Kalau pasal manusia prasejarah, mesti ada yang terus salah faham tentang teori evolusi bagai. Umumnya, orang kita seolah-olah tutup telinga habis kerana sangka sains menafikan kewujudan Adam as.

Penjelasan di sini sangat mudah: sains tidak pernah menafikan kewujudan baginda. Sebaliknya sains tidak dapat mengulas kerana rangka suci baginda tidak pernah (atau takkan mungkin) ditemui.

Saintis menyibukkan diri dalam usaha penggalian yang mendedah banyak prasejarah menarik tentang asal-usul manusia.

Salah satu perkara menarik ditemui di China.

Kekayaan Bumi Prasejarah

Orang sekarang selalu membayang manusia prasejarah macam beruk. Sebab ramai termakan habis kononnya Charles Darwin cakap manusia berevolusi daripada beruk (beliau tidak pernah cakap). Untuk memahami kehidupan prasejarah, kena buka minda sikit dan ketepikan habis pemahaman pasal beruk.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Manusia prasejarah sebenarnya berbudaya. Cuma bukti budaya mereka belum ditemui habis. Teknologi arkeologi sejak kebelakangan ini semakin maju, membolehkan kita faham pasal budaya prasejarah. Hasil kerjasama antara saintis China dan Jerman, hari ini kita belajar satu benda baharu pasal budaya prasejarah.

Lama kumpulan ini mengkaji di Lembangan Nihewan… atau lebih dikenali sebagai “Xiaochangliang”. Bagi yang mengikuti arkeologi China, mereka akan tahu Xiaochangliang merupakan kawasan paling penting dalam dunia prasejarah.

Lembangan Nihewan

Di sinilah saintis jumpa peralatan batu yang berusia 1.36 juta tahun (Yang, et al., 2016). Dalam kawasan Xiaochangliang, saintis jumpa 40 tapak yang mempunyai peralatan sejuta tahun.

Bayangkan Xiaochangliang macam negeri. 40 tapak ini merupakan daerah. Mudah untuk faham.

Imbangan Penjαjαhan Pra-Tamadun

Salah sebuah “daerah” adalah Xiamabei. Di sini saintis terjumpa banyak unsur kebudayaan, seperti alat, cat dan lukisan serba unik. Apabila dibandingkan dengan penemuan tempat lain, saintis perasan ketara juga perbezaannya. Seolah-olah penemuan Xiamabei ada identiti tersendiri.

Sebelum ulas panjang pasal identiti, kita tengok dulu ciri-ciri unsur budaya ini. Pada zaman prasejarah dulu, manusia terbukti menggunakan ochre iaitu campuran tanah liat dan pasir.

Warna ochre boleh kata antara jingga dan merah-merahan, terbukti digunakan di Afrika dan Eropah sekurang-kurangnya 300,000 tahun yang lalu. Penemuan ochre paling tua di sebelah Asia pula baru dalam lingkungan 40,000 tahun sahaja (Lanese, 2022).

Ochre disapu pada muka.

Dan ochre di Xiamabei ditemui dalam bentuk serbuk. Maksudnya, manusia prasejarah berjaya menukar ochre mentah (daripada tanah) ke ochre proses (bentuk serbuk).

Selain daripada inovasi rumit ini, saintis juga jumpa alat-alat batu yang berfungsi macam pisαυ. Kalau ochre yang mudah boleh diproses begitu rumit, alat-alat ini lagilah. Ada bukti yang pemegang pisαυ diukir betul-betul kemas untuk memudahkan kerja.

Penemuan sebegini membuktikan jurang inovasi dalam “evolusi teknologi”. Analoginya, macam syarikat Apple tiba-tiba buka kilang di tengah-tengah hutan Amazon. Dan semua suku dalam hutan tersebut ibaratkan jadi ketinggalan zaman. Sekadar analogi sajalah.

Apabila saintis mengesahkan unsur budaya beridentiti ini, mereka pula tengok “jenis manusia” yang hidup di kawasan tersebut. Semasa zaman prasejarah, manusia sebenarnya berjenis-jenis seperti Homo sapiens, Homo habilis, Homo neanderthalis dan sebagainya.

Amalan ochre zaman sekarang.

Tengok punya tengok, akhirnya memang sah: manusia prasejarah Xiamabei adalah H. sapiens.

Penemuan ini bantu saintis memahami tentang macam mana manusia hidup di persekitaran lebih sejuk. Budaya manusia prasejarah itu sendiri resap masuk dalam kehidupan sosial dan amalan ekonomi sampai mereka boleh menyesuaikan diri ikut musim (Wang, et al., 2022).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Mereka berjaya dimana manusia prasejarah sebelum mereka gagal. Jadi di sini saintis menubuhkan suatu teori kukuh. Bahawasanya H. sapiens datang untuk mengambil alih kawasan kerana mampu hidup.

Mungkin sebab itu juga, H. sapiens bangkit menjadi kuasa dominan di China bermula 40,000 tahun yang lalu (betul-betul dominan sekitar 29,000 tahun yang lalu).

RUJUKAN:

Lanese, N. (2022, Mac 3). Traces of an Ancient Human Culture From 40,000 Years Ago Unearthed in China. Live Science.

Wang, F., et al. (2022). Innovative ochre processing and tool use in China 40,000 years ago. Nature.

Yang, S., et al. (2016). The Lithic Assemblages of Xiaochangliang, Nihewan Basin: Implications for Early Pleistocene Hominin Behavior in North China. PLOS One.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply