Korang tahu tak yang Perak dan Kedah pernah berperang satu sama lain? Tapi serangan Kedah ni sebenarnya bukan niat Sultan Kedah pun, sebaliknya ia angkara pakatan Siam dan British di Pulau Pinang.
Sebenarnya, serangan ni berpunca daripada Chao Phya Ligor yakni Raja Ligor yang masih diarahkan oleh Siam untuk tuntut Bunga Emas dan penyerahan Perak.
Kedah pula diancam dan kerapkali dibuli oleh Siam siap arahkan diorang hantar tentera dan bekalan kepada peperangan Siam melawan Burma.
Disebabkan Kedah dan Perak berkongsi musuh yang sama, maka pada bulan November 1814, Sultan Abdul Malik Mansur tulis surat kepada Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah mengajak Kedah bergabung dengan Perak untuk melawan Siam.
Tapi Sultan Kedah taknak atas alasan Siam terlalu kuat untuk ditewaskan. Pada November 1816, utusan Sultan Kedah pulang dari Siam bawa perintah supaya Kedah serang Perak dengan alasan untuk dapatkan bekalan makanan, senjata dan tenaga manusia.
Dari tahun 1813 sehingga 1818, Sultan Kedah disebabkan tekanan Siam masih paksa Perak menghantar bunga emas kepada Siam.
Menurut Burney Papers, Perak hanya berikan bunga emas dan perak kepada Siam 2 kali je sampailah Perak “ditawan” oleh Kedah pada 1818.
Pada 1816, Sultan Kedah berbincang dengan Gabenor British di Pulau Pinang dan nyatakan Kedah hanya ada 2 pilihan iaitu menyerang Perak atau pun menunggu sahaja serangan dari Siam.
Akhirnya Sultan Ahmad Tajuddin putuskan untuk serang Perak. Kata Sultan Ahmad Tajuddin, “Beta tak mahu serang Perak atas kehendak beta tapi beta terima arahan Raja Siam yang beta takutkan dan atas sebab itu beta terpaksa menyerang Perak.”
Baginda kemudiannya arahkan Dato Bendahara menyiapkan pasukan perang bagi menyerang Perak.
Pada 1817, bermulalah kempen peperangan antara Kedah dan Perak. Kedah hantar angkatan tentera Kedah di bawah pimpinan Tengku Yaacob dan Bendahara Kedah untuk menawan orang-orang Perak di Bukit Gantang.
Orang-orang Perak diketuai oleh Che Alang Idin, tetapi angkatan Perak kalah dan Che Alang Idin berundur ke Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.
Pasukan Perak kembali semula terdiri oleh lelaki dan wanita di bawah Che Panjang Talib bin Maharaja Lela Uda Tahir (Tok Janggut), keturunan Daeng Salili.
Sultan Abdul Malik Mansur Shah berusaha meminjam 2 pucuk meriam dari Selangor dan minta bantuan dari Inggeris di Pulau Pinang berupa 2 buah kapal perang berserta 2000 orang tentera. Namun Inggeris menolak permintaan ini.
Pada 1818, pasukan Kedah dengan kekuatan 200 buah perahu dan 5000 orang tentera serang Perak dan berjaya menawan Perak dengan tumbangnya Pasir Garam yang pada ketika itu merupakan kawasan istana Perak.
Kenyataan ini dikuatkan dengan kenyataan Sultan Abdul Malik Mansur Syah melalui suratnya kepada Gabenor Pulau Pinang bahawa Perak kini berada di bawah takluk Kedah.
Tapi sebenarnya, ia tak berlaku pun.
Rupanya pasukan yang dihantar oleh Perak ialah pasukan yang bermatlamat untuk elakkan perang saudara berlaku dan menjurus kepada diplomasi dan rundingan.
Akhirnya perdamaian dicapai dan persetujuan untuk mengukuhkan ikatan melalui ‘diplomasi perkahwinan’ apabila Bendahara Kedah berkahwin dengan Che Wan Fatimah dan Tengku Yaacob berkahwin dengan Hajah Denah, kedua-duanya anggota keluarga Che Panjang Talib.
Apabila peperangan dapat dielakkan, Sultan Abdul Malik Mansur Shah segera menghantar sepucuk surat kepada Inggeris di Pulau Pinang bahawa kononnya “Perak telah berada di bawah taklukan Kedah”.
Ini mengaburi mata Inggeris dan berita ini cepat sampai ke pengetahuan Ligor dan Siam.
Maka negeri Perak aman buat sementara waktu sehinggalah menjelang tahun 1821, apabila Siam masih tidak berpuashati kerana matlamat asalnya yakni supaya Perak tunduk menjadi negeri bawahannya masih belum tercapai.
Siam merancang untuk menyerang Perak secara besar-besaran, kemudian Selangor juga mesti ditakluk kerana sering membantu Perak melawan Ligor. Dan pada 1821, Ligor dan Siam menyerang Kedah dan Perak.
Oleh: Azizul Farhan
___
KITAB TAMADUN MELAYU II bakal bawa korang kenal banyak kerajaan Melayu yang pernah atau masih wujud hingga hari ini! Dapatkan segera dengan diskaun 15% sempena 3.3 di Shopee kami:
https://shope.ee/6zw5WznX8B
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih