Jujurnya malas jugalah untuk bercerita pasal duyung. Asyik-asyik pasal Amber Heard saja. Bosan pun ada. Tetapi apakan daya – saintis buat penemuan menarik di Greece. Dan kena pula dengan hal duyung.

Tanpa merepek panjang, kita buka langkah terus ke bandar Kozani yang terletak di utara Greece. Kozani terletak di antara dua jalan utama yang menghala keluar negara. Satu jalan ke Albania. Satu lagi ke North Macedonia. Jaraknya ke pantai pula ada lah dalam 100 kilometer.

Cakap macam ini memang tidak nampak sangatlah apa kena mengena dengan duyung. Kena ulas lebih lanjut kerana di sinilah saintis menemui rangka seorang wanita daripada zaman barangkali pra-Nabi Isa (as). Anggaran saintis adalah dalam lingkungan 100 S.M. hingga 1 S.M. Mudah kata 2,000 tahun yang lalu.

Rangka ini tersemadi elok dalam sebuah liang lahad yang ada binaan gangsa mirip katil (Jarus, 2022). Pada katil ini pula terpahat symbol Apollo iaitu burung membawa ular. Selepas meneliti, saintis perasan sisa-sisa kayu pada katil ini. Bermakna ada barangan berkayu, mungkin keranda barangkali – tetapi sudah reput.

Rekaan ini nampak macam kayu. Sebenarnya ia gangsa.
(Kredit Gambar: Areti Chondrogianni-Metoki)

Wanita tersebut dihias dengan emas rekabentuk daun di bahagian kepala. Tangan pula ada benang diperbuat daripada emas. Dan yang paling ketara, ada barangan perhiasan seperti kerongsang. Barangan perhiasan inilah yang dikatakan duyung.

Duit syiling berwajah duyung. (Kredit Gambar: Areti Chondrogianni-Metoki)

Hampir semua berbentuk duyung.

Rangka Yang Bercerita Tentang Masa

Sejarah Greece sebenarnya rumit untuk disingkap sekilas pandang. Banyak tamadun bertapak di sini. Banyak bangsa menguasai bumi ini. Tempoh Yunani Kuno berakhir memberi laluan kepada Zaman Hellenistik, iaitu selepas kemangkatan Alexander the Great pada tahun 323 S.M. Zaman Hellenistik pula berakhir memberi laluan kepada kebangkitan Rom. Tamadun Rom pula berpucuk daripada sebuah kerajaan monarki yang tumbang menjadi republik. Ikut dapatan saintis, wanita tersebut hidup pada zaman penghujung Republik Rom.

Rangka wanita terbabit. (Kredit: Areti Chondrogianni-Metoki)

Buat masa ini saintis sedang mengkaji rangka ini untuk mengenal pasti tahap kesihatan dan usia wanita tersebut pada ambang kematian. Mungkin dari situ, mereka boleh tahu punca kematian. Walaupun mati itu sememangnya pasti, punca kematian boleh menunjukkan satu sisi yang tiada dalam buku. Misal kata berlaku satu peperangan semasa zaman wanita tersebut. Andai kata bukti cukup, kita boleh dapat perspektif baharu menandakan inilah mangsa peperangan tersebut.

Perspektif ini membuka dimensi perbincangan yang jauh lebih mendalam. Kerana tahap kesihatannya akan tunjuk – wanita ini lapar atau sentiasa kenyang? Rangka ini ada kesan kecederaan tidak? Kalau ada kesan, tajam (pedang) atau tumpul (tukul)? Banyak manfaatnya.

Tentang Wanita Tersebut

Keluarga susah zaman dulu dengan sekarang jauh berbeza. Keluarga susah sekarang memang ramai yang dihimpit kesusahan. Tetapi ada yang selamba renovate rumah flat sampai boleh jadi lima bilik pakej dapur basah kering. Keluarga susah terdahulu akan menjadi “askar” pemimpin dalam catur kuasa (Garland, 2021).

Mereka akan tumbang dulu. Kalau tidak jadi askar, kena jadi petani. Andai musuh datang. Habis semua dibakar dan anak isteri dibawa lari. Ikut pada kriteria pengebumian, saintis yakin wanita ini bukan daripada keluarga susah. Warga miskin takkan mampu mengebumikan ahli keluarga sebegitu rupa.

Pada zaman itu, Kozani adalah sebuah bandar penting yang digelar Mavropigi. Di sini ada kuil khas untuk Apollo. Maka dari sini saintis berteori sama ada wanita ini bangsawan diraja atau biarawati kuil yang sangat penting. Tidak banyak yang diketahui tentang Kozani pada masa itu. Dalam lembaran sejarah ada jurang (gap) antara Zaman Hellenistik hingga Zaman Uthmaniyah. Maka wanita ini mungkin satu hari nanti boleh bercerita macam-macam walau tidak bernyawa.

RUJUKAN:

Garland, R. (2021, Januari 22). The Life of a Poor Man in Ancient Rome. Wondrium Daily.

Jarus, O. (2022, Jun 4). 2,100-year-old burial of woman lying on bronze ‘mermaid bed’ unearthed in Greece. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply