Pada tahun 639 M, bangsa Turkik menghadapi zaman kegelapan mereka ketika China di bawah pemerintahan Dinasti Tang telah menceroboh tanahair mereka yang dianggap sebagai negara berdaulat pertama orang-orang Turkik yang menggunakan istilah “Turk” sebagai nama negara tersebut.

Pada tahun 630 M, Gokturk Khanate dikalahkan oleh bangsa Cina dan orang Turkik cuba diasimilasi oleh Dinasti Tang supaya terpupus identiti Turkik mereka. Gokturk adalah negara pertama yang menggunakan nama Turk sebagai nama kerajaan bangsa Turkik, sekaligus menjadikan ia sebagai kerajaan berdaulat yang pertama milik bangsa Turkik yang meliputi wilayah Turkistan dan sekitarnya.

Kerajaan ini diasaskan di Otuken yang menjadi ibukota suci mereka pada tahun 540. Pengasas negara ini adalah Bumin Khan, seorang panglima Turk yang merupakan anggota kerabat klan Ashina dari cabang Turk-Mongol yang serumpun dengan keturunan pengasas Empayar Mongol, Genghis Khan.

Kempen Dinasti Tang menentang Khaganate Turkik Timur

Fakta mengenai identiti asal ras Turkik ini masih menjadi perdebatan di kalangan para pengkaji peradaban, ada yang berpendapat bahawa Gokturk adalah suku Hun atau Xiongnu dan bukan berbangsa Turk. Manakala orang-orang Turk pula kekal dengan klaim mereka bahawa Hun dan Xiongnu juga adalah berbangsa Turk. Entahlah, namun yang pasti tiada sesiapa pun yang tahu siapa sebenarya bangsa Xiongnu sehingga hari ini.

Setelah menaklvki dan menduduki tanah Gokturk, Dinasti Tang pada awalnya mengasing dan menyebarkan orang-orang Turkik ke beberapa bahagian-bahagian wilayah Empayar yang berlainan dan berusaha untuk mengasimilasi orang-orang Turk yang merupakan ancaman besar bagi orang Cina selama bertahun-tahun dan untuk mendominasi perdagangan di jalan sutera.

Kempen Dinasti Tang menentang Khaganate Turkik Timur

Dinasti Tang juga turut menyer4ng Otuken yang merupakan sebuah ibu kota suci bagi orang Turkik. Selepas menduduki sepenuhnya ke atas tanahair bangsa Turkik, Empayar Tang telah menyerap dan melantik ramai para panglima tenter4 Turkik sebagai panglima tenter4 Dinasti Tang sendiri bagi meraih kesetiaan mereka namun sebenarnya kerelaan para panglima Turkik itu menyertai empayar Tang adalah supaya keselamatan ahli keluarga mereka terjamin.

JIESHESHUAI ATAU KURSAD SEBENARNYA?

Ashina Jiesheshuai yang juga merupakan seorang bangsawan dari klan Ashina juga ditempatkan di Istana di ibukota sebagai ketua pengawal istana di bawah kawalan ketat. Oleh kerana layanan yang buruk terhadap orang Turkik dan dasar asimilasi orang Cina yang berat, Jiesheshuai sebagai seorang bangsawan Turkik mula mempersiapkan dirinya untuk mengukir salah satu di antara peristiwa penting paling bersejarah dalam dunia.

Sebelum meneruskan bacaan, mari kita baca sedikit maklumat mengenai tokoh ini supaya kita tidak pening kepala kerana kisah tokoh ini muncul dalam pelbagai versi yang sedikit berbeza.

Ashina Jiesheshuai adalah tokoh sejarah kuno bangsa Turkik. Namun terdapat beberapa versi berbeza samada dalam bentuk catatan sejarah mahupun cerita-cerita rakyat.

Salah satu yang paling popular adalah watak separa mitos bernama Kürşad. Kürşad merupakan watak separa mitologi yang ideal dengan Jiesheshuai sebagai tokoh sebenar bersejarah yang namanya dicatatkan melalui arkib sejarah China sebagai Chie-shih-shuai (Ashina Jiesheshuai) dan hidup dalam sejarah China sekitar abad ke-7.

Ashina Jiesheshuai adalah anggota keluarga bangsawan Turco-mongol dari klan Ashina di bawah pemerintahan Khagan Turkik Timur. Namun beliau bertugas sebagai seorang panglima tenter4 (Zhonglangjiang) untuk empayar China Dinasti Tang. Dia juga adalah salah seorang anak lelaki Shibi Khan dan adik lelaki Ashina Shibobi yang merupakan seorang khagan yang menjadi vassal untuk Dinasti Tang dengan menggunakan gelaran Tölis Khan.

Jika di dalam kisah hikayat versi Kürşad, beliau dikatakan akan menceroboh istana untuk menculik Maharaja bagi membeli kebebasan bangsa Turkik. Manakala dalam versi catatan sejarah, Ashina Jiesheshuai pada awalnya merancang bersama-sama dengan anak saudaranya Ashina Hexiangu untuk membunvh Maharaja Taizong kerana Maharaja telah memfitnah abangnya Ashina Shibobi hingga dihukum bunvh.

Peristiwa ini dikenali sebagai Serbuan Istana Jiucheng. Walau bagaimana pun untuk artikel ini kita akan membaca dalam versi Kursad dengan mengekalkan nama sebenar beliau. Walau apa jua versi ceritanya, ia tetap merujuk kepada orang yang sama iaitu Ashina Jiesheshuai.

RANCANGAN DIGAGALKAN OLEH CUACA

Baik, berbalik pada perancangan Jiesheshuai, Selepas tidak mampu lagi menahan rasa marah melihat maruah bangsanya diinjak-injak oleh orang Cina, Jiesheshuai merancang untuk menculik Maharaja Taizong ketika dia bersiar-siar di jalanan ibu kota di Chang’an. Menjadi satu tradisi imperialis China pada waktu itu, seorang maharaja bersiar-siar di jalanan dengan sejumlah pengawal yang menyamar agar tidak dikenali.

Maharaja Taizong

Rancangan Jiesheshuai adalah untuk melakukan rundingan dengan pemerintah Empayar Tang untuk menuntut pembebasan ibukota suci Otuken dengan keselamatan Maharaja menjadi jaminan dan berjanji akan dilepaskan sehingga orang Turkik berjaya membangun kembali kerajaan mereka sendiri dan membebaskan diri dari cengkaman pemerintah China, beliau juga mahu mengangkat anak saudaranya, Holohu sebagai Khagan Gokturk yang baharu.

Sudah tentu Jiesheshuai sedar bahawa dia tidak boleh mendekati maharaja apatah lagi jika hendak menculik maharaja dengan melakukannya bersendirian. Untuk menjayakan rancangannya, Jiesheshuai mula membahaskan usul rancangannya dengan setiap orang Turkik yang boleh berhubung dengannya.

Pada masa itu dia hanya boleh berhubung dengan para bangsawan Turkik yang yang juga ditempatkan di ibu kota dan berkhidmat dalam tenter4 China Tang. Selepas pencerobohan orang-orang Cina, dasar pemerintah adalah menempatkan tenter4 bangsawan Turkik sedekat yang mungkin dengan ibu kota agar mereka tidak memulakan pember0ntakan terhadap empayar.

Akibat daripada dasar ini, setiap orang yang dihubungi oleh Jiesheshuai adalah pahlawan terbaik yang merupakan tenter4 bangsawan Turkik yang sangat dihorm4ti. Tidak ada sebarang penolakan terhadap rancangan Jiesheshuai dan atas dasar semangat jati diri bangsa Turkik, setiap pejuang yang telah dihubungi oleh Jiesheshuai menerima baik rancangan itu dan persiapan terakhir dimulakan.

Ketika tibanya hari yang ditetapkan mengikut perancangan mereka, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sehingga sungai Wei melimpah membanjiri daratan. Kerana hujan yang lebat dan dentuman guruh, Maharaja Taizong membatalkan rancangannya untuk bersiar-siar pada hari itu dan kekal berada di dalam istananya.

Pada waktu itu juga Jiesheshuai dan rakan-rakannya telah berkumpul di kota menunggu maharaja keluar. Memandangkan Jiesheshuai merupakan ketua pengawal di istana, salah seorang pengawal datang kepadanya dan melaporkan situasi pergerakan dan kedudukan Maharaja kepada Jiesheshuai.

Istana Jiucheng

Rancangan mereka terbantut akibat cuaca hujan yang menyukarkan segala rancangan yang telah dirangka oleh Jiesheshuai dan pasukannya. Jiesheshuai kini mempunyai dua pilihan, iaitu keluar dari tempat itu untuk melaksanakan rancangannya pada hari yang lain atau segera menyerbu istana tersebut secepat mungkin untuk melakukan cubaan menculik Maharaja.

Jiesheshuai yang dari sebelum itu lagi sebagai seorang panglima tenter4 kerajaan Tang juga amat mahir dengan selok belok istana dan kedudukan maharaja, oleh kerana itulah beliau boleh tahu banyak hal tentang musuh, “kenali musuhmu dengan lebih dekat adalah lebih baik daripada mengenali sahabatmu” seperti yang dikatakan oleh Sun Tzu.

Namun identiti beliau perlu kekal rahsia, dan atas dasar bimbang akan kemungkinan kebocoran maklumat dari pasukan pengawal yang mengenalinya dan kemungkinan yang tinggi dilihat bersama, Jiesheshuai memutuskan untuk menculik Maharaja Taizong dari istananya tanpa sebarang penentangan yang bermakna dia harus membunvh setiap pengawal yang ditemuinya.

Setelah keputusan dibuat, Jiesheshuai memulakan pencerobohan beliau dengan menghujani para pengawal di atas menara pemantau dengan tembakan anak panah, kemudian Jiesheshuai bersama pasukannya menyusup masuk ke dalam istana, setelah bergelut dan membunvh ramai pengawal, beliau sampai ke tengah istana, beliau cuba menghampiri bilik Maharaja.

Namun pada masa yang sama, setelah Jiesheshuai dan anak buahnya membunvh ramai pengawal Tang, mereka menemui sekujur tubuh tidak bernyawa di dalam sebuah sel penjara, mayat itu adalah mayat bekas putera Turkik yang dijadikan tawanan oleh pemerintah Tang, dipercayai bahawa putera tersebut membunvh diri beberapa hari yang lalu demi menjaga maruah dan rasa terhina kerana menjadi tawanan orang Cina.

Namun, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan pasukan sokongan Tang yang berjaya menyelamatkan dan membawa keluar Maharaja dari istananya, lantas Jiesheshuai dan tenter4nya terpaksa berundur melarikan diri keluar dari istana dengan menunggang kuda-kuda yang dirampas dari istana.

Menambahkan lagi keadaan yang buruk, mereka mendapati segerombolan besar pasukan berkuda tenter4 Tang yang sejumlah kira-kira 1000 orang sedang mengejar tidak jauh di belakang mereka

Pada dasarnya, rancangan Jiesheshuai telah gagal dan Jiesheshuai juga sepatutnya tidak layak menerima sebarang penghormatan jika mengikut prinsip, namun dia tidak mahu para pejuangnya yang gagah berani itu mengikut jejak langkah seperti yang dilakukan oleh bekas putera yang menjadi tawanan China Tang kerana kegagalan misi itu sendiri adalah berpunca dari gangguan cuaca dan bukanlah kerana ketidakupayaan mereka.

Oleh itu, Jiesheshuai memutuskan untuk membatalkan misi dan meninggalkan tempat itu untuk kembali pulang ke wilayah mereka sebelum cuba mengatur semula perancangan dan terus hidup untuk bertempvr pada hari yang lain. Namun semua itu hanya tinggal impian semata-mata, mereka sebenarnya boleh diibaratkan sudah ‘m4ti’ sejak hujan mula turun.

GUGURNYA JIESHESHUAI MEMBANGKITKAN BERIBU LAGI YANG LAIN

Setibanya mereka di Sungai Wei, mereka melihat air sungai telah melimpah keluar kerana hujan lebat lalu mereka berhenti di tepi sungai. Hujan mulai bertambah lebat, dentuman guruh boleh didengar dari jarak beberapa batu, kuda mereka sudah kepenatan dan tenter4 Tang hanya berbeza beberapa batu sahaja di belakang mereka, setelah melalui aksi kejar-mengejar yang panjang, mereka akhirnya semakin hampir untuk tiba ke jambatan di Sungai Wei yang memisahkan sempadan tanah masing-masing.

Berjaya melepasi sempadan jambatan tersebut bermakna mereka telah memenangi perlumbaan yang panjang itu, sekaligus mereka berjaya meninggalkan satu mesej bahawa orang Turkik bahkan mampu datang ke istana China untuk mencederakan Maharaja dan berupaya melepaskan diri dengan selamat.

Namun dengan tidak semena-mena mereka mendapati jambatan sempadan yang sepatutnya menjadi penyelamat mereka rupanya telah pun runtuh akibat ribut kencang. Jiesheshuai berhenti di tepi sungai, dan memutuskan bersama-sama dengan 40 pejuangnya untuk berpatah balik dan melakukan kemaraan menyer4ng tenter4 Tang, mereka menunggang kuda mereka dengan pantas sebagai satu perjalanan terakhir. Sebelum itu Jiesheshuai sempat mengucapkan kata-kata semangat untuk para pejuangnya.

“Sudah tiba waktunya untuk m4ti berjuang demi keluarga dan bangsa kita, Turk, biarkan dunia mengenang kita hari ini, biarkan perjuangan dan kepahlawanan kita bergema selama-lamanya!”

Jiesheshuai dan anak buahnya menyer4ng ke arah pasukan tenter4 Tang dengan penuh semangat, amarah dan kekuatan bangsa Turkik yang begitu dahsyat sekali dengan beratus-ratus askar Cina gugur manakala hanya sedikit sahaja jumlah k0rban di pihak Turkik.

Setelah bertempvr dengan ganas, sepasukan unit tenter4 sokongan Tang tiba dari arah Barat, Jiesheshuai melihat pasukan tenter4 Tang dari barat itu lalu memerintahkan pengikutnya untuk mara dan menyer4ng ke arah pasukan pemanah Tang.

Pada saat itu, setiap benda yang berada di sekitar Jiesheshuai dan para pejuangnya yang berani itu seolah-olah terhenti, ‘awan kelabu’ menghujani Jiesheshuai dan para pejuangnya, akhirnya Jiesheshuai dan pahlawannya gugur selepas dihujani ratusan anak panah China.

Sebagai tindak balas terhadap pember0ntakan Jiesheshuai, Maharaja Taizong memerintahkan mayat Jiesheshuai dan rakan-rakannya dik3rat-k3rat dan setiap bahagian tubuhnya dig4ntung di tempat awam yang berbeza-beza di mana ada orang-orang Turkik yang tinggal di situ.

Sejak Serbuan Istana Jiucheng yang dilancarkan oleh Jiesheshuai bersama 40 pejuangnya, dikatakan bahawa tidak ada seorang pun maharaja China yang berani bersiar-siar dan berkeliaran di luar istana selama lebih 40 tahun lamanya dan rakyat empayar China juga tidak dibenarkan keluar pada waktu malam.

Selepas kegagalan pember0ntakan yang dilaksanakan oleh Jiesheshuai pada 639 M itu, kisah perjuangan Jiesheshuai dan 40 pahlawannya tersebar ke seluruh ke wilayah bangsa Turkik yang lain di seluruh Turkistan hingga menyebabkan berlakunya pember0ntakan yang besar.

Hasil daripada pember0ntakan dan revolusi bangsa Turk ini, Pemerintahan Gokturk Khanate berjaya dihidupkan kembali dengan penubuhannya untuk kali yang kedua pada tahun 682 M.

Sejarah pembebasan dan penubuhan kembali Gokturk Khanate ini diakui oleh orang Turkik sebagai “52 Tahun Perhambaan” atas dasar kerana bangsa Turkik dikatakan tidak pernah hidup di bawah pen!ndasan bangsa lain dan sentiasa memiliki negara berdaulat mereka sendiri semenjak zaman Scythian lagi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.