Ramses II di nekropolis Saqqara. Makam Ptah-M-Wia ditemui oleh sepasukan pakar dari Universiti Kaherah semasa menjalankan kerja ekskavasi di kawasan perkuburan ibu kota lama Mesir Purba itu Memphis.
Ramses II merupakan Firaun ketiga Dinasti Ke-19 dan memerintah dari 1279 hingga 1213 SM. Selain mengetuai perbendaharaan Mesir, Ptah-M-Wia turut berperanan sebagai penulis diraja, penyelia kumpulan lembu diraja dan menyelia upacara ko.rb.an di kuil baginda di Thebes. Menariknya, nekropolis Saqqara yang menempatkan makamnya turut menempatkan makam pegawai-pegawai diraja era Kerajaan Baru termasuk jeneral ten.te.ra Mesir Purba dari Dinasti Ke-18, Horemheb.
Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr
Ola El Aguizy yang mengetuai kerja-kerja ekskavasi memberitahu makam Ptah-M-Wia dipengaruhi oleh pengaruh binaan unik sama seperti makam-makam di nekropolis berkenaan. Di bahagian pintu masuk, terdapat ukiran-ukiran yang menceritakan perjalanan hidupnya. Pasukan El Aguizy turut menemui pelbagai lukisan pada dinding makam seperti perarakan membawa persembahan dan ko.rb.an lembu.
Rajah 1: Tiang-tiang Osiris sekitar makam Ptah-M-Wia. Sumber: Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir.
Mereka turut menemui tiang-tiang Osiris dengan sebahagian tiang tertimbus dalam pasir. Diukir dalam bentuk Dewi Osiris, dewi kema.ti.an dan kebangkitan semula Mesir Purba, tiang-tiang ini biasa ditemui semasa era pemerintahan Ramses II. Turut ditemui blok-blok batu yang bertaburan sekitar makam. Di luar makam Ptah-M-Wia, pasukan El Aquizy menemui makam datuk bandar Memphis, Ptah-Mas, duta besar diraja Basir dan panglima tertinggi angkatan Ramses II, Eurkhi.
Orang Mesir Purba telah menggunakan Saqqara sebagai kawasan perkuburan sejak 3,000 tahun yang lalu. Kajian ke atas Saqqara telah dibuat oleh pakar arkeologi sejak 1850 tetapi ia tidak sepopular Luxor yang terletak di selatan Mesir.
Rajah 2: Makam-makam pegawai diraja yang ditemui berhampiran makam Ptah-M-Wia. Sumber: Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir.
Bagaimanapun, persepsi terhadap nekropolis yang terletak 20 batu di selatan Kaherah berubah menerusi penemuan makam-makam mega pada September 2020. Makam mega di Saqqara ini merupakan ruangan besar yang menempatkan lebih 100 buah makam sekaligus menjadikan ia mempunyai bilangan makam terbanyak di Mesir.
Saqqara juga merupakan lokasi terletaknya Piramid Tangga Djoser yang dibina kira-kira 4,700 tahun lalu sekaligus menjadikannya piramid tertua Mesir. 1,500 tahun selepas era Djoser, Ramses II melaksanakan projek monumen secara besar-besaran dan mengetuai kempen keten.te.raan untuk mengukuhkan kedudukan Mesir Purba. Disebabkan usahanya sepanjang 66 tahun pemerintahan, ramai cendekiawan abad ke-19 menggelar baginda sebagai Ramses Yang Agung.
RUJUKAN
Gershon, L. (2021, 2 November). Tomb of Ramses II’s Treasurer Unearthed at Saqqara Necropolis. Smithsonian Magazine.
Sumber gambar: Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Malaysia.




No comments yet