Sejauh mana korang obses dengan movie? Bagi seorang pemuda Jepun, dia punya obses tu sampai tiru scene Joker bakar harta awam. Dia pulak nekad bakar gerabak kereta api!

Kyota Hattori, 23, dijatuhkan bersalah atas cubaan membunuh dan mencetuskan kebakaran dalam sebuah kereta api di Tokyo, Jepun. Apa yang menarik, pemuda Jepun yang memulakan kebakaran tu memakai cosplay Joker seperti dalam trilogi Batman. Mungkin masa dia nyalakan pemetik api tu, dia memang in-character serupa Joker yang bakar hospital.

Hattori cakap: “Aku nak bunuh semua orang! Biarlah aku kena hukuman mati!”

Video kejadian cemas yang terjadi pada Ogos 2021 itu viral kat twitter Jepun. Ramai penumpang yang bergegas keluar daripada kereta api lepas terdengar letupan kecil dan menyedari kebakaran di salah sebuah gerabak. Ada seorang pakcik umur 70-an yang cedera kena tikam dengan Hattori. 12 mangsa lain juga hampir terbunuh.

Tetapi, tidak seperti Joker dalam movie, Hattori ambil tindakan berani dengan menyerah diri kat balai polis. Mungkin dia takut lagi teruk kalau kena tangkap dengan Batman kot. Pemuda ni mengaku yang dia ada menuang cecair di gerabak kereta api sebelum membakarnya.

Seperti watak Joker, korang boleh panggil Hattori ni orang jahat. Tetapi bak kata budak twitter, orang jahat ialah orang baik yang tersakiti.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Orang Jepun memang ada perangai nekad yang luarbiasa. Kalau digunakan di tempat yang betul, memang terbina tamadun yang agung. Korang kena baca KITAB TAMADUN JEPUN untuk tahu kehebatan diorang. Klik https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply