Orang Norse atau Norsemen ialah kaum Jerman yang menetap di utara Eropah seperti Scandinavia dan utara Jerman. Pada abad ke-8 Masihi, kaum ini mencapai fasa kegemilangan saat mereka mula berlayar ke seluruh Eropah, menggelarkan diri dengan nama Viking, kemudian menjadi prnakluk yang digeruni oleh kaum-kaum Eropah lain.

Menurut kajian terkini, orang Viking semasa dalam fasa kegemilangan, mereka pernah berdagang dengan pedagang-pedagang di luar Eropah Timur seperti pedagang Slav dari kerajaan Kievan’ Rus dan pedagang Arab muslim dari kerajaan Bani Umayyah. Sejak Eropah masuk fasa pertengahan selepas runtuhnya Empayar Rom, tidak ada hubungan dagangan secara lansung dengan pedagang luar Eropah selain kerajaan Byzantine.

Tapi korang tahu tak yang saintis baru-baru ini menemui kapal karam milik orang Norse pada abad ke-15 Masihi danmkapal tersebut mempunyai 3,000 jenis rempah-ratus dari Asia Tenggara? Jika benar rempah-ratus ini dibawa oleh kapal orang Norse, adakah mereka pernah berhubung dengan pedagang dari sana, atau terus berhubung dengan Alam Melayu?

Raja Hans, raja yang memerintah kerajaan Denmark pada tahun 1481 hingga 1513. Kapal yang penuh dengan rempah ratus tersebut adalah milik raja Denmark ini. (Sumber: Wikimedia)

Kapal karam itu sebenarnya kapal diraja bernama Gribshunden, milik raja Denmark bernama Raja Hans. Kapal ini berlayar ke Sweden pada tahun 1498 untuk bertemu dengan bekas pemerintah Sweden bernama Sten Sture the Elder. Tujuan sebenar Raja Hans ke sana ialah bagi mencuba nasib untuk mencalonkan dirinya sebagai raja Sweden baru selepas majlis kabinet Sweden menolak Sten Sture sebagai pemerintah baru.

Tapi, malang tak berbau, Gribshunden telah diletupkan dan karam di Laut Baltik semasa perlayaran dari kota Copenhaden ke Kalmar. Kapal karam itu kemudian ditemui oleh penyelam pada tahun 1970-an namun diabaikan sehinggalah pada tahun 2000. Barulah ahli arkeologi tempatan mengeluarkan ukiran kayu berupa kepala naga, satu-satunya serpihan badan kapal yang dalam keadaan baik.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kajian ke atas kapal berusia lebih 500 tahun ini diketuai oleh dua orang ahli arekologi bernama Mikael Larsson dan Brendan Foley dari Lund University, Sweden. Mereka berdua melaporkan bahawa kumpulan penyelidikan ini menemui 3,000 jenis rempah-ratus seperti lada hitam, bunga cengkih, buah pala, mustard, daun adas, kacang almond, halia, dan bunga saffron. Mereka juga menemui bahan makanan lain seperti beri hitam kering, raspberi, anggur, dan biji pokok rami.

Saffron (dua gambar atas), lada hitam, dan kacang almond ini adalah antara rempah ratus yang ditemui di dalam kapal Gribshunden. (Sumber: Ancient Origins)

Selain rempah-ratus, senjata seperti senjata api dan crossbow juga ditemui dalam kapal Gribshunden sepanjang 35 meter ini. Yang menariknya, dalam kapal ini terdapat rangka ikan sturgeon Atlantik gergasi yang panjangnya 2 meter. Ternyata kapal Gribshunden ini ialah kapal yang membawa barang yang bernilai pada waktu ini, dijadikan sebagai hadiah kepada Sten.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Dengan kehadiran rempah-ratus dalam kapal Raja Hans ini, kita mengetahui bahawa bahan tersebut sangat bernilai mengalahkan emas bagi orang Eropah Utara pada fasa pertengahan. Malah, sesiapa yang memiliki rempah-ratus dianggap sebagai orang kaya. Golongan aristokrat juga tidak terkecuali wajib memiliki rempah-ratus ini. Jadi, Raja Hans ketika itu sangat kaya sampai mampu hadiahkan sebuah kapal penuh dengan rempah-ratus kepada bekas raja Sweden.

Kayu ukiran kepala naga ini satu-satunya bahagian badan kapal Gribshunden yang masih utuh dari dasar laut. (Sumber: Ancient Origins)

Namun, kehadiran bunga cengkih dan buah pala membuatkan kita tertanya-tanya. Raja Hans mungkin mendapatkan kedua-dua rempah ini dari hubungan perdagangan dengan pedagang-pedagang Asia yang mendagangkan rempah ini seperti India dan China. Mungkin juga pedagang dari Denmark berlayar terus ke Alam Melayu, terutamanya Kepulauan Maluku kerana mengetahui Maluku ialah pusat penanaman bunga cengkih dan buah pala.

Andaian kedua ini nampak mustahil kerana tiada catatan terus dari pedagang Eropah, Hanya andaian pertama saja nampak logik. Apa-apa pun, para saintis masih mengkaji ke atas Gribshunden bagi mencari sebarang bukti bagi memahami sepenuhnya kapal milik Raja Hans ini.

______

Kami sediakan buku-buku menarik jika korang nak beli selain KITAB TAMADUN YAHUDI dan DUNIA TANPA TEMBOK COVER BARU. Korang boleh beli di sini untuk dapatkan diskaun-diskaun buku yang menarik: https://bit.ly/bukupatriots

 

RUJUKAN:

Joanna, Gillan. 11 February 2023. Tasty Treasures: 3,000 Plants, Spices, and Fruits Found on 15th Century Norse Shipwreck. Ancient Origins.

Warming, Rolf (1 July 2015). “Gribshunden: Significance and Preliminary Investigations”. Combat Archaeology.

Mikael, Larsson; Brendan, Foley. 26 January 2023. The king’s spice cabinet–Plant remains from Gribshunden, a 15th century royal shipwreck in the Baltic Sea. Plos One.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply