Kalau korang pernah dicurangi, cuba check balik DNA ex. Mana tau nenek moyang dia dulu berdarah Sparta. Budaya diorang benarkan orang perempuan curang tau!

Sekitar tahun 400 SM, Kerajaan Sparta kerap berperang dengan negara jiran, Athens. Apabila ramai pehlawan-pahlawan yang gugur di medan perang, diorang bimbang Sparta akan mengalami masalah kurang populasi nanti. Jadi, diorang buat satu polisi gila.

Sparta nak pastikan lahir anak seramai mungkin.

Polisi negara izinkan orang perempuan untuk bersenggama secara bebas dengan sesiapa sahaja, termasuklah selain suami, agar dapat melahirkan seramai mungkin anak. Lagi ramai anak, lagi ramai tentera yang boleh dilatih untuk keluar berperang.

Apatah lagi, laki-laki diorang kerap sangat outstation. Iya lah, baru nak berasmaradana, semboyan perang dibunyikan. Dah kena keluar bertempur dengan Athens. Frust la bini. Kalau laki tak bertugas kat luar pun, orang lelaki kena bersiap siaga kat berek tentera. Takde masa sangat nak bersama bini.

Oleh kerana ini, nak pastikan orang perempuan mengandung jugak, diorang digalakkan berhubungan senggama dengan sesiapa sahaja. Asalkan mengandung. Kalau laki Sparta keluar berperang, bininya kena cari orang lain sebagai pengganti teman sekatil.

Perkahwinan monogamy tak dianggap penting pun. Diorang lagi prefer open-relationship. Tak senonoh betul. Perangai yang lagi pelik, kalau laki tu ada member yang subur, diorang akan minta member tu ‘benihkan’ isteri diorang.

Kalau bini tu mengandung, laki Sparta terpaksa ingat pepatah Melayu: “Laki baik takkan tanya masa silam perempuan.” Tak memasal jadi pak sanggup.

Laki tu jugak la yang kena sara hidup dan provide makan minum budak yang lahir. Sehinggalah ia besar paling kurang umur 7 tahun sebelum diserahkan kepada sistem Agoge untuk latihan ketenteraan Sparta.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korang boleh cari buku-buku yang padat dengan trivia menarik seperti ini dari kami. Jom kunjungi laman shopee kami. Thepatriotsasia. Klik: https://shp.ee/8c3ejfw


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply