Ada pepatah menarik tentang anjing: a dog is a man’s best friend. Maksudnya, anjing adalah teman sejati manusia. Di sisi Islam, anjing diharamkan atas status ηαjis. Tetapi dua perkara penting kita kena faham: 1) Islam mengharamkan sebarang peηgαηiαyααη pada anjing dan 2) pepatah ini bukan berniat untuk menidakkan Islam.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Pepatah ini berasal daripada pengamatan sejarah. Anjing sentiasa menemani manusia ke mana-mana sahaja. Malah pengusaha kebun beragama Islam sendiri memelihara anjing untuk menjaga hasil. Siap bagi makan nasi lemak lagi. Ada anjing yang perangai bukan main mengada makan bahagian sambal sahaja.

Kalau tengok pada bukti arkeologi, anjing menjadi jinak lebih kurang 30,000 tahun yang lalu (Yong, 2016). Penemuan fosil senang cakap bersepah di Asia Timur, Eropah dan Timur Tengah. Tetapi saintis belum pasti macam mana proses penjinakan berlaku.

Contoh grey wolf

Yang mereka pasti, serigala kelabu (canis lupus) berpisah menjadi anjing melalui proses evolusi semulajadi. Cuma ada teori menyatakan sebenarnya kawanan serigala mengekori manusia, sekali gus menjalinkan hubungan yang bergantung pada migrasi manusia.

Kerumitan Di Sebalik Proses

Perkataan “penjinakan” memberi gambaran yang prosesnya mudah. Tanggapan sebegini sangat salah. Cuba fikir sejenak – macam mana serigala pra-anjing menjadi anjing macam Husky kemudian tiba-tiba serupa kena hempαp gajah sampai jadi Chihuahua.

Analisis DNA mendapati anjing Chihuahua terbentuk sekitar 4,500 tahun yang lalu, hasil daripada genetik anjing Eurasia (Leathlobhair, 2018).

Jadi sekarang semua boleh nampak bayangan. Evolusi anjing bukan satu jalan yang lurus. Prosesnya adalah seperti sebatang pokok bercambah-cambah dengan ratusan atau ribuan ranting. Dari ranting ke dahan. Dari dahan ke batang. Kena masuk dalam batang turun ke akar. Memang sangat rumit.

Walaupun saintis belum pasti, terdapat banyak teori yang bercerita pasal penjinakan anjing. Entahnya semua teori ini betul. Saintis bermula dengan seekor anjing di Jerman daripada zaman 14,200 tahun yang lalu. Kenapa anjing ini penting?

Kerana ia dikebυmikan, terbukti selepas saintis jumpa “barangan-barangan hadiah” sekali dengan rangka (Barras, 2018). Jadi anjing ini disayangi orang yang mengebυmikannya.

Tetapi ada satu perkara penting yang harus disentuh. 14,200 tahun yang lalu, dunia berada dalam Zaman Ais (Ice Age). Kehidupan semasa Zaman Ais sememangnya sukar, sekali gus membuatkan manusia terpaksa keluar mencari makanan dengan cara membυrυ.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Dan bukan senang untuk membυrυ secara bersendirian. Lagi susah kalau bawa orang kedua – kerana perlu berkongsi makanan pula.

Jadi manusia prasejarah membawa serigala pra-anjing sebagai peneman. Serigala bergantung pada daging putih seperti ayam hutan misalnya. Seekor sudah cukup selama beberapa hari. Manusia pula lain – mesti kena ada karbohidrat, kerana ayam hutan penuh dengan protein.

Daging putih

Sini kalian boleh nampak, kaedah pemakanan manusia dan serigala sebenarnya berbeza seolah-olah mereka tidak bertanding antara satu sama lain (Marshall, 2021).

Kerjasama dengan manusia sangat mustahil, jika serigala sudah dewasa. Satu-satunya cara adalah sejak serigala kecil lagi, barangkali serigala dijaga manusia sebelum buka mata lagi. Teori ini disahkan selepas saintis mengkaji konsep “arus genetik anjing-serigala” (Bergstrom, et al., 2020).

Konsep ini berlaku pada serigala-serigala di Lembah Syam, Zon Karelia, Tasik Baikal dan Amerika purba, sekurang-kurangnya sejak 10,900 tahun yang lalu.

Rumusan mudah di sini: manusia sudah tahu yang serigala boleh diharap. Sebab itu ada rangka serigala ditemui sejak 40,000 tahun yang lalu. Sejak hari itu, ilmu berkembang dengan perlahan… mengambil masa beralaf-alaf lamanya sebelum satu dunia tahu.

RUJUKAN:

Barras, C. (2018, Februari 8). Oldest dog burial suggests prehistoric humans loved dogs as pets. New Scientist.

Bergstrom, A., et al. (2020). Origins and genetic legacy of prehistoric dogs. Science. 370 (6516): 557-564.

Leathlobhair, M. (2018, Julai 6). The evolutionary history of dogs in the Americas. Science. 361 (6397): 81-85.

Marshall, M. (2021, Januari 7). Humans may have domesticated dogs by accident by sharing excess meat. New Scientist.

Yong, E. (2016, Jun 3). A new origin story for dogs. The Atlantic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply