Biasanya kita selalu mendengar cerita mitos tentang ma.yat yang tak diterima bumi, lebih-lebih lagi apabila berbicara tentang seorang tokoh kemerdekaan negara Turki yang popular itu. Tetapi sejarah menunjukkan bahawa masalah taphophobia, atau perasaan yang takut kepada suasana diku.burkan hidup-hidup yang dialami seseorang sebenarnya lebih membawa manfaat walaupun rasa ketakutan itu juga berpunca dari satu imaginasi hinggalah kejadian yang sebenar.
Seawal abad ke-14, terdapat kisah tentang orang-orang tertentu yang diku.burkan ketika masih hidup kerana disangkakan telah meninggal dunia. Terdapat satu kisah (sumbernya tidak jelas) di mana ketika ku.burnya dibuka, ma.yat ahli falsafah John Duns Scotus dari Abad Pertengahan Tinggi dilaporkan berada di luar kerandanya dengan tangannya berada dalam posisi mencakar dalam cara yang menunjukkan bahawa dia pernah cuba membebaskan dirinya.
Pada abad ke-17 di England, satu dokumentasi dibuat tentang seorang wanita bernama Alice Blunden yang dikeb.umikan hidup-hidup. Dipendekkan cerita, dia sebenarnya pen.gsan setelah tersedut teh bunga po.pi dalam kandungan tinggi tetapi doktor yang memeriksanya telah mengisytiharkan kema.t.iannya. (teh yang terbuat dari biji biji kering dan tidak dicuci akan mengandungi mo.rf.in dan k.odein, yang merupakan ubat pelali.)
Jadi, keluarganya segera mengatur urusan pengeb.umiannya, tetapi dua hari selepas dia diku.burkan di dalam tanah, kanak-kanak yang sedang bermain berhampiran ku.burnya terdengar suara jeritan. Guru sekolah mereka pergi untuk memeriksa ku.bur itu dan mendapati bahawa Blunden masih lagi hidup, tetapi usaha menyelamatkannya perlu memakan masa lebih satu hari lagi untuk menggali.
Blunden hampir ma.ti dan tidak sedarkan diri semula hingga dia dikembalikan ke ku.burnya semula, mengingatkan peristiwa sebelum itu (Blunden menjerit di dalam ku.bur), atas dasar kemungkinan ia terjadi sekali lagi, seorang pengawal ditempatkan untuk berjaga sebelum meninggalkan posnya. Keesokan paginya, dia ditemui benar-benar ma.ti, tetapi hanya setelah bergelut untuk membebaskan dirinya sekali lagi.
Ini menunjukkan kemajuan perubatan moden sama sekali tidak menghalang kisah diku.burkan hidup-hidup turut berlaku pada zaman moden.
Seorang wanita bernama Fagilyu Mukhametzyanov dari Kazan di Rusia rebah di dalam rumahnya berikutan se.rang.an jantung pada tahun 2011, kemudian dia diisytiharkan telah meninggal dunia.
Beberapa hari kemudian, semasa dia terbaring di dalam keranda di hari pengeb.umiannya sendiri, dia tiba-tiba bangun dan melihat ada orang ramai di sekelilingnya sedang bersedih dan berdoa untuknya, terkejut dengan apa yang terjadi, dia mula berteriak sebelum dikejarkan kembali ke hospital.
Fagilyu telah hidup selama 12 minit tambahan melalui rawatan intensif sebelum mat.i sekali lagi tetapi untuk selama-lamanya. Punca kemat.ian? Kegagalan jantung akibat terkejut apabila mendapati orang sedang berkabung untuknya.
Walter Williams dari Mississippi diisytiharkan meninggal dunia pada 26 Februari 2014. Seperti yang dilaporkan oleh CNN, dokumen yang diperlukan telah disiapkan, jen.aza.hnya dimasukkan ke dalam beg maya.t, dan dibawa ke bilik pengurusan ma.yat. Apabila dibawa ke bilik pengurusan, kakinya mula bergerak. Kemudian, kakitangan ko.roner menyedari dia bernafas perlahan-lahan.
Williams masih hidup. Namun, ternyata Tuhan telah menangguhkan kemat.iannya untuk jangka waktu yang singkat sahaja. Sekitar dua minggu lebih kemudian, dia akhirnya benar-benar meninggal dunia.
Pada abad ke-19, seorang penulis dan pengkritik sastera bernama Edgar Allen Poe memanfaatkan ketakutan manusia dalam karyanya, dan rasa ketakutan diku.burkan hidup-hidup adalah salah satu darinya. Dalam “Premature Buri.al”, sebuah cerpen yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1844, pencerita menggambarkan perjuangannya menghadapi perkara-perkara seperti “sera.ngan gang.guan tunggal yang telah dipersetujui oleh doktor untuk disebut sebagai katalepsi,”
Ia merupakan satu keadaan sebenar dalam perubatan yang dicirikan oleh keadaan seperti mengalami rasa kemat.ian pada badan yang menyebabkan adakalanya berlaku kesilapan diagnosis terhadap status kema.ti.an seseorang.
Cerita ini memfokuskan kepada ketakutan pencerita akan dikebu.mikan hidup-hidup dan tindakan yang dilakukannya untuk mencegahnya. Dia meminta rakan-rakannya berjanji agar mereka tidak akan mengu.burkan dia sebelum benar-benar disahkan m.ati, ku.bur harus berada di dalam kawasan rumahnya, dan ku.burnya harus dilengkapi dengan sejenis peralatan khas yang membolehkan dia memberi isyarat meminta pertolongan sekiranya dia tanpa sengaja telah dikeb.umikan hidup-hidup.
Poe menerangkan bagaimana pencerita membayangkan rekaan model ku.bur:
“Tekanan sekecil apa pun pada tuas panjang yang memanjang jauh ke dalam ku.bur akan menyebabkan portal besi terbang kembali. Terdapat akses bebas untuk ruang udara dan cahaya, dan ruang yang boleh menempatkan makanan dan air dengan mudah, dalam jarak yang boleh mencapai keranda yang dikhaskan untuk pengeb.umian saya. Keranda ini dilapisi dengan kain empuk dan lembut, dan dilengkapi dengan penutup berdasarkan prinsip pintu peti besi, dengan spring tambahan yang dibuat untuk pergerakan tubuh yang sekurang-kurangnya cukup untuk bergerak secara bebas. Selain semua ini, ada tiang kecil ditempatkan di atas ku.bur yang digantung padanya sebuah loceng besar diikat dengan tali yang disambungkan dari tiang ke dalam ku.bur melalui lubang di keranda, dan akan diikat pada salah satu jari saya.”
Langkah Berjaga-jaga Untuk Orang Yang Dianggap Telah “M.ati”
Tidak pasti adakah Poe telah memberikan ilham untuk inovasi atau adakah dia hanya memanfaatkan ketakutan pada masa itu untuk karyanya, tetapi rasa ketakutan ini menghasilkan penemuan salah satu inovasi yang menyera.mkan, iaitu loceng penggera keranda. Terdapat beberapa penemuan pada abad ke-19, yang boleh membantu seseorang yang dikub.urkan hidup-hidup untuk melepaskan diri, bernafas dan memberikan isyarat untuk meminta pertolongan.
Maklumat-maklumat berikut adalah data yang diperoleh dari Pejabat Hakcipta dan Paten Amerika Syarikat.
Paten No. 81,437 diberikan kepada Franz Vester pada 25 Ogos 1868 untuk “Peningkatan Kes Pengeb.umian”
Ku.bur dilengkapi dengan sejumlah ciri-ciri khas termasuklah akses saluran udara (F), tangga (H) dan loceng (I) agar jika seseorang yang bangun dari ‘tidur’ dapat menyelamatkan dirinya sendiri. Jika terlalu lemah untuk menaiki tangga, dia boleh membunyikan loceng penggera dan memberikan isyarat yang bermaksud untuk meminta pertolongan, dan dengan demikian boleh menyelamatkan dirinya dari ma.ut sebelum aja.l kerana dikub.urkan hidup-hidup. Begitulah jika diringkaskan deskripsi paten ini.
Paten No. 268,693 diberikan pada 5 Disember 1882 kepada John Krichbaum untuk “Peranti untuk Menunjukkan Orang yang Diku.burkan Bernyawa”
Peranti ini mempunyai kedua-dua cara untuk menunjukkan pergerakan dan juga cara untuk memasukkan udara segar ke dalam keranda. Pendedahan paten menyatakan bahawa “Akan terlihat jika orang yang dikeb.umikan masih hidup, tangannya akan bergerak memutar paip bercabang (B) yang ditempatkan di atas atau dekat tangannya.” Skala yang ditanda di sisi atas (E) menunjukkan pergerakan (T), dan udara akan turun secara pasif melalui paip. Setelah masa yang mencukupi telah berlalu untuk mengesahkan bahawa orang itu benar-benar telah m.ati, peranti tersebut boleh dikeluarkan.
Paten No. 329,495 diberikan pada 3 November 1885 kepada Charles Sieler dan Fredrerick Borntraeger untuk “Peti Pengeb.umian”
Penemuan ini memberikan penambahbaikan komponen penting untuk penemuan kes sebelumnya. Dalam kes ini, gerakan badan akan memicu roda kipas yang digerakkan mengikut arah jam (Rajah 6), ia akan memaksa udara segar masuk ke dalam keranda dan bukannya melalui paip udara pasif. Peranti ini juga dilengkapi penggera berkuasa bateri (M). Menurut paten ini, “Apabila tangan digerakkan, bahagian wayar yang terdedah akan bersentuhan dengan badan, melengkapkan sambungan litar antara penggera dan tanah ke badan di dalam keranda,” penggera akan berbunyi.
Terdapat juga batang berspring (I) yang akan menaikkan bulu atau isyarat lain. Selain itu, tiub (E) diposisikan di atas permukaan wajah orang yang diku.burkan agar lampu dapat dimasukkan ke dalam tiub dan seseorang yang menjenguk ke bawah tiub boleh melihat wajah ma.y.at di dalam keranda.
Penemuan Yang Memberi Keselesaan kepada Orang Hidup
Oleh kerana teknokogi perubatan telah berkembang maju, maka teknologi kini sudah boleh mengesahkan dengan hampir tepat status kem.at.ian seseorang. Doktor boleh menghubungkan badan dengan mesin yang memerhatikan kadar degupan jantung, gelombang otak dan pernafasan.
Tetapi walaupun penggunaan loceng penggera keranda sudah lama berlalu, terdapat beberapa inovasi pada abad ke-21 yang agak menarik berkaitan dengan ku.bur, tetapi ia lebih berbentuk menjaga keselamatan ku.bur agar tidak merunsingkan kepala orang yang masih hidup.
Paten No. 7,765,656 diberikan pada 3 Ogos 2010 kepada Jeff Dannenberg untuk “Alat Komunikasi Audio Pasca Pengeban dalam Keranda”
Dalam kes ini, keranda memiliki sistem pesanan audio (20) yang mengandungi fail-fail audio dan muzik yang dimainkan secara automatik mengikut jadual yang diprogramkan, sehingga memungkinkan orang hidup ‘boleh berkomunikasi’ dengan si m.at.i. Sistem ini juga boleh mengemas kini fail yang dirakam secara tanpa wayar, memberikan anggota keluarga yang masih hidup kemampuan untuk mengemas kini, menyemak dan menyunting fail audio tersimpan yang diprogramkan setelah pengeb.uman.
Paten No. 9,226,059 diberikan pada 29 Disember 2015 kepada John Knight untuk “Sistem Muzik Keabadian”
Sistem ini terdiri daripada pemain muzik digital bertenaga solar, yang membolehkan orang yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia dihiburkan dengan muzik atau pesanan yang dirakam. Terdapat pembesar suara di dalam keranda dan lubang kabel ‘earphone’ pada batu nisan.
Paten No. 5,353,609 diberikan pada 11 Oktober 1994 kepada Ruby Hall untuk “Alat Penjaga Perhiasan Keranda”
R.omp.akan ku.bur diakui sebagai salah satu masalah pada Zaman Dinasti Awal di Mesir (sekitar 3150 – sekitar tahun 2613 SM), lalu mendorong langkah-langkah untuk melindungi jen.aza.h dan barang-barang berharga mereka mula diambil sejak zaman pemerintahan para Firaun di Mesir. Sebilangan besar ku.bur ini akan dilengkapi dengan alat pencegah dan kawalan keselamatan.
Walau bagaimanapun, penemuan yang dipatenkan pada tahun 1994 ini adalah tahap terkini dalam melindungi barang berharga si m.at.i. Alat itu melekatkan perhiasan yang dipakai si m.at.i ke sistem penggera yang juga dipasang pada keranda.
Sesiapa saja pastinya akan merasa takut jika tinggal keseorangan di dalam liang lah.ad yang sempit, gelap dan sunyi, dalam keadaan hidup-hidup, apatah lagi jika sudah m.at.i. Tetapi penulis tertanya-tanya, jika sebegitu rupa tahapnya rasa ketakutan diku.burkan hidup-hidup, apa agaknya watak di dalam karya cerpen Poe di atas fikirkan tentang alam selepas kema.t.ian?
Walau bagaimanapun sebagai orang Islam, kita haruslah merasa redha bahawa hakikatnya nanti kita semua akan kembali ke alam yang kekal abadi dan tanah ku.bur itulah akan menjadi rumah terakhir jas.ad kita nanti, sama ada ia akan menjadi luas, terang, selesa, dan dingin, atau gelap, sempit lagi sunyi dan mena.kutkan, semuanya bergantung kepada amalan kita semasa hidup di atas dunia ini.
RUJUKAN:
Tarazano, Lawrence. (2018). U.S. Patent and Trademark Office.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih