Bermula dekad-dekad awal abad ke-19, pergelutan kuasa tradisional di antara Perak dan Selangor telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan sempadan di kawasan Sungai Bernam. Selangor mula menguasai kawasan di Sungai Bernam hingga ke kawasan-kawasan wilayah Perak seperti di Kuala Bidor untuk menyaingi kekayaan hasil timah Perak.

Dasar luar yang agresif oleh Sultan Selangor pada ketika itu, Sultan Ibrahim (Sultan Selangor: 1778-1826) yang ingin menjadikan negerinya sebagai pengeluar bijih timah tersohor dan terkaya berbanding Perak, telah menawan kawasan di selatan Perak.

Menjadikan Perak telah kehilangan wilayahnya dari Tanjong Malim sehingga Bidor. Sultan Selangor mengukuhkan kedudukannya dengan meletakkan wakilnya Raja Hasan sebagai penguasa yang mengutip cukai di kawasan tersebut. Persempadanan ini berlarutan sehingga termeterai Perjanjian Anderson 1825 yang menjadikan Sungai Bernam sebagai sempadan di antara Perak dan Selangor sejak 1825 sehingga kini.

Sikap campur tangan Sultan Ibrahim ke atas Perak telah menyebabkan hubungan Perak dan Selangor menjadi serius. Kekalahan Sultan Ahmaddin (Sultan Perak: 1786-1806) di tangan Sultan Ibrahim dalam peristiwa serangan Selangor keatas Perak pada 1804 menjadi punca mengapa Sultan Ibrahim mendakwa bahawa Perak dibawah kuasa Selangor. Baginda disertai oleh sepupu-sepupunya, Raja Jaafar, Raja Idris dan Raja Ahmad dari keluarga diraja Bugis-Riau beserta putera-puteranya, Raja Muhammad, Raja Ismail dan Raja Abdullah dan anak saudaranya, Raja Hassan.

Pada ketika ini, Perak diperintah oleh Sultan Ahmaddin Shah yang bersemayam di Pasir Panjang Indera Mulia di tepi Sungai Perak. Angkatan tentera dari Selangor telah memudiki Sungai Perak sehingga ke Lumut. Sultan Ibrahim telah meminta Dato’ Laksamana Orang Besar di hilir Sungai Perak untuk memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa kedatangan baginda itu bertujuan untuk berunding soal perjanjian setia di antara kedua buah kerajaan itu.

Namun demikian, ketika Sultan Ibrahim menanti berita dari Sultan Perak. Orang-orang Perak dari tebing Sungai Perak telah membedil angkatan Selangor. Lalu berlakulah perang di antara kedua-dua buah negeri Melayu itu. Pada peperangan ini Perak telah tewas. Sultan Perak dan pengiringnya berundur ke hulu Perak dan Sultan Ibrahim pulang ke Selangor dengan satu kemenangan.

Persempadanan yang tidak jelas dan tetap menyebabkan masalah sempadan di antara Selangor dan Perak terus berlaku. Berikutan kemenangan Sultan Ibrahim menguasai Perak pada 1806, Sultan Ibrahim menulis kepada British:

“Orang Pulau Pinang janganlah pergi ke Perak sekarang ini, kerana Perak, dari Sungai Kurau hingga ke Berting Beras Basah adalah negeri beta. Negeri ini telah beta ambil dengan kuasa ubat bedil dan Meriam”.

Sultan Ibrahim telah menakluk Perak dari tahun 1804 sehingga 1806. Demi membuktikan ketuanannya terhadap Perak, Sultan Ibrahim telah membantu Perak menghalau Siam pada 1822. Sultan Ibrahim meletakkan wakilnya, Raja Hassan, seorang kerabat diraja Selangor berketurunan Bugis di Kuala Bidor.

Sejak itu, Raja Hasan dan orang-orangnya keluar masuk ke dalam wilayah Perak dan terus menetap di Perak sehingga menjadi penguasa Dinding. Raja Hasan telah membuka lombong bijih timah di Pulau Talang walaupun pada asalnya dia ditugaskan oleh bapa saudaranya Sultan Ibrahim untuk mengutip cukai. Bahkan Raja Hasan merompak peniaga-peniaga Perak.

Ini menyebabkan Sultan Perak ingin mengusirnya keluar. Dalam tempoh tersebut, jelaslah bahawa bahawa tiada sempadan yang jelas di antara Selangor dan Perak. Ini menyebabkan orang-orang dari Kuala Selangor, Kelang, Lukut dan wilayah Selangor yang berpindah beramai-ramai ke kawasan Bernam. Tujuan mereka berpindah itu ialah supaya dapat menyekat pengaruh Siam.

RUJUKAN

1. John Anderson. 1989. Political and Commercial Considerations Relative to The Malayan Peninsula and The British Settlements in the Straits of Malacca. JMBRAS, Vol 35, Pt 4 No. 200

2. L.A Mills. 1960. British-Malaya 1824-67

3. Winstedt, R.O & Wilkinson R.J. 1934. A History of Perak Vol. 12, No. 1 (118). JMBRAS

4. Zainal Abidin Daud. 1950. Riwayat Tanjong Malim


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Faizal Bin Basir. Anak muda kelahiran Tanjong Malim Perak ini merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Comments are closed.