Israel merupakan negara yang paling berjaya menandingi COVID-19. Daripada ribuan setiap hari, Israel berjaya menurunkan hingga ke paras puluhan sahaja. Sepanjang bulan April, pihak kesihatan Israel masih gigih menjalankan ujian saringan.

Hanya 4,570 kes baru dilaporkan sepanjang April, purata 152 kes sehari. Pencapaian ini amat memberangsangkan, padahal Israel menempuhi tiga gelombang besar. Semuanya kerana program imunisasi yang berjaya mengagihkan vaksin dengan pantas.

Golongan moderat tiada masalah untuk menerima vaksin. Mereka percaya pada sains.

Tetapi kerajaan Benjamin Netanyahu berdepan dengan kedegilan dalam kalangan Ortodoks Haredi (Sharon, 2021).

Contoh kelompok Haredi.

Kelompok Haredi tidak ramai pun, dalam 10-11 peratus sahaja dalam jumlah populasi negara. Tetapi 40 peratus daripada kes COVID-19 di Israel adalah Haredi (Rosenberg, 2020).

Dan kerajaan tidak boleh memaksa Haredi terima vaksin, kerana suara mereka amat diperlukan Netanyahu.

Sejak mengisytiharkan kemerdekaan, Israel tidak pernah mempunyai sebuah kerajaan majoriti. Netanyahu amat memerlukan parti-parti Haredi seperti Shas, Yahadut HaTora dan Tzionut Datit.

Walaupun kecil, tiga parti ini boleh memberi pelampung untuk melepasi kerusi majoriti.

Pujuk enggan, paksa lari. Apa yang boleh dibuat? Tunggang agama. Kerajaan Israel mempunyai sebuah kementerian khas untuk Judaisme. Menteri Agama Israel ialah Ya’akov Avitan daripada parti Shas.

Dengan izin Netanyahu, Avitan menyediakan persetujuan (dengan golongan Ortodoks): terima vaksin dan sambut perayaan. Sepanjang tahun 2020, kerajaan Netanyahu tidak membenarkan amal ibadah dan perayaan seperti biasa.

Memandangkan ada satu perayaan semakin menghampiri, ramai dalam kalangan Ortodoks berduyun-duyung pergi mendapatkan vaksin. Mereka boleh beraya; kerajaan pun berjaya.

Mengenal Perayaan Bulan Iyar

Israel mempunyai kalendar rasmi iaitu HaLuah Halvri. Kalendar ini amat penting untuk mengenal pasti tarikh untuk amalan-amalan keagamaan. Tahun Judaisme dibuka dengan bulan Nisan selama 30 hari, disambung dengan Iyar.

Selama ribuan tahun, Iyar mempunyai dua sambutan: Pesach Sheni dan Lag B’Omer. Pesach Sheni merupakan peluang kedua untuk orang Yahudi yang tidak sempat menyediakan kor.ban bagi memperingati Passover.

Lag B’Omer pula jatuh 34 hari selepas Passover, yang tujuannya agak samar-samar: 1) memperingati Rabai Shimon bar Yochai atau 2) memperingati hari terakhir wab.ak yang membµnµh 24,000 pelajar Rabai Akiva ben Yosef (BBC, 2021).

Kedua-dua rabai ini memang sangat tinggi dari segi darjat dalam Judaisme. Tiada rabai mampu mencapai darjat ini. Jadi Lag B’Omer amat penting untuk golongan Ortodoks.

Tambah pula ada simbolisme dengan COVID-19: dulu hari terakhir wa.bak Akiva, sekarang antara hari terakhir COVID-19 (di Israel).

Upacara semasa Lag B’Omer (2019).

Sekitar jam 12:00 pagi di Gunung Meron, seramai 100,000 orang Yahudi berhimpun untuk menyambut Lag B’Omer. Terlalu ramai untuk tempat yang selesa dan selamat untuk 10,000 orang sahaja.

Inilah kawasan berhimpun di Gunung Meron.

Mungkin kerajaan Israel sendiri tidak menjangka jumlah ini. Dan 50 minit kemudian, hadirin mula terjatuh menimpa orang belakang (Kershner, 2021). Akibat terlalu ramai, rantaian (jatuh menimpa) berterusan.

Apabila hadirin bergegas ke bahagian pagar, mulalah mereka memijak antara satu sama lain. Ada orang re.bah (mungkin kerana terlalu sesak) dan kemudian dipijak. Tangga yang berhampiran pun basah, menyebabkan ramai licin dan timpa-menimpa.

Keadaan pasca-Lag B’Omer di Gunung Meron.

Sekelip mata, keadaan menjadi cacamarba. 45 orang meninggal dunia, dan 150 lagi ced.era. Majoriti kema.tian merupakan golongan Toldot Aharon, yang sangat tegas dalam bab keagamaan (dan menentang Zionisme).

Bekas Ketua Rabai Negara menggesa orang ramai baca Kitab Zabur sebagai doa untuk semua. Apa yang berlaku seolah-olah keterujaan lama terpen.dam. Apabila dibenarkan, terus orang ramai sambut sampai hilang kawalan.

RUJUKAN:

BBC. (2021, April 30). Lag B’Omer festival: What is it about?

Kershner, I., et al. (2021, April 29). (ditapiskan) at Israel Religious Celebration (ditapiskan) at least 44. The New York Times.

Rosenberg, D.E. (2020, Oktober 12). The government can’t save Ultra-Orthodox Jews from COVID-10. Religious leaders can. Foreign Policy.

Sharon, J. (2021, Februari 14). Efforts afoot to increase Haredi vaccination, counter false vaccine info. The Jerusalem Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.