Filem Black Panther II sudah keluar pawagam bermula 11 November 2022. Tetapi macam biasa, Perancis sedikit ketinggalan – sekarang baru nak panas kerana ada satu babak yang buat mereka koyak. Bayangkan: dah lebih tiga bulan, baru nak koyak kerana filem fiksyen. Mesti baru layan di Disney+. Apa-apa pun, jom kita telusuri babak yang buat mereka marah tu.

Masa awal filem, kita disajikan lakonan Angela Bassett sebagai Queen Ramonda yang bersidang di United Nations. Babak tu tunjuk seorang pemimpin Perancis yang bising mahukan Vibranium. Babak ni yang Sebastien Lecornu dah panas. Yang buat dia betul-betul bengang? Babak terkemudian apabila tentera-tentera upahan Perancis ditangkap kerana menyerang outpost Wakanda. Ini yang betul-betul buat Lecornu bengang.

Babak berkenaan.

Lecornu ni adalah Menteri Tentera Perancis, yang menuduh Disney tunjuk “sisi palsu dan mengelirukan” pasal Tentera Perancis (Camut & Vela, 2023). Dia bengang sebab outpost berkenaan berada di Mali. Jadi dia cuba tegakkan benang yang basah mengatakan kerajaan Mali pernah minta bantuan Perancis lawan “pelampau Islam”. Kononnya Disney menghina 58 tentera Perancis yang terbunuh kerana cuba mempertahan Mali.

Kisah Separuh Masak

Sebastien Lecornu sebenarnya sedang menggilap imej Perancis guna naratif separuh masak. Pertama sekali, memang betul Perancis turun membantu Mali – tetapi datangnya Perancis membuka jendela baru di Mali, yang tiba-tiba kena berdepan dengan kemasukan banyak kumpulan tentera upahan macam Wagner Group misalnya. Wagner Group ni pula berpihak pada Rusia.

Sebastien Lecornu.

Maka sekarang kalian yang membaca sudah pasti boleh bayang sendiri: dua pihak luar yang berbeza kepentingan turun membantu sebuah negara melawan satu common enemy. Jadi sebenarnya mereka melawan common enemy atau bersaing kepentingan?

Apabila pihak luar mula masuk, Mali dihanyutkan sentimen anti-Perancis. Tiga minggu sebelum Perancis tamatkan operasi ‘bantuan’ mereka, Mali siap menghalau Duta Besar Perancis (BBC, 2022).

Ribuan orang Mali turun di ibu negara mereka bersorak kerana Duta Besar Perancis sudah dihalau, siap membakar patung Emmanuel Macron (Lorgerie, 2022). Maka persoalan yang perlu dibangkitkan: kalau betul Perancis turun membantu, kenapa rakyat Mali benci Perancis?

Wakanda Forever!

Sekitar abad ke-19, Perancis mula menjajah bumi Mali untuk menguasai pasaran kapas. Bumi Mali memang kaya dengan kapas. Jadi mereka datang membawa ‘pelaburan’. Tapi syaratnya? Petani-petani Mali wajib jual tanah mereka – sama ada suka atau tak, Perancis tidak peduli.

Maka kembali ke perbincangan asal:

  1. Perancis nak kuasai sumber Vibranium
  2. Ada menteri fasola Perancis sembang lebat kata itu bukan imej Perancis
  3. Sejarah Perancis membuktikan siri penjajahan mereka adalah untuk sumber

Jadi sekarang elemen mana yang Black Panther II mengelirukan dunia? Kerajaan penjajah Perancis memaksa petani-petani Mali tanam kapas banyak-banyak tau. Bagus kan kapas ditanam banyak-banyak? Bagus untuk Perancis, yang tidak peduli langsung kalau rakyat Mali tiada beras, millet dan sorghum secukupnya.

Gambar pekebun kapas.

Asalkan ada kapas. Ibaratkan kerajaan asing bakar semua bendang padi dan keringkan tanah tersebut untuk tanam sawit banyak-banyak. Kau rasa?

Memang itu perangai Perancis zaman dulu. Filem Black Panther teruk dikecam warga Black Americans kerana mensensasikan stigma anti-Afrika. Sebab apa? Baca lagi.

Stigma Yang Mengubah Black Panther I dan Black Panther II

Kalau cakap sekilas, kalian akan nampak serupa woke.

  • Wakanda adalah institusi sangat maju. Boleh rawat apa saja dalam masa singkat. Tapi apa Wakanda buat pada epidemik H*V kat Afrika? Takde mende.
  • Wakanda ada kapasiti nak tolong anak bangsa melawan penjajah. Tak sentuh.
  • Wakanda mampu merintangi penjajah yang dok eksport hamba. Tak buat apa-apa.

Nampak macam woke? Baca lagi. Kita tengok apa plot Black Panther.

Sepupu lawan sepupu. Stigma.

Sendiri lawan sendiri. Berpecah belah. Wakanda dengan Jabari. Stigma.

Gaduh diri sendiri. Wakanda T’Challa vs Wakanda N’Jadaka. Juga stigma.

Orang Melayu juga terdedah pada stigma begitu kronik. Melayu tikam Melayu. Ni half-truth sebenarnya. Pengamal stigma ni masih percaya yang Si Kitul adalah pengkhianat Melayu. Walhal sejak bila Si Kitul tu Melayu? When you repeat a fallacy so often, you’re bound to shape the penultimate truth. Penultimate, bukan ultimate.

Si Kitul Melayu. Pengkhianat Melayu. Apa-apa saja mesti Melayu. Seolah-olah bangsa Melayu ni jijik. Tak boleh percaya. Dan tambah kronik apabila naratif ni dihidupkan ikut landskap politik sekarang. Susah.

Memang betul. Ada jer pengkhianat dalam kalangan Melayu. Tapi saya nak tanya. Bangsa lain tiada pengkhianat?

  • Firouz yang membuka Antioch untuk dijarah Bohemond tu bangsa Melayu? Tak. Mualaf Armenia.
  • Meruzhan Artzruni yang cuba tikam belakang raja sendiri tu Melayu? Tak. Armenia. Ini level lagi dahsyat dari Kitul tau.
  • Macam mana dengan Robert Brasillach? Petros Protopapadakis?

Amerika Syarikat tu bersepah dengan pengkhianat. Tapi ada tak mereka sealirankan pengkhianat tu dengan naratif bangsa? Tiada. Atas roh yang sama tu lah dimainkan pada nama Wakanda.  Asal Melayu mesti pengkhianat… Asal Afrika, mesti paling tadah tak tolong bangsa sendiri. Asal Afrika, mesti secara tak langsung berkecuali taknak selamatkan anak bangsa sendiri.

Maka Black Panther II membawa perubahan – tunjuk sisi gelap bangsa lain. Kaitkan dengan naratif moden. Terus koyak Perancis, walhal itulah dosa mereka di Mali terdahulu. Yang peliknya Sebastien Lecornu tak cakap pun pasal tu. Fikir positif. Lupa kot?

Of course, ni hiburan jer. Tapi saya sentuh sikit eh. Kalau kau bawak 10 filem Melayu yang ikut naratif “Melayu pengkhianat” dan semuanya berjaya pecah panggung seantero dunia – kau rasa orang ramai akan fikir apa?

Melayu mulia? Tak.


Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

 

RUJUKAN:

BBC. (2022, Januari 31). French ambassador expelled from Mali.

Camut, N., & Vela, J. (2023, Februari 13). France slams Disney’s Black Panther over depiction of French troops. Politico.

Lorgerie, P. (2022, Februari 5). Thousands take to the streets of Bamako in anti-French protest. Reuters.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply