Terungkai sebuah lagi sejarah negara Malaysia apabila kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) menemukan binaan candi, 2 buah arca Buddha separa lengkap dan prasasti di Tapak Arkeologi Bukit Choras.
Projek ekskavasi ni diketuai oleh Pensyarah Kanan PPAG USM, Dr. Nasha Rodziadi Khaw. Menurut beliau, Candi Bukit Choras ni istimewa sebab ia satu-satunya tapak yang terletak di luar kawasan Sungai Merbok dan Sungai Muda, Lembah Bujang yang terkenal dengan tamadun Kedah Tua.
Mari kita lihat apa yang ditemui disana dengan lebih mendalam.
Binaan separuh candi ni dianggar berukuran 9 meter panjang dan 9 meter lebar.
Apa yang lagi unik, bentuk candi ni masih terpelihara mengikut kedudukan dinding barat, utara dan selatan struktur yang berada dalam keadaan asal.
Di bahagian kaki candi pula mempunyai susunan bertangga serta binaan ini tepat mengikut arah mata angin.
Tarikh awal yang dicadangkan untuk binaan ni sekitar abad ke-8 hingga ke-9 Masihi, sezaman dengan kebanyakan tapak candi lain di Lembah Bujang.
Ada kemungkinan penempatan awal di Bukit Choras dah wujud sejak abad ketujuh lagi.
Dua arca bersaiz manusia ditemui di dinding selatan dan barat candi dalam keadaan separa lengkap.
Menariknya, arca ni diperbuat daripada campuran kapur dan bahan lain dibentuk di tapak secara terus yang tak pernah ditemui di kawasan Lembah Bujang.
Penyelidikan awal dapati ada persamaan arca ni dengan arca di tapak Batu Jaya, Jawa Barat dan Sumatera. Kajian awal juga menampakkan ada persamaan pada seni bina candi.
Sebuah prasasti beraksara Pallava ditemui bersama serpihan-serpihan tembikar tanah.
Aksara Pallava ni ialah sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ni digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit dan terdiri daripada 46 abjad.
Semua arca dan artifak yang ditemui dibawa ke makmal PPAG, USM untuk kerja-kerja pembersihan, konservasi dan penyelidikan lanjut.
Kerja ekskavasi ni baru berjalan hanya kira-kira 40 peratus dan banyak lagi candi sekitar Bukit Choras yang belum ditemui dan memerlukan lebih banyak kajian.
Oleh: Azizul Farhan
Kredit Gambar: Bernama.com
___
Bila korang dengar pasal Lembah Bujang yang ada banyak candi tu, pernah tak korang persoalkan adakah Tamadun Lembah Bujang berasal dari India? Persoalan ni ada jawapannya di dalam JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU. Dapatkan Segera!
https://bit.ly/JSSMI
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih