Semua orang tahu isu menyelubungi Crackhouse Comedy Club bermula dengan hal Siti Nuramira Abdullah. Tindakan dedah aurat selepas mengaku hafal 15 juzuk mengundang siasatan daripada JAWI (Bernama, 2022). Walau bagaimanapun, cerita tidak habis dengan Nuramira. Pihak DBKL terus menggantung sementara lesen operasi Crackhouse (Lim, 2022). Ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan ini, katanya Crackhouse adalah tempat cari makan buat golongan seni komedi.
Cara pengasas mengadu sedih sebenarnya pelik juga. Mereka guna teknik ‘throw under the bus’ – menunding jari untuk kata diri sendiri suci. Cuba tengok kata-kata pengasas:
“We urge the authorities to take stern action against the individual for any breach of the law, without penalising the club that had no part to play in this person’s actions.”
Senang kata: semua masalah adalah daripada Nuramira, bukan Crackhouse.
Konflik Identiti Di Sebalik Komedi
Kata-kata damage control ini sebenarnya pelik. Mereka gigih mempertahan diri kononnya “dalam tempoh lapan tahun, kejadian sebegini tidak pernah berlaku di kelab ini.” Padahal DBKL punya isu lain. Crackhouse didapati beroperasi dengan lesen restoran. Untuk mengadakan pentas komedi, mereka perlu lesen hiburan (Tan, 2022). Itu saja masalahnya. Lesen tidak betul. Mestilah kena tutup. Semua orang tahu benda ini. Makcik-makcik berniaga tepi jalan tanpa lesen sudah masak dengan pengalaman pahit ini. Tetapi mereka tiada suara-suara besar untuk mempertahan.
Jadi persoalan sekarang: kenapa Crackhouse terlalu defensive sangat? Apabila tengok kandungan ‘lawak’ di Crackhouse katanya dibuat pengasas Ryzal van Geyzel sendiri, boleh nampak jelas dan ketara.
Cuba tengok ketiga-tiga babak. Kandungan lawaknya adalah berkaitan Islam, Bumiputera dan Melayu. Paling menjengkelkan, kutuk Melayu dalam bahasa Inggeris tidak mengapa. Kerana orang Melayu tidak faham. Video di bawah pula adalah berkaitan hukum arak di sisi Islam:
Dan pendirian Ryzal berkenaan dengan arak bertambah jelas dengan tangkap layar ini:
Untuk pengetahuan semua, lawak jenis ini kelihatan tepu di Barat. Selamba buat lawak pasal apa sahaja. Konsep lawak ini berbentuk ‘self-deprecating’, iaitu hina diri atau pegangan sendiri. Kalau di Barat, sasaran utama adalah agama Kristian kerana faktor majoriti. Di sini, sasaran bertukar pada Islam sebagai agama majoriti. Senang cakap, orang yang berasal daripada ‘sesuatu sumber’ akan buat lawak pasal ‘sumber tersebut’. Macam-macamlah boleh dikategorikan sebagai sumber. Dalam isu ini, agama Islam. Bangsa Melayu. Kelompok Bumiputera.
Lawak-lawak ‘self-deprecating’ memang jelas. Kutuk Melayu akan disambut ketawa. Kalau kecoh, mesti berpaut pada ‘freedom of speech’. Tetapi kutuk agama atau bangsa lain pasti diselar, ‘respectlah sebab we are all Malaysian!’. Jika kecoh (pasti akan kecoh), mesti minta maaf bagai.
Kenapa? Kerana isu sensitiviti. Melayu dalam hal ini menjadi bahan ‘self-deprecating’, konsep yang sangat janggal lagi dangkal. Kalau buat di Amerika Syarikat, kutuk Islam akan dilabel ‘Islamophobic’. Tidak percaya? Tahun lalu Lauren Boebert memohon maaf pada Ilhan Omar kerana “Islamophobic joke” (Obeidallah, 2021). Gurau pasal Y-hudi pasti digelar “anti-Semitic” (Khomami, 2022).
Nampak tidak betapa pentingnya kita faham pasal ‘sensitiviti’? Barat yang mengamalkan kebebasan bersuara juga mendaulat sensitiviti. Maka kita sebagai warga Timur jangan terlalu hipokrit bergurau. Sensitiviti memang wujud dalam negara ini. Jangan hina sebarang agama. Jangan hina raja-raja. Jangan hina bangsa. Banyak benda boleh dibuat lawak. Tetapi sengaja juga tala pada ketiga-tiga unsur penting ini.
Mungkin ada yang cakap, “mana ada dia hina raja-raja?”
Rizal menaikkan ciapan Twitter berkata, “sistem monarki BERCANGGAH dengan ajaran Islam.” Hidup jangan lurus bendul sangat. Hina pada sistem beraja tidak semestinya kena mencarut-carut bagai. Tambah kalau dah terang-terangan letak jalan bercabang antara “sistem monarki” dan “ajaran Islam”. Segala benda yang berlaku seolah-olah ada hikmah pula… satu bawang dikupas, terus bawang-bawang lain terkupas habis.
Kutuk-kutuk Melayu bukan main pada landasan kebebasan. Apabila tidak tahan dengan tempias, selamba pula private Instagram.
Dan jangan ingat orang Melayu saja yang sensitif. Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tidak bergurau apa-apa pun. Sekadar tunjuk sisi sejarah yang betul berkaitan tentera Sikh dalam rejimen penjajah British. Bukan main ada pihak yang terasa!
RUJUKAN:
Bernama. (2022, Julai 9). Jawi investigating woman who stripped on stage of TTDI comedy club.
Khomami, N. (2022, Februari 4). Jimmy Carr condemned for ‘abhorrent’ Holocaust joke about Roma people. The Guardian.
Lim, J. (2022, Julai 12). Not fair to suspend licence without prior warning, say comedy club founders. The Star.
Obeidallah, D. (2021, November 30). Lauren Boebert’s apology to Ilhan Omar for a blatantly Islamophobic ‘joke’ is pure theater. MSNBC.
Perimbanayagam, K. (2022, Julai 10). Harith Iskander delivers stinging rebuke on ‘strip act’. NST.
Tan, T. (2022, Julai 11). TTDI comedy club to get DBKL show-cause letter for operating under wrong license. The Star.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih