Bukit Fraser merupakan antara kawasan peranginan tanah tinggi di Malaysia sama seperti Cameron Highland dan Genting Highland. Berbanding Cameron dan Genting Highland yang memang dimajukan sebab nak buat kawasan peranginan dan perlancongan, Bukit Fraser ni asalnya tempat melombong timah.

Orang yang teroka Bukit Fraser ni bernama Louis James Fraser. Bukit Fraser ni pada mulanya ditemui oleh H. N. Riddle, tapi yang namakan bukit tu ialah Fraser sendiri sekitar tahun 1890-an.

Fraser ni berasal dari Scotland. Awalnya, Fraser cuba buat projek bisnes perlombongan emas di Australia, tapi gagal. Jadi, beliau beralih ke Semenanjung Malaya untuk buka bisnes perlombongan di situ. Masa ni lah beliau jumpa Bukit Fraser yang kaya dengan bijih timah. Jadi, beliau pun buka lombong pertama beliau di Tras dan teroka kawasan lain disitu kalau ada bijih logam yang lain. Lama kelamaan, orang mula buka penempatan di situ dan industri timah milik Fraser mula membuahkan hasil.

Tapi, benda ni tak lama. Bijih timah di situ tak banyak dan lama lama industri timah Bukit Fraser mula merosot dan akhirnya bungkus pada tahun 1913. Fraser sendiri dilaporkan hilang pada tahun 1910. Waktu hilang ni, ada biskop Singapura, C. J. Ferguson-Davie cuba cari Fraser pada tahun 1917.

Ferguson-Davie tak jumpa Fraser, tapi dia perasan Bukit Fraser yang dia pergi tu sesuai untuk dibuat kawasan peranginan sebab situ sejuk. Jadi, dia pun tulis surat kepada pegawai British di situ untuk dibuat kawasan peranginan, dan jadilah Bukit Fraser yang kita kenal sekarang.

Fraser ni hilang sebab dikatakan orang bunian culik dia. Walaupun nampak pelik, tapi kalau kita ingat kes kes kehilangan di kawasan tanah tinggi yang lain macam Cameron Highland, benda ni tak pelik. Kadang kadang ada je kes orang hilang dekat situ sebab diorang termasuk alam bunian. Walau bagaimanapun, menurut kajian R. Hale pada tahun 2019, Fraser ni tak hilang pun. Masa Fraser hilang tu, beliau sebenarnya tengah balik kampung dia dekat Britain, dan kemudiannya meninggal semasa bercuti di Austria-Hungary. Jadi benda tu urban legend sahaja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply