Pada mulanya tanah Parsi ataupun Iran moden merupakan rumah kepada penganut sunni. Tapi kehadiran Empayar Safavid telah mengubah segalanya apabila keseluruhan wilayah itu mula menjadi tempat tinggal bagi penganut syiah. Boleh dikatakan bahawa Safavid merupakan empayar syiah.

Ironinya nenek moyang kepada pengasas Empayar Safavid merupakan seorang ahli sufi. Betul ke?

Bibit-bibit Safavid mula muncul setelah kelahiran Safi al-Din di Ardabil. Sejak kecil lagi dia banyak belajar tentang agama Islam. Tapi semua itu tidak mencukupi baginya lantas mahu mendalami sufi. Dia pun pergi keluar mengembara untuk mencari guru yang mursyid. 

Selama bertahun-tahun dia cuba mencari Shaykh Najib al-Din Buzghush untuk mempelajari sufi. Sayangnya ketika sampai di Shiraz, Shaykh Najib al-Din Buzghush telah meninggal dunia. Maka Safi al-Din meneruskan perjalanan untuk mencari guru yang kedua iaitu Syeikh Zahed Gilani.

Tugu Safi al-Din di Iran

Setelah 4 tahun mencari, Safi al-Din berjaya menemui Syeikh Zahed Gilani. Dia pun mula mendampingi Syeikh Zahed Gilani sebagai anak murid selama 25 tahun. Kesetiaan Safi al-Din membuatkan dia dianggap sebagai orang kuat kepada Syeikh Zahed Gilani. Malah dia juga turut dikahwinkan dengan anak perempuan Syeikh Zahed Gilani.

Tidak lama kemudian Safi al-Din telah diberikan kepercayaan untuk mewarisi aliran sufi Zahediyeh yang dibawa oleh Syeikh Zahed Gilani. Dekat sinilah semuanya bermula apabila Safi al-Din telah mengubah aliran sufi Zahediyah kepada Safaviyya. Hal ini membuatkan ahli keluarga Syeikh Zahed Gilani tidak berpuas hati. Tapi Safi al-Din tidak ambil peduli tentang amaran itu.

Sedikit demi sedikit, aliran sufi Safaviyya yang menganut sunni bermazhab Syafie ini mula cenderung ke arah Syiah. Tapi deme tidaklah mengaku diri tu terpengaruh dengan syiah dan masih lagi kental sebagai ahli sufi. Kemuncaknya adalah ketika Empayar Safavid telah diasaskan selepas 150 tahun kemunculan aliran sufi Safaviyya. Bermakna aliran sufi tersebut telah berubah kepada badan politik dan pemerintahan

Pada mulanya pemerintah pertama Empayar Safavid iaitu Ismail I hanya menguasai Azerbaijan sahaja setelah berjaya menakluk Tabriz daripada tangan Aq Qoyunlu. 10 tahun kemudian Ismail I dapat menguasai hampir keseluruhan Iran lantas menjadikan Safavid sebagai empayar yang mampu bersaing dengan Uthmaniyah dan Mughal.

Persoalannya macam mana Empayar Safavid boleh bertukar daripada sufi ke syiah?

Empayar Safavid

Sebaik sahaja menaiki takhta sebagai pemerintah Empayar Safavid, Ismail I telah menjadikan syiah imam 12 sebagai agama rasmi empayar. Penukaran ini dilakukan bagi membezakan mereka dengan dua lagi empayar sunni iaitu Uthmaniyah dan Mughal.

Selepas syiah imam 12 diiktiraf sebagai agama rasmi, Ismail I telah mengarahkan rakyat menukar fahaman dari sunni ke syiah. Hal ini menimbulkan sedikit konflik sebab nenek moyang Ismail I telah lama berpegang kepada sunni bermazhab syafie. Tiba-tiba pulak dia nak tukar fahaman sehingga memaksa rakyat turut serta. Malah masjid-masjid sunni juga mula ditukar kepada rumah ibadat penganut syiah. Ismail I juga mula membenarkan ucapan kata-kata hinaan kepada 3 sahabat Rasulullah yang menjadi khalifah terawal dunia Islam.

Bukan setakat itu sahaja, Ismail I juga bersifat kejam dengan mana-mana rakyat ataupun cendekiawan yang tidak mahu bertukar kepada syiah. Dia juga cuba membawa syiah sehingga ke luar lingkungan Empayar Safavid. 

Tindakan Ismail I ini mendapat respon daripada Sultan Beyazid II dari Uthmaniyah. Baginda cuba menegur secara lembut tetapi tidak diendahkan oleh Ismail I. Nak tak nak, berperang adalah jalan terakhir. Sejak itulah tanah Parsi ataupun Iran menjadi syiah sehingga ke hari ini. 

RUJUKAN:

Ali Izadi. (2021, Julai 27). Who is Sheikh Safi al-Din Ardabili? Islamic Republic News Agency. Dipetik daripada https://en.irna.ir/news/84417235/Who-is-Sheikh-Safi-al-Din-Ardabili

Britannica. (2023, Februari 28). Safavid dynasty. Dipetik daripada https://www.britannica.com/topic/Safavid-dynasty

Britannica. (n.d). Ismāʿīl I: Shah of Iran. Dipetik daripada https://www.britannica.com/biography/Ismail-I-shah-of-Iran

Hejazi, A. (n.d). The Safavids, an introduction. Khan Academy. Dipetik daripada https://www.khanacademy.org/humanities/art-islam/chronological-periods-islamic/islamic-art-late-period/a/the-safavids-an-introduction

Seyed Salman Safavi. (2018). The practice of Sufism and the Safavid order. London Academy of Iranian Studies Press


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply