Tanpa disangka jenama dari Malaysia ini sudah bertapak lebih 40 tahun lamanya. Acson meneruskan legasi 40 tahunnya dengan kekal menyediakan kehidupan selesa buat rakyat Malaysia dengan pendingin udaranya yang tersendiri.

 

Acson diasaskan oleh seorang usahawan Malaysia bernama Dato’ Seri Law Kim Choon, pada tahun 1984. Misi beliau ketika itu adalah untuk menyediakan penyelesaian bagi penyaman udara berkualiti tinggi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran.

 

Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Acson telah menyediakan produknya yang terdiri daripada rangkaian luas sistem pendingin udara kediaman, komersial dan perindustrian – kepada rakyat Malaysia, menjadikan jenamanya terkenal kepada kediaman di Malaysia.

 

Berakar umbi daripada permulaannya yang sederhana, syarikat itu telah berkembang pesat, didorong oleh kemajuan teknologi dan pemahaman mendalam tentang pasaran tempatan.

 

Melalui usaha berterusan syarikat ini dalam memberikan keselesaan serta memenuhi keperluan penggunanya yang pelbagai, Acson mengembangkan rangkaian produknya bagi penyelesaian udara gaya hidup seperti produk penyahlembapan, penulen udara, kipas meja USB, peralatan rumah pintar dan banyak lagi.

 

Jenama ini berpandangan jauh dalam menyelesaikan masalah pendingin udara yang mesra alam sekitar dengan banyak produk yang diperkenalkan termasuk pendingin hawa penyongsang (inverter) yang menggunakan penyejuk mesra alam dengan teknologi canggih untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan meminimumkan kesan alam sekitar.

 

 

Dengan matlamat untuk menggalakkan amalan pengurusan sisa yang bertanggungjawab, Acson baru-baru ini telah melancarkan kempen kitar semula bahan pendingin bertemakan Save the Earth: Exchange for the Future Generation.

 

Paling utama, Acson turut mendekati komuniti dengan mengadakan program latihan buat para pelajar. Latihan ini bukan sahaja terhad kepada pelajar tempatan yang bercita-cita menjadi juruteknik tetapi juga untuk kontraktor, membolehkan mereka meningkatkan kemahiran secara berterusan dan sentiasa dikemas kini dengan piawaian industri terkini.

 

Apa yang diimpikan oleh pengasas Acson bukanlah sekadar mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih sejuk untuk rakyat, malah rakan kongsi yang dipercayai untuk penyelesaian pendingin udara yang mesra alam sekitar.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.