada bidang pendidikan Islam dan Andalusia pula menjadi jambatan tamadun antara budaya Islam dan Barat.
Kesemua ini telah menjadi bukti bahawa Kerajaan Islam merupakan sebuah negara yang mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual pada suatu ketika dahulu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih