Sabtu, 17 Oktober 202617 Okt 2026
Psikologi

Penyelesaian Untuk Persoalan “Makan Di Mana?”

“May
your choices reflect your hopes, not your fears.
”

–
Nelson
Mandela

Apakah
persoalan paling besar dan sukar dalam hidup anda? Rata-rata rakyat Malaysia
mesti setuju bahawa soalan yang paling susah untuk dijawab ialah, “Mahu makan di mana?”

Hal
ini demikian kerana di Malaysia, kita mempunyai pelbagai jenis makanan. Terlalu
banyak pilihan dan semuanya mengundang selera. Apabila pilihan terlalu banyak,
kita menjadi sukar untuk memilih.

Sebolehnya,
semua jenis makanan hendak dimakan tetapi kewangan tidak mengizinkan. Jadi,
kita hanya boleh memilih satu kedai makan sahaja. Masalah bertambah apabila
kita makan dengan kawan mahupun keluarga, selain memikirkan selera sendiri,
selera orang lain juga perlu difikirkan.

Membuat
keputusan menjadi lebih sukar.

Mengapa
ini terjadi? Mengapa begitu susah hendak membuat pilihan? Bukankah mempunyai
banyak pilihan itu satu perkara yang bagus?

Menurut
pakar psikologi iaitu, Barry Schwartz menerusi buku beliau yang berjudul The Paradox of Choice: Why More Is Less,
antara cara-cara untuk mengurangkan kebimbangan pembeli adalah dengan
menghapuskan pilihan mereka.

Schawrtz
membincangkan Paradoks Pilihan (Paradox
of Choice
) ini dengan melibatkan kajian tentang bagaimana kegembiraan itu
terkesan dengan kejayaan atau kegagalan dalam mencapai kehendak.

Membuat
pilihan itu tidak susah, tetapi ia mengambil masa. Kadangkala memilih untuk
makan di kedai mana pun sudah mengambil masa 20 minit. Sebenarnya masa 20 minit
itu merupakan masa berharga yang boleh kita gunakan untuk berfikir tentang
perkara-perkara yang lebih penting daripada selera kita.

Menurut
Schawrtz, antara strategi dalam membuat pemilihan yang baik termasuklah
mengenal pasti apa yang kita mahu. Keputusan kita selalunya berdasarkan apa
yang kita mahu capai.

Sebagai
contoh, dalam proses memilih restoran, pilihlah atas kehendak kita dari segi
kualiti makanan, harga makanan serta suasana restoran itu. Strategi lain
termasuklah memikirkan kepentingan kehendak kita di samping melihat dengan
teliti opsyen yang ada.

Menurut
Daniel Kahneman dan Amos Tversky dari Princeton University, mengenal pasti
bagaimana opsyen-opsyen yang sedia ada boleh membantu kita mencapai kehendak.
Ia juga merupakan satu cara pemilihan yang baik. Seterusnya, pembeli perlu
memilih opsyen yang terbaik antara pilihan-pilihan yang ada.

Walau
bagaimanapun, terlalu banyak pilihan mampu membuatkan kita menjadi lebih
bimbang dan proses pemilihan boleh jadi menyeksakan. Bagi menerangkan hal ini,
Schwartz telah melibatkan beberapa aspek psikologi.

Pilihan
dan kebahagiaan itu saling berpaut. Hal ini demikian kerana, apabila pilihan
terlalu banyak, manusia menjadi semakin bimbang kerana perlu berfikir untuk
memilih pilihan yang terbaik.

Justeru,
semakin lama, minda menjadi semakin runsing dalam membuat keputusan. Jika
pilihan tidak banyak, minda kita juga tidak perlu berfikir dengan lebih dalam
untuk memilih.

Kebebasan
dan komitmen juga merupakan salah satu sebab mengapa mempunyai banyak pilihan
itu merunsingkan. Banyak pilihan memberi kita kebebasan untuk memilih. Namun
begitu, apabila kita tidak berpuas hati, kita digalakkan untuk menukar pilihan
kita berbanding dengan langsung tidak memilih. Oleh itu, kebebasan tersebut
bukanlah satu kebebasan sebenarnya. Kita tetap tidak dapat keluar daripada
aktiviti dan kebimbangan dalam melakukan pemilihan.

Apabila
terlalu banyak pilihan, kita cenderung untuk melepaskan peluang. Sebagai
contoh, apabila kita memilih untuk makan di restoran A, kita akan merasakan
kita telah melepaskan peluang untuk makan di restoran yang lain-lain. Hasilnya,
kita akan mula merasa sesal atas pilihan untuk makan di restoran A. Hal ini
menyebabkan kita kurang berpuas hati dengan pilihan sendiri.

Natijahnya,
terbuktilah bahawa mempunyai banyak pilihan itu meningkatkan kebimbangan dalam
diri kita. Walaupun setelah meneliti segala pilihan yang ada, kita pasti akan
merasa tidak puas hati selagi kita tidak dapat menikmati segala opsyen yang
tersedia. Kebimbangan akan menjadi lebih serius apabila semua pilihan yang ada
merupakan kehendak kita.

Maka,
hargailah segala pilihan yang kita buat. Di mana pun kita memilih untuk makan
mahupun apa sahaja servis yang kita pilih untuk gunakan, bersyukurlah dengan
segala pilihan yang telah tersedia untuk kita.

Buatlah
pilihan yang bijak dengan mengikut strategi pemilihan yang efektif. Jika
pilihan kita tidak memuaskan hati, kita juga mempunyai pilihan untuk menukarnya
pada masa akan datang.

Lihatlah segala pilihan itu sebagai peluang, bukan peluang yang terlepas namun peluang yang boleh dicapai. Fokuskan minda kita agar sentiasa melihat sisi positif agar apa jua yang terjadi atas pilihan kita, kita masih mampu menerimanya dengan baik. Pastikan juga untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua pilihan.

Berminat dengan artikel di atas? Ia sebenarnya ialah sebahagian daripada petikan bab dalam buku terbaru kami, The Human’s Complex. Anda boleh dapatkannya di nombor ini www.wasap.my/60195812791. Ayuh membeli sambil mendana perjuangan kami!

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet