Tidak pasti bagaimana hantaran 16 Ogos boleh timbul semula
beberapa bulan kemudiannya. Agaknya betul apa yang orang cakap: apa yang
diletakkan dalam Internet takkan mungkin hilang selagi tidak dihilangkan kalau
boleh dihilangkan. Dan perkara ini tidak langsung memerlukan Zakir Naik untuk
jelaskan. Sesiapa yang berakal dan berilmu berkaitan dengan bidang berkenaan
boleh mengulas secara rapi.
Berdasarkan sebuah gambar yang dihantarkan Tan Ch’eng Wooi,
Allah dipersoalkan kerana menyembahkan Nabi Muhammad SAW. Dalam ayat 33:56,
firman-Nya mengatakan: “Sesungguhnya
Allah dan para malaikat menyembahkan rasul. Wahai orang beriman, sembahkanlah
dia (Muhammad) dan hormatinya dengan salam.” Ayat palsu ini boleh juga
mendatangkan maksud bahawa Allah dan para malaikat berdoa untuk rasul. Dan
persoalan diletakkan Tan Ch’eng Wooi ialah kepada
siapa Allah sedang menyembah/berdoa?
Ciri-ciri ketuhanan Allah itu sangat jelas. Dia tidak ada
keperluan (needs) mahupun keinginan (desires). Dan definisi “doa” (pray) itu
sendiri meletakkan ketuhanan-Nya dalam darjat hamba Tuhan. Bermakna apa yang
disampaikan ialah Allah telah turun darjat.
FIRMAN SEBENAR
dalam al-Qur’an berkaitan dengan ayat tersebut sebenarnya JAUH BERBEZA. Perlu dijelaskan bahawa ayat 33:56 ibaratkan
ditafsirkan oleh seorang yang mabuk dengan niat untuk mencetuskan kebencian.
Menurut tafsir Sheikh Abdullah bin Muhammad (Basmeih), yakni seorang ulama
Yaman tersohor yang sangat handal perihal penafsiran Qur’an, ayat tersebut mengatakan:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya
berselawat (memberi segala kebaikan dan
penghormatan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.); wahai orang-orang yang
beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya.”
Di sini jelas bahawa Allah memberikan segala kebaikan kepada
Muhammad SAW dan para malaikat pula memberikan penghormatan. Mufti Taqi Usmani
menafsir dalam bahasa Inggeris pun dalam nada yang sama. Tidak pasti bagaimana
Tan Ch’eng Wooi melakarkan kesimpulan bahawa Allah sedang berdoa.
Tuhan tidak sama sekali boleh berdoa.




No comments yet