Baru-baru ini ada satu berita yang agak menggemparkan di Jepun, apabila seorang lelaki yang menjadi pempengaruh TikTok tiba-tiba mendapati dirinya telah berkahwin dengan seorang wanita tanpa dirinya sendiri tahu tentang perkara itu. Wanita itu dikatakan peminat fanatik dirinya, dan telah mendaftarkan perkahwinan itu tanpa pengetahuannya. Keadaan ini berlaku kerana wanita itu khabarnya telah tujuh tahun menjadi stalker dirinya.

Paling mengejutkan, apabila dia melaporkan kejadian itu kepada polis, tiada apa-apa tindakan boleh dilakukan kerana segala maklumat yang diberi sah menurut undang-undang, dan dalam kertas, dia sememangnya sudah berkahwin.

Eh, bagaimana pula berlaku keadaan ini? Sedangkan pihak lelaki tidak memberi sebarang persetujuan untuk berkahwin?

Haa, ini sebenarnya ada kaitan dengan undang-undang perkahwinan di Jepun, yang bolehlah dikatakan agak longgar berbanding negara lain. Di Jepun, bagi pasangan yang ingin berkahwin, apa yang mereka perlu lakukan hanyalah mengisi borang pendaftaran. Bahagian isi borang ini paling menarik, kerana jika salah seorang tidak dapat hadir ke pejabat pendaftaran, mereka boleh sahaja tandatangan dahulu borang itu, dan pasangannya boleh pergi menghantar borang sendirian, dan dibolehkan hanya dia sahaja yang menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan.

Jika di Korea atau China, untuk pendaftaran perkahwinan, mereka perlu bawa cop atau seal diri sendiri sebagai tanda pengesahan. Namun, sebaliknya di Jepun, tiada cop atau seal yang diperlukan. Undang-undang pendaftaran perkahwinan tanpa cop atau seal ini telah dilaksanakan bermula 1 September 2021, dan memadai dengan hanya menggunakan tandatangan sahaja.

Mungkin ini jugalah agaknya yang menjadi penyebab ada pelbagai perkahwinan yang pelik-pelik di Jepun. Contohnya, pada tahun 2018, seorang lelaki Jepun mengejutkan dunia apabila dia mengahwini hologram, iaitu seorang penyanyi virtual berusia 16 tahun. Malah, ada juga kes yang melangsungkan perkahwinan mereka dengan robot serta menjemput haiwan alpaca sebagai saksi perkahwinan!

Dalam situasi ini, kita dapat lihatlah betapa berbezanya ajaran Islam dalam aspek perkahwinan. Segala-galanya ada aturan yang merangkumi rukun dan syarat nikah.

Apa yang berlaku kepada pempengaruh Tiktok yang terpaksa berkahwin tadi? Dengarnya, dia dah bawa kes ini ke mahkamah, dan dia perlu berusaha untuk membuktikan bahawa dia tiada sebarang hubungan dengan wanita yang menjadi peminat fanatiknya itu.

Oleh: Farahi Kamaruddin


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply