Apabila melihat konflik berdarah di Gaza dan Tebing Barat, terus teringatkan tragedi Pulau Melos semasa Perang Peloponnesian. Kadang-kadang bila orang tanya: “Mengapa tidak Palestin menyerah kalah sahaja?”

Jawapannya, Gaza bagai senasib dengan Melos.

“Yang kuat akan berbuat sekehendaknya dan yang lemah harus menderita”, inilah kata-kata Thucydides, sejarawan Greek dalam menggambarkan Pengepungan Melos menurut Catatan Sejarah Perang Peloponnesian. Ia turut relevan untuk situasi Palestin yang dijarah Israel tanpa simpati.

Apa situasi pulau Melos?

Semasa meletusnya Perang Peloponnesian (431–404 SM) yang melibatkan kerajaan Athens dengan Sparta, penguasa pulau Melos mengambil sikap berkecuali. Malangnya, sikap tidak berpihak ini belum memadai untuk memuaskan hati Athens. Pulau-pulau di laut Aegan hampir semua menjadi jajahan Athens, kecuali pulau Melos.

Pada 416 M, ketumbukan tentera Athens tiba ke pulau Melos. Walaupun Melos terang-terang taknak terlibat dengan perang, Athens masih mendesak. Athens masih nak cari gaduh sedangkan tahun itu merupakan tempoh gencatan senjata dengan Sparta. Melos diarah untuk membayar sekitar 390 kg syiling perak kepada Athens. Melos enggan.

Pengepungan pulau Melos bermula pada musim panas. Athens menghantar 3,400 yang melibatkan 1,600 pahlawan, 300 pemanah dan 20 pemanah berkuda bersama-sama dengan 1,500 pahlawan berperisai dari kota Liga Delian. Sebanyak 38 kapal perang mengepung pulau Melos.

Jeneral Cleomedes and Tisias menghantar wakil untuk memaksa penguasa Melos agar menyerah kalah. Mereka menyuruh Melos agar menyertai Liga Delian dan membayar ufti kepada Athens. Kalau tidak, bersedialah dengan kehancuran! Penguasa Melos masih berdegil dan perang pun pecah.

Dipendekkan cerita, penguasa Melos terpaksa mengakui kekalahan dan mengibarkan bendera putih pada musim sejuk. Tapi, mengaku kalah bukan lagi suatu pilihan! Bala tentera Athens membunuh semua orang laki-laki, menangkap semua orang perempuan dan memperhambakan semua kanak-kanak. Pulau Melos menjadi padang jarak padang tekukur.

Apa kaitan dengan Palestin?

Kata-kata Thucydides, “the strong do what they can and the weak suffer what they must”, boleh menggambar perangai Israel Defense Forces (IDF) yang bermaharajalela di Palestin. Mereka mengabaikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa (UUKA) dari Konvensyen Geneva 1949 dan bebas melakukan apa sahaja. Itulah resmi pihak yang kuat membuli pihak yang lemah.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply