Kisah Titanic telah menjadi perhatian aku sejak kecil lagi kerana bukan sebab kisah cinta fiksyen Jack dan Rose dalam filem Titanic oleh James Cameron, tetapi kisah sebenar para imigran kelas ketiga yang maut dan orang-orang Islam arab, Palestin dan Syria yang menaiki kapal Titanic yang datang ke Amerika untuk mencari peluang hidup selesa dan kerja yang lebih baik namun hasrat mereka tidak kesempaian apabila ikut tenggelam sekali bersama Titanic (syahid di laut).
Salah seorang penumpang Titanic yang beragama Islam, iaitu Mustafà Nasr ‘Almā. Beliau lahir di Tibnīn, al-Janub, Lebanon sekitar tahun 1892 dan merupakan seorang buruh petani yang tidak berkahwin. Beliau menaiki Titanic dari Cherbourg (Perancis) sebagai penumpang kelas ketiga.
Nombor tiket ialah 2652 yang bernilai £7, yang telahpun melakukan pelayaran dari Beirut ke Marseille. Yang mengikutinya adalah dua sepupu beliau, Yūsuf Ahmad Waznah dan Fatīmah Muslamānī, yang berasal dari Tibnīn. Beliau berlayar bersama sepupunya ke bandar Michigan, Indiana dimana mereka mempunyai keluarga menunggu disana.
Sepupunya antara yang terselamat selepas penenggelaman Titanic, memberitahu para wartawan kesemua mereka sempat menaiki bot penyelamat, seorang penumpang lelaki memakai pakaian wanita supaya dapat memasuki bot tidak dikesan. Ada yang ditembak krew Titanic. Namun, Mustafà Nasr ‘Almā maut sewaktu Titanic tenggelam, jenazahnya tidak ditemui.
Keseluruhan wang simpanan dikumpul selama 3 tahun oleh golongan miskin ini dibawa bersama sekali barang-barangan dari rumah mereka, untuk menetap di Amerika. Penumpang kelas pertama datang ke Amerika pula untuk makan angin dan menikmati “penggembaraan”, kontra dengan kelas ketiga dimana mereka terpaksa berpindah ataupun mereka akan mati kebuluran dinegara asal mereka.
Kalau anda berminat dengan bacaan di atas, kami nak mencadangkan pembelian buku terbaru kami, Titanic Di Hujung Jari sebagai bahan bacaan. Pembelian boleh dibuat di pautan di bawah.
TITANIC- http://bit.ly/titanic2020
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih