Rakyat Malaysia seluruhnya mengetahui akan keberadaan sejenis buah dari kalangan buah-buahan tempatan yang berada nun jauh di utara. Harumanis acapkali diperbahaskan akan kepentingan hak bagi sesuatu komuniti. Namun mengapa kita selalu mencari perbandingan sedangkan persamaannya begitu manis untuk dikongsi bersama?
Seringkali para pembeli bertanya-tanya mengapa harga sekilo harumanis dari negeri Perlis Indera Kayangan ini begitu tinggi menggunung? Julat harga yang pernah berlaku di pasaran adalah sekitar RM18 hingga RM30 sekilo, malah mungkin lebih tinggi lagi.
Pun begitu, andai kita membedah kosnya satu per satu secara kasar, dalam usaha mendapatkan hasil buah yang optimum memerlukan kos yang agak tinggi. Kos diesel untuk mesin memotong rumput, kos untuk bahan-bahan seperti vitamin tumbuhan, baja, racun organik serta kos-kos asing seperti membina perparitan di ladang berada dalam lingkungan kepenggunaan setelah hasil jualan dituai.
Sungguhpun begitu, hasil dituai juga adalah rezeki. Amat wajar andai rezeki dikongsi bersama dan tidak menghalang yang lain untuk saling memiliki.
Jadi, bagaimanakah strategi pembelian harumanis pada harga berpatutan?
Pertama, elakkan membeli harumanis dengan orang tengah yang tidak kita kenali. Ramai pembeli yang mendapatkan harumanis menerusi orang tengah yang meletakkan cas upah yang tinggi. Contohnya dalam membeli tiga kilo harumanis pada harga RM20/kilo dan diletakkan cas RM10, nilai keseluruhan sudah mencecah RM70 berbanding hanya RM60 seandainya membeli secara terus dengan penjual, tidak termasuk kos penghantaran.
Kedua, pastikan pusat jualan yang betul seandainya membeli harumanis di negeri Perlis. Pusat jualan harumanis yang sebenar akan memberitahu anda bagaimanakah bentuk bucu buah yang hanya ada pada harumanis, umur buah yang dituai serta perbezaannya dengan buah-buah mangga yang lain. Ingat! Jangan ditipu oleh peniaga yang menyatakan itu adalah harumanis tetapi yang dijual hanyalah cakonan, sala mahupun nam dot mai.
Begitulah hendaknya bagaimana cara dalam mendapatkan harumanis yang harum, manis dan berbaloi dengan apa yang kita bayarkan. Sentiasalah menyokong industri buah-buahan seperti harumanis di Perlis khususnya dan buah-buahan tempatan seluruh Malaysia amnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat sebagai rujukan kita bersama. InsyaAllah.
Fahim Mohd,
Pewaris Ladang Harumanis di Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri, Perlis.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih