Dalam salah satu pengenalan novelnya, dia memberitahu bahawa dia sedang merancang untuk membuat satu lagi novel misteri tentang penulis wanita yang berjaya mengelak daripada dikesan walaupun telah melakukan pembunuhan bersiri.

 

Dia meletakkan tajuk novel itu sebagai ‘Penulis Cantik Yang Membunuh.’

 

Ini adalah kisah benar yang berlaku di China tentang seorang penulis bernama Liu Yongbiao yang akhirnya ditangkap kerana membunuh empat orang mangsa di sebuah rumah tamu di Huzhou.

 

Kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 1995 itu telah memeningkan kepada pihak polis kerana kekurangan bukti serta teknologi untuk mencari pembunuhnya. Pada petang 29 November 1995, polis berkata, dua lelaki mendaftar masuk ke sebuah rumah tamu di Huzhou,  dengan niat untuk melakukan rompakan.

 

Mereka akhirnya memukul mati pasangan yang memiliki rumah tamu itu dan cucu mereka serta tetamu lain. Ketika itu, pihak berkuasa tidak mempunyai teknologi forensik yang maju dan pada masa itu, mereka hanya bergantung kepada pengakuan  kakitangan rumah tamu bahawa kedua-dua suspek itu bercakap dalam loghat Anhui.

 

Ia agak membingungkan kerana polis hanya memperoleh maklumat ini sahaja. Polis di Anhui diarahkan untuk menyiasat, namun ia turut berakhir dengan kegagalan.

 

Namun, usaha pihak polis tidak pernah berhenti. Dilengkapi dengan teknologi DNA baharu, polis membuka semula kes itu pada Jun 2017. Hasil maklumat yang diperoleh, polis mula mengawasi gerak geri Liu dan rakan sejenayahnya yang disyaki, seorang lelaki bernama Wang. Beberapa jam selepas menahan Liu di Anhui, polis menahan Wang, rakan jenayahnya, di Shanghai.

 

Sewaktu ditangkap, Liu berkata bahawa dia telah lama menanti pihak polis datang untuk mencari dan menangkapnya.

 

Jadi, bagaimana suspek pembunuhan ini menyembunyikan diri?

 

Selama lebih dua dekad, sehinggalah dia ditangkap pada tahun 2017, Liu menikmati kejayaannya sebagai seorang penulis. Pada 2013, dia diterima masuk ke dalam Persatuan Penulis China, dan dia adalah penerima hadiah sastera tempatan yang berprestij.

 

Malah, dia turut menjadi tutor dalam bidang bahasa dan penulisan kepada para pelajar. Menurut pelajarnya, dia seorang yang pendiam dan tidak pernah bercerita tentang kehidupan peribadinya.

 

Walaupun begitu, Legal Evening News, sebuah akhbar Cina telah melaporkan bahawa Liu memberitahu polis bahawa, selama bertahun-tahun selepas pembunuhan itu, dia  sukar untuk tidur pada waktu malam kerana jenayah yang telah dilakukannya.

 

Ia mungkin sesuatu yang sukar untuk dipercayai, tapi dalam dunia ini banyak perkara luar jangkaan yang berlaku. Perhatilah sekeliling anda, mungkin ada seseorang seperti ini dalam kehidupan kita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.