Ramai orang Islam hari ini percaya yang kaum Mongol pada abad ke-13 ada kebencian yang khusus terhadap agama Islam dan umatnya. Persepsi ini sudah pun menjangkau ke usia hampir 800 tahun, dan masih ada lagi orang Islam yang terus menyebarkan dendam kebencian kerana mereka telah memu.snahkan kota Baghdad dan Kekhalifahan Abbasiyyah.

“Islam dan umat Islam telah terkesan di sepanjang tempoh ini dengan malapetaka yang tidak pernah dirasakan manusia,” tulis Ibn Athir pada tahun 1220 M. – ia telah kekal menjadi fobia yang berlarutan sebagai akibat daripada penak.lukan Mongol yang ga.nas. Penak.lukan ini dianggap masih berlanjutan di dunia Islam, sehingga ke hari ini.

Tapi benarkah persepsi sebegini berdasarkan pemikiran realistik? Wajarkah anak cucu dan keturunan dari satu bangsa tertentu yang pernah menza.limi bangsa lain dipaksa menanggung seluruh dosa-dosa nenek moyang mereka?

Perlu diingat, kebangkitan Empayar Mongol bukan hanya melibatkan umat Islam sahaja, bahkan China lebih awal lagi menghadapi kega.nasan Momgol. Jadi, wajarkah kita masih terus membenci keturunan mereka yang langsung tidak mengganggu sesiapa pun hari ini?

Bahkan di Mongolia Dalam di bawah jajahan Republik Rakyat China hari ini, etnik Mongol seolah-olah terpaksa menerima hu.kuman lantaran kezal.iman para leluhur mereka dahulu, di mana hari ini ramai etnik Mongol dan Uighur yang sedang menjadi subjek penindasan oleh kerajaan komunis China.

Untuk menilai perkara sebegini, petama sekali apa yang penting ialah SEJARAH. Sebelum kita berlagak suci dan menghukum sesiapa saja yang kita benci, sebaiknya kita fahami perjalanan sejarah berkaitan dahulu, kerana pada masa lampau hingga sekarang, tiada satu pun makhluk yang bersifat maksum melainkan Nabi Muhammad S.A.W.

Bangsa Mongol sudah terdedah kepada Dunia Islam jauh sebelum mereka mula terfikir untuk menyer.ang dan menak.luki dunia Islam lagi. Semasa Temujin, anak lelaki yang suatu hari nanti akan menjadi Genghis Khan, dilahirkan pada tahun 1160-an, orang-orang nomad dari Asia Tengah, Siberia, Utara China dan setiap rumpun mereka dari suku-suku yang berbeza termasuklah suku Mongol sudah berkurun lamanya berkhidmat sebagai pengawal untuk kafilah rombongan pedagang Muslim yang mengembara di sepanjang Jalan Sutera.

Malah di kalangan penduduk nomad padang rumput (termasuk Mongol dan suku kaum lain) yang menjalani kehidupan yang lebih tradisional, sebenarnya ramai yang telah memeluk Islam, dan ada juga sebilangan dari mereka ini menjadi sebahagian daripada penyokong kuat Genghis Khan, dan tiga daripada mereka turut serta dalam Perjanjian Baljuna, perjanjian yang menuntut ikrar sumpah setia yang berlaku di pinggir Tasik Baljuna pada tahun 1203 semasa Genghis Khan sedang menghadapi dugaan hidup yang paling sukar.

Genghis Khan boleh mendapatkan sokongan dari kaum Muslim yang lebih kuat di kalangan orang Uighur yang tinggal di Kyrgyzstan moden, Kazakhstan, dan barat laut China. Pada awal abad ke-13 mereka diperintah oleh sebuah sub-kumpulan Buddha dari suku Khitan / Qitai yang dikenali oleh orang Mongol sebagai Qarakhitai (Khitan Hitam) dan dari nama kaum ini juga lah para orientalis barat mencipta istilah ‘Cathay’.

Bangsa Khitan merupakan sepupu jauh bangsa Mongol.  Mereka berasal dari Manchuria di utara China semasa mereka menjadi pengasas dan pemerintah Dinasti Liao, tetapi empayar Khitan ini dijatuhkan dan mereka telah diusir keluar dari China oleh suku Jurchen yang kemudian menubuhkan Dinasti Jin.

Dinasti Liao semasa memerintah utara China dan Dinasti Liao Barat (Empayar Qarakhitai semasa memerintah Asia Tengah

Pada masa yang hampir sama, Guchlug, seorang putera yang terkenal dari suku Naiman dan beragama Kristian, baru saja meninggalkan tanah airnya selepas sukunya dikalahkan oleh suku Mongol. Dia menuju ke wilayah Uighur di Asia Tengah yang baru diduduki oleh orang Khitan dan para pewaris Dinasti Liao yang diusir dari China, menjadi pelarian, dan menubuhkan Dinasti Liao Barat atau lebih dikenali sebagai Empayar Qarakhitai di sana.

Guchlug mendapat perlindungan dari pemerintah Qarakhitai kemudian berkahwin dengan anak perempuan pemerintah, dan kemudian dia menggulingkan bapa mertuanya lalu mengambil alih pemerintahan. Bimbang tindakannya akan disambut dengan pemberon.takan atau akan dijadikan alasan oleh Mongol untuk menye.rang Qarakhitai, Guchlug mengalihkan tumpuan terhadap kebangkitannya yang tidak sah itu dengan melaga-lagakan musuh bersama orang Kristian dan Buddha iaitu umat Islam Uyghur.

Guchlug mula menganiaya rakyat yang beragama Islam, solat dan azan tak dibenarkan, ini termasuklah melarang pendidikan agama.  Ketika dia keluar dari Balasagun, ibu kota empayarnya kerana dia perlu mengepalai kempen ketenteraan, penduduk Muslim bertindak menutup pintu kota di belakangnya dan menghalang dia daripada masuk semula.

Mendengar berita itu, Guchlug yang naik marah berangkat pulang dan mengepung ibu kotanya sendiri lalu menak.lukinya kembali, dan kemudian memus.nahkan sebahagian besar kota tersebut. Dalam keadaan yang terdesak, kaum Uighur akhirnya berjaya menghubungi satu-satunya kuasa baru yang cukup kuat untuk membantu mereka, siapa lagi jika bukan Genghis Khan.

Genghis Khan segera mengirimkan bala tentera yang dianggarkan seramai 20,000 tentera Mongol di bawah salah seorang jeneralnya yang paling cekap, Jebe. Mereka berarak sejauh 2,500 batu merentasi Asia untuk membantu umat Islam yang sedang diza.limi. Tentera Mongol dengan mudahnya berjaya menghan.curkan pasukan tentera Guchlug dan Guchlug sendiri telah terbun.uh di suatu tempat di Himalaya di Kashmir.

Memandangkan kempen Mongol itu adalah satu usaha untuk menyokong sebuah kumpulan beragama yang teraniaya, maka Mongol tidak menja.rah, tidak memus.nahkan harta benda atau menye.rang orang awam seperti yang biasa mereka lakukan terhadap musuh mereka.

Selepas meraih kemenangan, Mongol mengirimkan utusan ke Kashgar, ibu kota bersejarah bangsa Uighur, tujuannya adalah untuk mengisytiharkan dasar yang memberikan rakyat kebebasan untuk beragama sepenuhnya. Penduduk Islam Kashgar meraikan dan mengisytiharkan bangsa Mongol sebagai “salah satu bayangan kebenaran Maha Mengasihani Allah S.W.T.”

Inikah Yakjuj Makjuj, gelaran yang diberikan oleh orang Islam terhadap bangsa Mongol? Terutamanya umat Islam hari ini selepas membaca kisah keke.jaman Hulagu Khan memus.nahkan kerajaan Kekhalifahan Abbasiyyah di Baghdad? Jelas, bangsa Mongol bukan anti-Islam.

Tapi hari ini Mongol masih meninggalkan persoalan sangat penting yang tidak terjawab, iaitu mengapakah Empayar Mongol memus.nahkan begitu banyak ketamadunan Islam klasik? Persoalan inilah yang membuatkan masih ada orang Islam hari ini membenci dan percaya bahawa Mongol adalah Yakju Makjuj.

Genghis Khan ada penjelasan yang tersendiri pada suatu hari di bulan Mac 1220. Beliau baru saja menak.luki Bukhara, sebuah kota yang penting secara simbolik sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam yang terkenal dan secara strategik sebagai pusat perdagangan utama yang terletak di Jalan Sutera. Ia menjadi kota Islam pertama yang ditak.lukinya, dan dia berusaha mengambil kesempatan untuk meninggalkan satu kesan penyesalan terhadap umat Islam di serata dunia.

Pada dasarnya, Genghis Khan amat tegas berpegang kepada salah satu dasar pertem.puran, di mana dia tak akan memasuki kota yang telah ditak.lukinya, kebiasaanya Genghis hanya akan mengetuai pengepungan, selepas selesai memus.nahkan kota musuh, dia akan meninggalkan kota tersebut kepada mana-mana panglimanya yang berminat, ini menunjukkan Genghis pada awalnya tak pernah berminat untuk menak.luki tanah banga asing dan memerintahnya.

Genghis Khan

Walau bagaimanapun, semasa se.rangan dilancarkan terhadap kota Bukhara dia sanggup menunggang kudanya sendiri untuk masuk ke dalam kota itu sambil mengetuai unit pasukan berkudanya menuju ke pusat pentadbiran musuh. Tapi kenapa Mongol menye.rang orang Islam?

Sama seperti mana kemus.nahan Dinasti Jin di China, tentera Mongol telah menye.rang Bukhara atas dasar mahu membalas dendam. Bukhara merupakan salah satu kota utama Empayar Khawarezmiyah, salah satu daripada kebanyakan empayar Islam yang bangkit dan pergi jatuh pada era itu.

Memandangkan Dinasti Shab Khawarezmiyah ini menguasai sebahagian besar Jalan Sutera antara China dan Timur Tengah, mereka berkembang dan sangat berkuasa – bahkan hingga ke tahap menjadi pemerintah yang za.lim dan angkuh.

Shah yang memerintah Khwarezmiyah ketika itu adalah Alauddin Muhammad Shah II, setelah berjaya meluaskan kuasa empayar semasa pemerintahannya, dia menempah bala dengan merompak, menyeksa dan membun.uh anggota rombongan kafilah perdagangan yang dikirim oleh Genghis bagi menjalinkan hubungan perdagangan antara Empayar Mongol dengan Empayar Khwarezmiyah.

Muhammad Shah membun.uh kira-kira 500 pedagang Mongol, manakala para diplomat pula dicacatkan wajah mereka dan dibiarkan terus hidup untuk kembali ke Mongolia agar dia boleh mengirimkan jawapannya kepada Genghis Khan. Jelas, peristiwa ini sepatutnya akan merapatkan hubungan antara Dunia Islam dengan Mongol, namun dek kerana keangkuhan Shah (bukan agamanya) maka Mongol akan segera datang kembali dalam skala yang besar untuk memus.nahkan kerajaan Islam itu.

Hanya dalam masa beberapa bulan kemudian, pemerintah dan tentera Turki yang mempertahankan Bukhara telah meninggalkan kota tersebut. Genghis Khan dengan penuh aura kemenangan berada di atas kudanya di tengah-tengah Bukhara. Di sekelilingnya ada ramai penduduk awam Bukhara, yang telah menyerahkan kota mereka kepada Mongol selepas 20,000 tentera Turki bersama Shah mereka melarikan diri dari kota itu.

Merasa terlalu takut untuk mempertahankan kota daripada ancaman tentera Mongol yang menghampiri, mereka menyerah kalah. Genghis Khan bertanya sama ada bangunan besar dan indah yang berdiri megah di hadapannya adalah rumah Shah. Dia diberitahu bahawa itu adalah masjid – Masjidil Haram Namazgokh Bukhara.

Dia turun dari kudanya dan masuk ke dalam masjid, mungkin itu adalah kali pertama dan satu-satunya detik di mana Genghis Khan memasuki rumah keagamaan sepanjang hidupnya (sejauh yang penulis tahu). Genghis Khan memerintahkan para ulama Islam dan pelajar ‘ulum ad-din yang berkumpul di masjid untuk memberi makan kepada kudanya, dan sebagai ganjaran, dia secara peribadi menjamin mereka akan terlepas daripada penganiayaan.

Ucapan Genghis Khan kepada penduduk Bukhara dari mimbar masjid.

Genghis Khan kemudian meminta 280 orang terkaya di kota itu dibawa kepadanya. Sebaik saja mereka dan orang lain berkumpul di masjid, Genghis Khan menaiki mimbar masjid dan memberikan ucapan kepada penduduk awam melalui jurubahasanya.

Dia bercakap tentang dosa-dosa yang dilakukan oleh Alauddin Muhammad Shah II dan dosa-dosa rakyat barunya di Bukhara.

“Ada orang-orang besar di kalangan kamu yang telah melakukan dosa-dosa ini, tapi rakyat biasa tak boleh dipersalahkan atas nasib kota ini. Seandainya kamu tidak melakukan dosa besar, nescaya Tuhan tidak akan menurunkan azab sepertiku kepada kamu.” 

Dia kemudian menugaskan seorang pahlawannya untuk memerintah setiap 280 orang-orang kaya untuk menemani mereka ke mana sahaja tempat mereka menyembunyikan harta simpanan mereka dan membawanya kepadanya.

Genghis Khan kemudian membawa tenteranya pergi ke kubu kota, di mana kira-kira 500 orang tentera yang masih setia kepada Khawarezmiyah telah berkurung di dalamnya. Di sinilah tentera Mongol benar-benar mempamerkan kega.nasan mereka terhadap keangkuhan Shah.

Mereka berarak dengan membawa peralatan pengepungan yang telah mereka kuasai semasa kempen terdahulu mereka di China, ia merupakan senjata yang tak pernah dilihat oleh tentera Islam ini dan ia direka bukan sahaja untuk memus.nahkan tetapi untuk mengga.nas.

Gambaran saat kema.tian Alauddin Mubammad Sbah II

Ata-Malik Juvaini, salah seorang saksi mata dari Parsi yang merakam peristiwa ini, merumuskan nasib tentera Islam di kubu tersebut sebagai “tenggelam dalam lautan kehan.curan.”

Tentera Genghis Khan bergerak pantas, tetapi reputasinya bergerak jauh lebih pantas. Samarkand, ibu kota yang berhampiran dengan Empayar Khawarezmiyah telah menyerah diri dengan syarat dengan aman sebelum tentera Mongol tiba. Alauddin Muhammad Shah II meninggalkan takhtanya dan melarikan diri ke sebuah pulau kecil di Laut Kaspia, di mana baginda mangkat. Walaupun sebagai pelarian, kuasa takhta Khwarezmiyah yang telah jatuh  tetap diwariskan kepada anaknya, Jalal al-Din Mangburni Khwarazanshah yang akan ma.ti dibun.uh beberapa tahun kemudian.

Hanya dalam masa satu tahun, Mongol memadamkan sepenuhnya Empayar Khawarezmiyah dari peta dunia. Dalam tempoh empat tahun berikutnya, mereka meneruskan penak.lukan terhadap pelbagai tamadun-tamadun lain termasuklah Islam di timur.

Urgench, Balkh, Merv, Nishapur, Herat, Bamiyan, Ghazni, Peshawar, Tabriz, Derbent, dan banyak lagi kota yang sama ada akan menyerah diri atau ditawan secara paksa. Genghis Khan hanya berhenti di Multan (di Pakistan moden), di mana ketika itu dia telah merancang untuk menye.rang wilayah Kesultanan Delhi, dinasti Muslim pertama yang memerintah India utara.

Walau bagaimanapun, tentera Mongol mendapati cuaca yang panas membahang di Punjab tidak mampu untuk ditanggung mereka, jadi mereka meninggalkan kempen itu dan menuju ke utara.

Pecahan dinasti-dinasti Mongol adalah bermula dari amak dan cucu Genghis.

Genghis Khan tak pernah kembali ke Asia Tengah atau Timur Tengah, hanya cucu-cucunya saja yang akan meneruskan penak.lukan yang dihentikannya. Pada tahun 1253, tepat 30 tahun selepas kepulangan Genghis Khan dari Multan, cucunya Mongke Khan mengadakan persidangan kurultai, sebuah majlis tradisional para pemimpin suku-suku Mongol di Karakorum, ibu kota empayar besar mereka.

Selepas kema.tian Genghis Khan, keturunannya telah terlibat dalam banyak konflik perebutan kuasa yang telah menyebabkan penak.lukan Mongol terhenti. Mongke Khan adalah pemimpin pertama yang diiktiraf oleh hampir semua orang Mongol dalam banyak tempoh, dan dia bersedia untuk meneruskan penak.lukan Mongol.

Di kurultai, dia memerintahkan adiknya, Kublai untuk memulakan pencerobohan terhadap wilayah Dinasti Song di China, dan dia memerintahkan Hulagu, adik lelaknya, untuk meneruskan kempen menak.luki tamadun Islam. Walau bagaimanapun, kali ini Mongke tidak hanya mensasarkan wilayah pinggiran Muslim di Asia Tengah. Kali ini dia mengidamkan permata tamadun Islam klasik yang sedang menikmati zaman keemasan Islam di Baghdad, Damsyik, dan Kaherah.

Bagi Hulagu, mungkin benar dia merupakan seorang yang membenci Islam, memandangkan pengaruh dari ibu dan isterinya yang beragama Kristian walaupun semasa hayatnya, Hulagu adalah seorang tak mempercayai agama.

Menguatkan lagi teori ini ialah kesan kemus.nahan yang dilakukan Hulagu ketika dia menak.luki Parsi dan Timur Tengah.  Selepas memus.nahkan sebahagian besar Iran – termasuk menghapuskan sepenuhnya rangkaian legenda kumpulan kultus Nizari Ismaili yang dikenali sebagai Hashashin (Assassin) – dia tiba di luar tembok kota Baghdad pada Januari 1258.

Hulagu telah mengirimkan utusannya kepada khalifah Abbasiyah di Baghdad, Khalifah al-Musta‘sim, bagi menuntut penyerahannya. Tetapi al-Musta’sim enggan menyerah kerana dia menyangkakan dia memiliki kekuatan tentera yang kuat kerana semasa se.rangan-se.rangan awal Mongol, tentera Abbassiyah berjaya mencatatkan beberapa kemenangan kecil.

Khalifah mengejek-ejek ugutan Hulagu dan menjawab bahawa umat Islam dari seluruh dunia sanggup datang untuk mempertahankan Baghdad jika perlu. Malang sekali, bukan sahaja kedua-dua tanggapannya itu terbukti salah, malah dia menghadapi pengkhianatan dari para menterinya sendiri yang beraliran Syiah, ini kerana mereka sudah lama menyimpan dendam terhadap gaya pemerintahan Abbasiyyah yang sentiasa menindas penduduk Syiah.

Hulagu menggunakan khidmat orang Kristian – tentera dari Armenia dan Georgia serta pemberi maklumat dari orang Syiah yang tinggal di dalam Baghdad semasa berlangsungnya pengepungan ke atas Baghdad. Kota ini telah ditawan pada 10 Februari 1258 dan dija.rah selama 17 hari sebelum segala infrastruktur yang ada dibakar hangus, termasuklah perpustakaan ilmu yang terbesar ketika itu iaitu Baitulhikmah, manakala Khalifah Al-Musta’sim telah ma.ti dipijak oleh kuda-kuda tentera Mongol pada 20 Februari.

Dalam beberapa sumber sejarah yang berbeza, ada lagenda mengatakan Hulagu telah menyoal al-Musta’sim dengan caranya sendiri – mengapa dia percaya orang Islam telah kehilangan Baghdad. Hulagu mengurung al-Musta’sim hingga dia kelaparan dan mula meminta makanan. Kemudian Hulagu membawa sebahagian daripada harta kekayaan al-Musta’sim kepadanya dan menawarkan kepadanya seketul emas untuk dimakan.

Sudah tentulah al-Musta’sim tak mungkin boleh memakan emas, Hulagu menempelak bekas khalifah itu kerana Hulagu beranggapan bahawa tentera Abbasiyyah sepatutnya mampu mengalahkan tentera Mongol jika mereka dipimpin oleh khalifah yang betul. Namun mereka dipimpin oleh seorang khalifah yang lebih rela menyembunyikan harta kekayaannya daripada memanfaatkannya untuk mempertingkatkan kekuatan angkatan tentera barisan pertahanannya, sekaligus melindungi nyawa diri dan rakyatnya dalam menentang Mongol.

Khalifah al-Musta’sim semasa dibawa ke bilik kurungan

Tentera Hulagu kemudian menawan Damsyik (melalui penyerahan secara aman) dan sebahagian besar Syria, sebelum mereka akhirnya dikalahkan oleh tentera Kesultanan Mamluk dari Mesir dalam Pertem.puran Ain Jalut pada 3 September 1260. Mongke Khan telah meninggal dunia tepat setahun sebelumnya, dan  Hulagu masih belum pulang dari kurultai yang diadakan di Mongolia untuk memilih khagan Mongol yang baru.

Sudah empat dekad sejak penak.lukan Bukhara dilakukan oleh Genghis Khan, dan pada masa itu bangsa Mongol telah membawa tamadun Islam ke titik paling rendah di sepanjang sejarahnya. Baik di Eropah mahupun di Timur Jauh, penak.lukan ini adalah amat memus.nahkan.

Mungkin kesan dari kemus.nahan inilah yang menyebabkan ramai orang Islam termasuk di Malaysia sendiri masih percaya bahawa bangsa Mongol memang dilahirkan secara eksklusif untuk membenci Islam, ada juga yang menganggap mereka sebagai Yakjuj Makjuj.

Tapi ternyatalah semua tanggapan ini tak mampu menepis segala fakta dan bukti-bukti dari rekod sejarah yang dikemukakan di sini. Sebenarnya, bangsa Mongol bukan membenci Islam mahu pun umat Islam, tapi mereka membenci golongan kelas elit Muslim yang angkuh dan za.lim.

Satu bukti terakhir yang menyokong kenyataan ini ialah fakta bahawa beberapa penentangan paling kuat terhadap kemus.nahan Hulagu di Iraq dan Syria adalah muncul dari sepupunya sendiri, Berke Khan, pemerintah Ulus Jochi atau Golden Horde (pecahan Empayar Mongol di barat laut).

Beberapa tahun sebelum itu, Berke yang dalam perjalanan pulang dari Eropah ke Mongolia untuk menghadiri kurultai, telah singgah di sebuah karavanserai di Bukhara dan bertemu dengan beberapa orang pedagang Islam. Dia kemudiannya memeluk Islam.

Tentera Hulagu mengepung Baghdad pada akhir 1257

Ketika dia mendengar tentang kemus.nahan yang berlaku di Baghdad akibat tindakan sepupunya beberapa tahun kemudian, Berke Khan bersumpah untuk membalas dendam bagi setiap da.rah umat Islam yang digugurkan Hulagu.

Tapi apa yang ironinya, walaupun Berke Khan telah memeluk Islam dan menjadi pemimpin Mongol pertama yang beragama Islam, dia tidak pernah menukar dasar-dasar pemerintahan Mongol yang sekular peninggalan Genghis.

Sebaliknya di negeri Ilkhaniyah yang diasaskan Hulagu, keturunan Hulagu sendiri hanya dalam beberapa generasi telah memeluk Islam bermula dengan Ahmed Teguder hinggalah akhirnya pada zaman Mahmud Ghazan Khan, cucu Hulagu itu secara rasminya telah mengisytharkan negeri Ilkhaniyah di Parsi sebagai sebuah negara Islam, satu tindakan yang akan mempengaruhi para bangsawan Mongol yang lain untuk memeluk Islam.

Walaupun tidaklah semua pemimpin Mongol yang memeluk Islam ini atas dasar menerima hidayah kerana ada juga yang menjadi Islam atas dasar politik, tapi pengajarannya sepatutnya diterima dan diinsafi oleh umat Islam, bukan untuk orang Mongol!

Umat Islam hari ini perlu sedar akan kelemahannya sendiri, kelemahan yang sering dibincangkan dalam Al-Quran dan dalam sunnah Nabi Muhammad S.A.W. iaitu kelemahan yang boleh dieksploitasi oleh kuasa musuh. Dan hal utama yang perlu ditangani apabila kelemahan dieksploitasi bukanlah sifat “kejahatan” atau sikap “Islamofobia” di kalangan orang yang mengeksploitasinya, untuk apa kita membuat demonstrasi di jalanan dalam sebuah negara bukan Islam dengan membawa sepanduk “HENTIKAN ISLAMOFOBIA” tapi kita tak pernah cuba ambil tahu dan menangani punca asal wujudnya kelemahan ini.

Ramai orang Islam menganggap se.rangan Mongol adalah hukuman Allah ke atas dosa-dosa mereka, namun tak ramai yang mahu memikirkan apakah sebenarnya dosa yang mereka lakukan hingga mereka dihukum sedemikian rupa.

Kelemahan, atau dosa umat Islam yang dimaksudkan dalam kes ini adalah terang lagi bersuluh, dosa orang Islam ketika itu adalah kerana keangkuhan mereka sendiri. Dan Genghis Khan secara literal menyampaikan mesej itu kepada penduduk Bukhara. Tetapi ia adalah kebenaran yang sukar dilihat, dan kebenaran sentiasa terkubur di satu demi satu kota Muslim sehingga segalanya sudah terlambat untuk mereka semua.

Sikap angkuh dan sombong inilah yang Mongol mahu han.curkan, bukan Islam. Tapi hari ini nampaknya kita sedang mengulangi lagi keangkuhan tersebut, hari ini, menulis sebuah naskah Kitab Tamadun Mongol dianggap oleh sesetengah orang Islam sebagai satu bentuk menyanjungi sejarah bangsa penjajah. Ternyata orang Islam hari ini nampaknya jauh lebih teruk berbanding umat Islam di Bukhara mahu pun Baghdad pada abad pertengahan, kerana orang Islam hari ini suka menghukum membuta tuli tapi mereka sendiri tak pernah mahu membaca sejarah.

Dan apa yang penting, budaya menghukum dan memaksa seseorang atau suatu kaum supaya menanggung segala dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka, bukanlah budaya nahu pun salah satu ajaran Islam. Ia hanya akan dilakukan oleh mereka yang bodoh tetapi sombong.

“Jika kamu tidak melakukan dosa-dosa ini, nescaya Tuhan tak akan menghantar azab seperti aku untuk menghukum kamu semua!”

Jika anda mahu belajar lebih banyak sejarah Mongol, bagaimana mereka menerapkan dasar toleransi beragama terhadap subjek-subjek di bawah mereka, serta bagaimana permulaan awal bangsa Mongol memeluk Islam, semuanya boleh ditemui di dalam Kitab Tamadun Mongol. Tempahan boleh dibuat melalui pautan di bawah. Ayuh! Mempelajari sejarah tamadun asing bukan satu kesalahan!

Pra-tempahan Kitab Tamadun Mongol: bit.ly/pratempahktmktr


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.