Sedang trending sekarang di media sosial tentang sebuah drama yang bertajuk “Lelaki Itu” yang di siarkan di televisyen kini. Drama ini ada menceritakan bagaimana boleh berlakunya perkahwinan sumbang mahram dalam keluarga mereka. Sarina (Nabila Huda) telah berkahwin dengan Dato’ Syed Mirza (Dato’ Adi Putra) secara senyap senyap dan melahirkan seorang Zuriat bernama Khai (Aedy Ashraf).

 

Isteri Pertamanya Dato’ Syed Mirza bernama Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim) juga mempunyai tiga orang zuriat perempuan dan salah satunya Batrisya (Hannah Delisha). Apabila dewasa, Khai dan Batrisya ini kemudiannya telah berkahwin juga secara senyap senyap sewaktu belajar di UK. Kemudian, apabila mereka pulang ke Malaysia. Mereka mendapati bahawa mereka adalah sebapa dan jelas ini adalah perkahwinan sumbang mahram.

 

Baik, apa yang kita nak ulas di sini adalah kita dapat lihat betapa penting nya Nikah berdaftar di Malaysia. Di Malaysia, kita mempunyai SOP dan Prosuder yang sangat ketat bagi urusan pernikahan di Malaysia. Bermula dengan Kursus Perkahwinan sehinggalah HIV test. Kesemua itu ada rasionalnya.

 

Apa rasionalnya? Seperti yang diceritakan diatas. Jikalau tidak berlakunya pendaftaran, kita tidak akan kenal siapa pasangan kita dan bagaimana keadaan keluarganya. Hal ini juga penting bagi menjaga jurai keturunan selari dengan tuntutan Maqasid Syariah iaitu Menjaga keturunan.

 

Selain daripada menjaga keturunan, HIV test juga dapat mengesan penyakit yang ada pada pasangan. Hal ini bagi mengelakkan perbalahan dan perceraian di dalam alam rumah tangga. Penyakit seperti Thalassemia dan sebagainya.

 

Baik, kita pergi isu selanjutnya. Apa pula kesan jikalau kita melanggar undang undang Keluarga Islam di Malaysia dan tidak berdaftar nikah di Malaysia?

 

  • Berkemungkinan besar pasangan yang berkahwin senyap potensi untuk tidak mendapat Faraid sangatlah tinggi. Kerana untuk mendapatkan Faraid perlu mempunyai sijil perakuan Nikah yang sah. Bagaimana untuk mendapatkan Faraid jikalau kita berkahwin secara senyap senyap tanpa berdaftar di Majlis Agama di Malaysia?
  • Bila berlakunya perkahwinan luar negara tanpa pendaftaran Majlis Agama, anak anak akan susah untuk berdaftar di sekolah kerajaan dan sebagainya. Setiap pendaftaran sekolah juga memerlukan sijil perakuan pernikahan yang sah. Dan risiko anak untuk menjadi warganegara sangat sukar kerana setiap pendaftaran anak di Malaysia juga memerlukan sijil nikah yang sah.
  • Sudah pastinya akan menerima hukuman daripada Mahkamah. Pasangan lelaki yang melakukan hal ini akan menerima hukuman maksimun RM2,000 atau satu tahun penjara. Pasangan lelaki itu juga boleh didakwa mengikut Seksyen 125 perkahwinan tanpa kebenaran yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara.

 

Bagi pasangan wanita pula, “Pasangan perempuan boleh didakwa dibawah Seksyen 32 (2) iaitu akad nikah tanpa kebenaran yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun.

 

Isu yang terakhir, katakanlah jika berlakunya pernikahan sumbang Mahram, apa tindakan yang perlu dilakukan oleh pasangan tersebut? Jawapannya, pernikahan tersebut akan dirujuk ke Mahkamah Syariah. Dan pernikahan tersebut akan di Faraqkan oleh Mahkamah (Pernikahan yang tidak Sah).

 

Dan jikalau mempunyai anak, anak ini akan dikategorikan sebagai Syubhah dan boleh ber “Bin” kan ayahnya dan layak menerima Faraid (jikalau didaftarkan). Tetapi, jikalau pasangan ini jelas mengetahui bahawa status mereka kandung, mereka dikategorikan sebagai Zina dan anak tersebut tidak boleh ber “bin” kan ayahnya.

 

Jadi sebagai kesimpulannya, disinilah terletaknya autoriti Undang Undang Keluarga Islam. Memang sukar untuk menempuh semua SOP pernikahan ini tetapi percayalah ini juga ada kebaikannya untuk diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita semuanya.

 

Nak poligami boleh biarlah berdaftar. Ini tak, pergi “ride” ke Hatyai sorang balik ada pembonceng.

Wallahu A’lam

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply